CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2552|Reply: 14

pelajar cina terpaksa bawa meja sendiri ke sekolah

[Copy link]
Post time 7-9-2012 03:55 PM | Show all posts |Read mode
Sepertinya sudah menjadi hukum alam jika ada kemakmuran maka di situ juga terdapat kemiskinan. Terlepas dari masih tingginya tingkat kemiskinan di dalam negara, pengalaman yang lebih miris ternyata dialami oleh sebahagian penduduk di negara China.

Di sebalik kejayaan negara Tirai Buluh ini menyaingi hegemoni negara barat dalam bidang ekonomi dan perdagangan, namun potret suram kemiskinan masih sangat kental terlihat. Minimnya kesejahteraan penduduk di beberapa kawasan selaras dengan buruknya pendidikan yang ada.

Potret itu boleh dilihat dari Wang Ziqi, kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di Shunhe, Provinsi Hubei. Di saat memasuki tahun ajaran baru di sekolah, Wang tidak hanya dituntut untuk menyiapkan pelbagai keperluan sekolah berupa pensil atau buku. Lebih dari itu, Wang juga terpaksa membawa meja dan kerusi sendiri ke sekolah.

Pemandangan miris ini terjadi setiap tahun ajaran baru. Untuk membawa meja dan bangku, Wang biasanya dibantu oleh kakak dan neneknya.

Walau demikian, Wang bukanlah satu-satunya pelajar yang terpaksa membawa meja dan kerusi dari rumah. Sekurang-kurangnya ada lebih dari 3 ribu pelajar lain di sekolah rendah dan sekolah menengah di Shunhe yang dipaksa membawa mejanya sendiri. Keadaan itu berlaku kerana keterbatasan kemudahan yang diberikan kerajaan. Mereka hanya menyediakan sekitar 2 ribu pasang kerusi dan meja. Padahal ada lebih dari 2 ribu pelajar yang bersekolah.







Di bandar miskin tersebut, para orang tua murid terpaksa menggunakan apa sahaja yang mereka boleh gunakan, termasuk membawa meja kopi ke sekolah agar anak-anak mereka dapat belajar.

Saat diminta komen, banyak orang tua yang mengeluh. Mereka menyalahkan sistem pemerintahan yang dianggap sangat korup.

"Kerajaan pusat memberikan dana untuk kemudahan sekolah," kata seorang wali murid kepada stesen berita NBC. "Tapi apabila sampai ke tempat kami, wang itu menghilang."

Meski kerajaan tempatan di sana sudah bertindak balas dengan memberikan tambahan meja dan komited akan memberikan bantuan lebih dari US $ 600.000 untuk menutup defisit anggaran, namun banyak dari penduduk yang tetap tidak percaya dengan janji-janji tersebut.

"Saya lebih suka percaya ada hantu di dunia ini daripada mempercayai janji-janji kerajaan," tulis salah satu kometar pada berita Changjiang Times

Berkaca dari kes ini, kita hanya boleh mengharapkan kerajaan Malaysia tidak melakukan hal yang sama kerana mewariskan kecerdasan dan ilmu bagi generasi muda lebih berharga daripada mewariskan harta semata.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2012 04:26 PM | Show all posts
kesian plak...terpaksa ngangkut meja dari rumah demi nak mencari ilmu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2012 05:47 PM | Show all posts
Saya lebih suka percaya ada hantu di dunia ini daripada mempercayai janji-janji kerajaan


ini patut dibuat kain rentang
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2012 05:49 PM | Show all posts
Coffee table pun coffee table le janji anak boleh belajar
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2012 05:50 PM | Show all posts
kesiannya..terpaksa angkut meja dan kerusi sendiri....bila dah kena nagkut sendiri, jadilah mcm2 rupa meja yg dibawaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2012 09:28 PM | Show all posts
ohh...susahnya anak-anak ini nak menimba ilmu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2012 11:34 PM | Show all posts
seroja11 posted on 7-9-2012 04:26 PM
kesian plak...terpaksa ngangkut meja dari rumah demi nak mencari ilmu...

kan..pelajar di malaysia ni, buku depan mata, meja kerusi semua lengkap, siap ada makmal komputer, sains, complete lah, tp rmai yang x menghargai ilmu. anggap ilmu tu x penting.
sedangkan di tempat len, snggup ikat perut demi nk kejar ilmu, sebab tu ilmu tu berkat.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2012 11:45 PM | Show all posts
kesiannya......teruk betul pemerintah kt sana...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2012 12:17 AM | Show all posts
kesiannye.. dalam kelas nanti ada macam2 jenis meja la ye ..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2012 10:26 PM | Show all posts
nasib xde ibu bapa yang bekalkan anak mereka dgn meja mahjong.....kang ade yg belajor bende lain lak....
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2012 01:25 PM | Show all posts
Demi menimba ilmu.
Kalau student tu memain, maka rugilah.

Bersyukur dilahirkan di bumi Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2012 11:58 PM | Show all posts
bawak la meja dan kerusi plastik yg boleh lipat tu kan senang
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2012 08:21 AM | Show all posts
KAt mesia
bukan sahaja dpt meja
dapat sekolah lagi
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2012 09:44 AM | Show all posts
kalo kt afrika (contoh) belajar kt tanah, bwh pokok lg
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2012 11:45 AM | Show all posts
wah budak tu pakai croc
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 08:43 PM GMT+8 , Processed in 0.360573 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list