[size=85%]Tema hari ini ialah mesra alam. Mari kita pergi ke Sabah untuk melihat sebuah projek rumah panjang mesra alam. Shelter ialah rumah yang digunakan oleh sebuah syarikat pembalakan di pendalaman Sabah. Kerana lokasinya yang terpencil ini, rumah ini dilengkapi unit biogas, panel solar dan sistem pengumpulan air hujan bagi memberikan kemudahan asas yang kita sering take for granted. Rekaan rumah ini mendapat inspirasi dari rumah panjang tradisional. Rekaan dalamanya yang terbuka memastikan bahagian dalam rumah sentiasa sejuk walalupun ketika cuaca panas.
Idea yang bagus. Persoalannya boleh tak kita membina rumah yang autonomus sebegini tanpa perlu bergantung kepada TNB ataupun SYABAS di Selangor? Rumah sebegini pasti lebih praktikal ketika armageddon ataupun zombie apocalypse.
|