View: 31166|Reply: 177
|
Sharnaaz Ahmad Pukul Penerbit kerana Shila Amzah?
[Copy link]
|
|
Sharnaaz Berani Kerana Benar
Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
| S. BALDEV dikatakan sudah menghantar surat saman kepada Sharnaaz dua minggu lepas.
|
KALAU sudah cinta apa sahaja sanggup dilakukan. Itu yang didakwa berlaku kepada pelakon semakin meningkat naik Sharnaaz Ahmad atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 27, apabila dia dikhabarkan sanggup meninggalkan set penggambaran filem Darah Panas terbitan White Merpati Entertainment Sdn. Bhd. pada 5 Oktober lalu semata-mata kerana ingin bertemu penyanyi bersuara hebat, Shila Amzah.
Tidak cukup isu meninggalkan lokasi penggambaran kerana ingin bertemu kekasih hati, Sharnaaz juga dikhabarkan sudah mula membuat perangai pada hari pertama penggambaran filem arahan Arjin Uppal itu.
Pelakon drama Bukan Bidadari itu juga didakwa menolak dan mencengkam leher penolong pengarah Darah Panas iaitu Mohd. Hafiz Mat Ishak kerana marah menunggu lama mendapatkan pakaian penggambaran dan terpaksa menyudahkan penggambaran lewat, sedangkan dia harus bertemu Shila yang bakal ke China untuk menyertai pertandingan Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai sebelum ini.
Akibat daripada perbuatan itu, penerbit Darah Panas, S. Baldev telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Sharnaaz dan meminta pelakon berasal dari Georgetown, Pulau Pinang itu memohon maaf secara terbuka dalam media.
Menerusi syarikat guaman, Shook Lin & Bok, Advocates & Solicitors, surat saman sudah diserahkan kepada Sharnaaz kira-kira dua minggu lalu.
Bagaimanapun, sehingga kini, dakwa Baldev yang popular menerusi filem-filem terbitannya seperti Akhirat, Kerat, Kecoh Betul, Rasuk dan Kerat 14 itu, dia belum menerima jawapan balas terhadap tuntutan daripada Sharnaaz.
SHARNAAZ mendakwa dirinya tidak berhak difitnah oleh S. Baldev.
|
Kosmo! segera menghubungi Sharnaaz, kelmarin untuk mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku.
Tidak mengelak tetapi Sharnaaz ternyata kurang senang untuk memberi sebarang komen lanjut berhubung perkara itu.
Berjaya memujuk aktor yang pernah menafikan persoalan media mengenai tohmahan mengatakan dia seorang yang panas baran itu sebelum ini, Sharnaaz akhirnya sudi memberikan komen biarpun secara ringkas.
Menurutnya, buat masa ini dia tidak menerima sebarang surat saman mahupun surat tuntutan daripada pihak Baldev biarpun ia dikhabarkan sudah dihantar kira-kira dua minggu lalu.
“Saya tidak terima apa-apa surat saman daripada dia (Baldev),” tegas Sharnaaz.
Ditanya adakah semua dakwaan Baldev terhadap dirinya itu benar belaka, luah Sharnaaz, ia adalah fitnah semata-mata.
Tambahnya, jika apa yang didakwa Baldev itu benar, panggil sahaja semua kru produksi dan para pelakon untuk bercakap.
Sharnaaz juga secara jujur tidak mahu memberi komen panjang berhubung perkara itu kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
Ungkapnya, dia tidak takut menerima surat saman daripada Baldev kerana dia yakin tidak melakukan sebarang kesalahan seperti yang didakwa.
“Berani kerana benar. Saya tidak cakap bahawa saya 100 peratus betul tetapi dia (Baldev) juga tiada hak untuk bercakap buruk dan bercakap fitnah mengenai saya,” jelasnya.
Ditanya sama ada dia ingin memohon maaf dalam media sepertimana yang diminta Baldev, tegas Sharnaaz: “Saya hanya memohon maaf kepada orang yang saya buat salah dengan dia sahaja.”
Last edited by RatuDunia94 on 5-11-2012 09:12 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
memang darah panas dan panas baran sharnaaz nih..nn
mencengkam leher tu sama la dgn mencekik kan?
seb baik tak kojol director tu..... |
|
|
|
|
|
|
|
Perangai x semenggah Sharnaaz. Dah la nampak berhingus~ |
|
|
|
|
|
|
|
erk..kata dah berubah lps kwn dgn shila....takut la org panas baran nih, |
|
|
|
|
|
|
|
kalo mcm neh lah sikap dia nehh,alamat nye,x lamo lah ko kat bidang hiburan nehh...harap muko je hensem,tp perangai x semenggah... |
|
|
|
|
|
|
|
mampus shila nih kena belasah besok bila kawin ngan dia..... baran orang nyer! sama mcm citer bukan bidadari tuh gamaknyer.... |
|
|
|
|
|
|
|
patut la kemain menjadik bawak watak panas baran. yelah bawak watak diri sndri rupanya. |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni mmg adik bradik panas baran & lantang |
|
|
|
|
|
|
|
ptt la kemain menjadi bwk watak panas baran ni..rope nyer mmg betoi dia cmtu...
nasib la shilalat dpt bf camtu...seraaamm woooo..... |
|
|
|
|
|
|
|
cri yang len je la shila oi....
takot nati jd cam cam cite bukan bidadari tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
org panas baran nie...lambat nak "sembuh"...selalunya dh meningkat umoq br la brubah wallahualam.. |
|
|
|
|
|
|
|
patot lah dalam bukan bidadari tu kemain real watak dia.... |
|
|
|
|
|
|
|
muke dia pun scarry...huhuhu
muke panas baran...
terserlah sudahhhh.... |
|
|
|
|
|
|
|
sian shila nti dh kawin kalo terbawa2 sikap baran ni smpai ke sudah la |
|
|
|
|
|
|
|
Bila timbul isu macam ni syarikat produksi pun pikir banyak kali kalau nak amik dia berlakon |
|
|
|
|
|
|
|
tak suka ngan orang yang panas baran...takutttt... |
|
|
|
|
|
|
|
tak suka ngan orang yang panas baran...takutttt... |
|
|
|
|
|
|
|
dulu time BH pun die buat hal mengelipit nak balik awal jugak ..haruk2 .. tapi crew bersabor jer ngan peel die.. la nie .. nasib ko la nanas.. |
|
|
|
|
|
|
|
agaknya cerita bukan bidadari tu memang watak dia kan.. memang kena sgt.. dtg angin gile pukul bini.. |
|
|
|
|
|
|
|
baran betul die nie... ape nasib c shila tue bile dh kawen nti... ader gak mkan tgan nti kang... |
|
|
|
|
|
|
| |
|