Ok!...dengan rujukan terhadap filem2 gangster dari Francis Ford Coppola, Martin Scorsese dan Quentin Tarantino...sutradara Anurag Kasyap hadir dengan Gangs of Wasseypur...antara filem India yang terbaik (dan antara yg penting) tahun ini....
Gangs of Wasseypur sangat berbeza dengan filem2 Bollywood kebiasaannya. Ia sebuah filem ganas yg ada banyak tembak-tembak, tikam-tikam, darah dan dendam tapi langsung tak over dramatik seperti kebiasaan Bollywood utk genre yg sama. Malah langsung tidak menyerupai Rakhta Charitra, filem paling ganas dari India dari tahun lalu.
Filem ini jelas membantai Bollywood....awal filem dibuka dengan scene wanita cantik menyanyi-nyanyi riang...bila camera zoom-out rupanya itu scene dlm TV, then tiba2 bunyi tembakan bertalu, Tv pecah ditembus peluru (seolah2 satu kejutan mengatakan "sedarlah wei...apa yg indah2 tu dunia fantasy dalam Tv/filem je...diluar sinilah dunia sebenar"...inilah Wasseypur). Sekumpulan lelaki bersenjata-api muncul dan membunuh sesiapa saja di jalanan. Itu kejadian suatu malam di tahun 2004. Selepas itu naratif kembali ke 70 tahun sebelum itu, ke zaman British-India...dimana segala2nya bermula....bagaimana pertelingkahan antara keluarga Khan, Qureshi dan Singh bermula dan berpanjangan sehingga hampir seabad lamanya.....
Gangs of Wasseypur adalah berdasarkan kisah benar yg pernah berlaku di Wasseypur dan Dhanbad dua daerah yg terletak di negeri Bihar, negeri paling miskin di India. Di sini, kejadian bunuh dan bom adalah suatu yg biasa berlaku. Remaja berusia 14 tahun pun dah pandai simpan pisau cukur dalam mulut n cantas leher orang di sekolah.
Dialog dalam filem2 ini sangat power...dan aku tidak maksudkan dengan dialog berbunga2 ala kebiasaan Bollywood itu...jauh sekali...dialog ringkas, bebas dari ceramah moral tapi sering juga ada sindiran...ada juga dialog2 kelakar yg mengingatkan kita pada filem2 Tarantino...
Antara dialog yg aku suka dalam filem ini ialah (ada someone yg buat subtitle bahasa Melayu utk filem ni):-
"Kau tahu, aku hidup berabad lamanya"
"Aku telah pun bunuh datuk Faizal. Aku bunuh Sardar. Lepas tu......Danish"
"Tapi aku masih hidup"
"Kenapa?....Kenapa?"
"Sebab tuanlah mafia paling besar!"
"Kau beritahu kenapa?"
"Kenapa?"
"Sebab aku tak tengok filem Bollywood"
"Betul ke?"
"Ketika muda, semua kawan-kawan aku menonton 'Ganga Jamuna'....dan berangan nak jadi seperti Dilip Kumar"
"Dan perempuan tergilakan Dev Anand"
"Lepas datang pula fasa baru....dan lelaki nak jadi macam Amitha Bachchan"
"...dan hari ini mereka sukakan...siapa tu?...cantik nama dia...Salman Khan"
"dan lagi satu...anak lelaki Sunil dan Nargis Dutt..."
"Sanjay Dutt"
"Setiap pelakon tak guna ni ada cerita mereka sendiri dalam kepala mereka"
"Dan setiap pelakon tak guna ni cuba nak jadi hero dalam filem imaginasi mereka sendiri"
"Aku yakin, selagi masih ada filem seperti itu......orang ramai akan berterusan diperbodohkan."
Filem ini asalnya berdurasi 5 jam lebih utk tayangan panggung, namun kemudiannya dipecahkan pada dua bahagian...1 dan 2 utk versi DVD. Sayang sekali versi sedut yg pertama tak berapa bagus kualiti, gambar selalu rosak so tak dpt nak enjoy sangat...ianya bahagian 2 yg benar2 menyengat.....ada babak yg mencuit, ada babak yang menghiris dan ada babak yang tak sanggup dibayangkan. Walaupun penyampaian filem ini bersahaja n tidak over-dramatik mcm kebiasaan filem Bollywood, ia masih berjaya mempengaruh emosi.....
dan lakonan dlm filem ni memang tahap dewa....penonton akan iingat Manoj Bajpai sebagai Sardar Khan dlm bahagian pertama, tetapi yang paling cemerlang dan paling diingati pastilah Nawazuddin Siddiqui sebagai Faizal Khan yg sangat complex character nya.
Kematian adalah pasti. Jika Allah tak mahu ambil nyawaku, tiada siapa boleh ambilnya. - Faizal Khan
Last edited by eddlisa_uyuk on 31-12-2012 01:33 AM
dalam banyak2 gangster/mafia, aku rasa mafia indialah paling mafia sekali
-sebab apa? mafia india bleh beli hakim, polis, ada sub mesin gan, bleh kontrol politik negra berbanding mafia itali, mafia china dan mafia jepun
@sekngucing - Hahah...mcm btol lah kata kau. Gangster India siap masuk politik bertanding calon bagai lagi. Both filem Gangs of Wasseypur dgn Rakhta Charitra based on true story, kedua nya pun melibatkan watak ahli politik di Bihar (GOW) dan Andhra Pradesh (RC)
@dauswq - A'ah, btol kalao total kan la...versi sedut ada dua part (DVD rip) kena download lain-lain. Part 1 tgk sekali harung, part 2 tgk 2 mlm berturut2. Kahaani dah tgk, superb...vicky donor next watch, masih ada dlm list nak tonton ialah OMG, Chakravyuh, Paan Singh Tomar dgn Ek Main Aur Ekk tu....semua film yg dapat review bagus thn ni.
@sepaileman - Harap dapat sedut yg okay kualitinya...part 1 yg aku sedut kualiti teruk...disturbing jgk la nak tgk kat screen tablet
part 1 dah siap donlod part 2 tgh on the way...aku skrg suka layan cite bolly baik tamil atau hindi asalkan bukan cite jiwang nyanyi2 tukar2 baju sambil lari dekat padang reramai...yg jenis mcm ni mmg aku ban...
AdamBillionaire posted on 30-12-2012 07:11 PM
ko download kt ne? ajarlah aq. aq dh boring kayakan lanun cetak rompak
aku guna torrent...ko tau apa itu torrent kalau ko guna unifi ke streamyx ke umlimited download sesuai la...kalau guna skmm limit 3-5gb kuota rugi la ko download movie kecuali ambik unlimited pakej....memula ko kena download software utk menorrent aku suggest ko download utorrent kecik je file dia...lepas tu masuk website torrent mcm kat.ph yg aku suggest...kat ruangan search kat website torrent tu ko cari la apa benda yg ko nak movie ke software ke apa je la kaitan dengan internet...nak download buku pent house pun ada kat situ hehe
sepaileman posted on 30-12-2012 10:38 PM
ntah laa rasanya limit 60 jam je sbln...rasanya takde yg dah rm60
sila rujuk sini utk pakej str ...
bro. nape ek kalau download tetiba connection kat modem internet dc disconnect lepas tu download tu burn cmtu je. kiranye tak boleh sambung download ke? kena download semula ek? leceh lah internet problem cmtu.huhu
cmf_GAIA posted on 31-12-2012 06:18 PM
aku pun rasa mcm tu....lagipun Faizal Khan tu lebih saiko dari bapak dia....
faizal khan tu diam diam ubi...dia pun tak berapa suka duk gaduh tapi satu persatu duk menimpa start dari bapak dia kmdn abg dia lepas tu adik dia pulak last sekali mak dia plak maka terpaksa la di mengganas...tapi bab seks bergegar sampai jatuh gambar kat dinding mak dia pun sound sampai kena tutup telinga mmg superb laaa...berhenti kejap minum air lepas tu buat balik haha
sepaileman posted on 31-12-2012 06:30 PM
faizal khan tu diam diam ubi...dia pun tak berapa suka duk gaduh tapi satu persatu duk menimpa sta ...
Hahaa...tau takpe....complex giler character Faisal Khan ni....mat ganja, memula nampak baik....masa kecik sedih time dia takleh sambung belajar kat skolah tu...masa besar mcm jadi kambing hitam sbb family dia pandang tinggi abang dia je n dia mcm loser la kiranya, soh ambik pistol kat Varanasi pun kena tangkap kan...kalo tengok sejarah dia mcm tak sangka pulak dia boleh jadi brutal, nak gi bunuh org tak bawak geng pun takpa sbb percaya sepenuhnya nyawa dia milik Allah....dan dia sangat hormat wanita n takut bini......giler complex dowh