SANTA FE, Amerika Syarikat - Seekor kucing yang menjadi tumpuan umum kerana memiliki berat badan mencecah 18 kilogram (kg) mati akibat komplikasi kesihatan kerana terlalu gemuk, kata pihak pengurusan sebuah rumah perlindungan haiwan kelmarin.
Kucing jantan bernama Meow, berusia antara dua hingga lima tahun itu dihantar untuk tinggal di Rumah Perlindungan Haiwan dan Persatuan Kemanusiaan Santa Fe pada bulan lalu selepas pemiliknya yang berusia 87 tahun tidak lagi berupaya menjaga haiwan tersebut.
Meow kemudian menjalani terapi diet dengan perkembangan kucing itu disiarkan di laman Facebook.
Pengarah rumah perlindungan berkenaan, Mary Martin memberitahu kelmarin bahawa berat Meow turun 0.9 kilogram dan kucing tersebut berada dalam keadaan baik tetapi pada Rabu lalu ia mula mengalami masalah pernafasan.
Kucing itu menjalani beberapa ujian termasuk ujian jantung dan X-ray serta diberikan bantuan oksigen untuk bernafas.
Namun, Meow akhirnya mati pada Sabtu lalu.
"Kami semua terkejut dan sedih dengan kematian Meow," kata Martin.
Punca berat badan Meow meningkat masih tidak dapat dipastikan tetapi menurut Martin, kucing itu mungkin diberikan makanan berkalori tinggi dan tidak aktif.
Kucing dewasa biasanya memiliki berat antara 3 hingga 5kg. - AGENSI
comel ataw siksa??!! kepalanya xde la beso sgt...badan gomok kemain.kesiann neh musti dah dikasi neh kan... sbb tu nek berat bdnurg yang patutnya keje carik duit tanggung family pun bleh gumuk, apatah lagi kuchng yang makan, tdo, romen & berakk
Nemuk sangat kaki dia pun tak daya nak carry badannya. Apalah yang tuan dibagi sampai boleh jadi sebegitu. Terlebih makan pun boleh menyebabkan kematian.
kucing aku dah start gemok. berat dia 6kg. trus doc pesan kat aku soh diet kan kucing aku tu.
aku pon pesan kat kucing aku. "jgn mkn byk2 tau. nnt jd gemok"
trus kucing aku nie dah kurangkan mkn.
kalau dulu setiap hari aku kena tambah 2 kali mknn dia.
skarang sekali je tambah mknn dia.