Post Last Edit by novelloverzz at 27-6-2012 07:51
Kalau sebelum ini, Crocs dan Nike yang mendapat kecaman daripada masyarakat Islam kerana rekabentuk logo pada produk mereka menyentuh senstitviti agama. Sekarang giliran Adidas pula dikecam kerana mengeluarkan produk yang bersifat rasisme.
Rekabentuk kasut terbaru keluaran Adidas mencetuskan kontroversi kerana mempunyai dua gari plastik untuk pergelangan kaki yang mirip dengan gari yang digunakan dalam sistem perhambaan orang kulit gelap pada era kolonial.
Pihak Adidas mendapat kecaman daripada orang ramai yang mendakwa rekabentuk kasut ini menyinggung perasaan orang berketurunan kulit gelap. Apa pendapat anda mengenai rekabentuk kasut ini?
![](http://carimage.cari.com.my/upload/1812000/1811487/2012/20120620082715hudz.jpg)
Source: http://tiba2jam6petang.blogspot.com/ |