View: 1743|Reply: 7
|
Robot boleh berenang untuk menyelamatkan manusia
[Copy link]
|
|
Satu pasukan penyelidik dari Universiti Teknologi Jepun berjaya mencipta sebuah robot yang mampu berenang dan menyelamatkan manusia di laut.
Malah, pasukan saintis yang diketuai Profesor Madya Motomu Nakashima itu menyatakan, robot dikenali sebagai Swumanoid berkenaan mampu melakukan aksi renang kuak lentang dengan sempurna.
Mereka melahirkan harapan robot itu akan dapat dibangunkan sebagai pengawal pantai yang boleh melakukan rondaan di kawasan perairan dan menyelamatkan mereka yang menghadapi kesukaran ketika berenang.
Selain menyelamatkan nyawa, Swumanoid juga boleh digunakan untuk membuat kajian terhadap aktiviti berenang.
Ia dapat membantu mengukur pelbagai elemen seperti kekuatan yang diperlukan untuk menggerakkan perenang di dalam air.
Nakashima berkata, pasukan itu membina Swumanoid menggunakan pengesan tiga dimensi untuk memetakan fizikal perenang manusia.
Ukuran berkenaan digunakan untuk membina robot yang kalis air dan kawalan pergerakan bermotor untuk melakukan aksi renang.
Robot itu ketika ini boleh melakukan kuak lentang, tetapi sepasang kaki baru perlu dibina untuk membolehkannya melakukan aksi kuak dada.
Kredit: http://www.arituarini.blogspot.com/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
baguh ler dapat selamatkan manusia bila lemas nt... tp nak komen bagi bateri robot tu lama skit... |
|
|
|
|
|
|
|
baguh ler dapat selamatkan manusia bila lemas nt... tp nak komen bagi bateri robot tu lama skit... |
|
|
|
|
|
|
|
teringat cerita AI. robot AI tu p lemaskan anak foster parents dia. bahaya betul. |
|
|
|
|
|
|
|
ok lah kalau robot boleh berenang....tapi aku takut tiba2 je dia malfunction bila tengah2 berenang.... |
|
|
|
|
|
|
|
boleh le robot masuk olimpik lps ni |
|
|
|
|
|
|
|
Pikir posted on 8-8-2012 03:32 PM
boleh le robot masuk olimpik lps ni
Baru nak tulis benda yang sama. |
|
|
|
|
|
|
|
Pikir posted on 8-8-2012 03:32 PM
boleh le robot masuk olimpik lps ni
Asalkan lulus doping test, patut tak ada masalah.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|