Sebuah drama aksi komedi yang bakal disiarkan di Slot Aksi TV3 (Setiap Isnin, 9 malam) sudah memulakan penggambarannya mulai 18 April 2012. Lokasi penggambaran dikatakan bertempat di Hutan Rimba Komenwel, Rawang. Tarikh tayangannya akan bermula pada 21 Mei, 2012.
Produksi : Primeworks Sdn. Bhd.
Penerbit : Jalena Rejab
Pengarah : Fairuz Loy
Sinopsis
Sebuah pengembaraan pastinya bakal mengundang pelbagai cabaran dan dugaan. Namun jika pengembaraan itu umpama pengembaraan ‘Indiana Jones’ sudah tentu ia amat menyeronokkan.
Berkonsepkan drama komedi, ‘Indera Joned’ mengisahkan Indera Joned yang dianggap sebagai seorang lagenda di Bukit Bunuh. Beliau amat dikenali sebagai pejuang yang sentiasa mempertahankan harta pusaka daripada dirampas oleh kumpulan Bintara Hitam.
Setelah bertahun lamanya, kini Bukit Bunuh terkenal dengan kewujudan pelbagai bahan artifak yang amat berharga. Sekumpulan anak muda bersama Prof. Dr. Azli telah tiba di Bukit Bunuh bagi melakukan aktiviti ekskavasi dengan bantuan pertolongan Epul. Namun pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa mereka tempuhi. Berjayakah mereka menjumpai artifak berharga? Apakah kaitan pengembaraan ini dengan m
memula tgk tajuk INDERA JONET, x teringin langsung nk tgk thread ni,pstu,aku trnmpak gmbar aiman kt tepi tu...rupa2nye gmbar aiman tu link kpd tajuk thread nih