CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1616|Reply: 7

[Tempatan] Bot kastam rempuh sampan

[Copy link]
Post time 6-12-2012 04:29 PM | Show all posts |Read mode
Langkawi: Tiga orang cedera, manakala seorang lagi hilang apabila sampan dinaiki empat pemancing dirempuh bot ronda milik Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dekat sini, awal pagi semalam.

Kejadian jam 4.15 pagi itu berlaku berhampiran Pulau Dayang Bunting dekat sini ketika sampan dinaiki mangsa termasuk dua beradik dalam perjalanan menuju jeti Kampung Sungai Menghulu.
Mangsa yang hilang dikenali sebagai Aidi Azhar Othman, 29, manakala adiknya, Faizol, 26, cedera parah di kepala dipercayai akibat terkena kipas enjin bot peronda, selain patah pergelangan tangan kiri.

Dua lagi mangsa, Abdul Ashrah Abdul Rahman, 23, dan seorang lagi yang dikenali sebagai Wan berusia lingkungan 20-an cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.

Ketua Polis Daerah Daerah Langkawi, Superintendan Harith Kam Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, termasuk status seorang lagi mangsa yang masih gagal dikesan.

Abdul Ashrah ketika ditemui, berkata kejadian itu ibarat mimpi kerana ia berlaku terlalu pantas, tambahan pula keadaan ketika itu terlalu gelap.

“Saya tidak tahu bila kami dirempuh kerana tiba-tiba saja saya sudah berada di dalam laut. Saya ingatkan hanya bermimpi, namun jeritan beberapa rakan menyedarkan bahawa ia benar berlaku,” katanya.

source: http://www.bharian.com.my/articles/Botkastamrempuhsampan/Article/

sama-salam kita berdoa agar mangsa dapat ditemui secepat yang mungkin dalam keadaan yang selamat walaupun harapan mugkin agak tipis


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2012 04:35 PM | Show all posts
sapa suruh dia memancing dalam gelap...naseb polis kastam tu rempuh...kalu nelayan layen yang rempuh tak kebahaya.....elok la kastam rempuh sampai mati......

amcam konan......
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2012 04:40 PM | Show all posts
kucingTomey posted on 6-12-2012 04:35 PM
sapa suruh dia memancing dalam gelap...naseb polis kastam tu rempuh...kalu nelayan layen yang rempuh ...

bot kastam pun tak pasang lampu ka?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2012 04:41 PM | Show all posts
leylapple posted on 6-12-2012 04:40 PM
bot kastam pun tak pasang lampu ka?

lampu tak lampu tu masalah layen leyla..yang penting biar la kastam yang rempuh dari nelayan layen yang rempuh......dari bahayakan org layen.biar mati cepat sket......

p/s: tak gitu konan

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2012 04:45 PM | Show all posts
kastam pun cuai
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2012 04:55 PM | Show all posts
bot kastam tak de lampu koe?.....kalau bot nelayan boleh laa dikatakan daif......hehehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2012 05:12 PM | Show all posts
Agaknyalah
pancing mlm tak pasang lampu...ini wajib kalau buat anchoring malam...kalau pasang lampu walau kecik...mmg blh nampak punya
memancing kat laluan kapal...tpt yg dilarang anchoring....ini kes tak belajar ilmu navigasi
Bot yg kecik dan rendah tambah pulak air beralum hampir memustahilak radar kat bot kastam nak kesan
spotligth yg berkuasa 2 million candle power pun blm tentu blh suluh bot nelayan kecik mcm tu kat tgh laut....laut bkn mcm jln raya ye adik adik sekelian

Aku mungkin bias....tp dlm kes ni mmg aku rasa ada kecuaian atau kurang ilmu navigasi bg pihak bot memancing tu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2012 05:40 PM | Show all posts
matamata posted on 6-12-2012 05:12 PM
Agaknyalah
pancing mlm tak pasang lampu...ini wajib kalau buat anchoring malam...kalau pasang lampu ...

mengikut sumber yg blh dipercayai, bot pemancing tu ada pasang lampu. masa bot tu tenggelam pun lampu masih terpasang dan ramai saksi

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.540446 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list