CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1794|Reply: 12

[Dunia] Rakyat AS miliki 270 juta senjata api

[Copy link]
Post time 27-1-2013 06:13 PM | Show all posts |Read mode
WASHINGTON: Ribuan orang ramai berarak dan berkumpul di ibu negara Amerika Syarikat (AS), Washington hari ini bagi menuntut undang-undang lebih ketat berhubung kawalan penggunaan senjata api di kalangan orang awam.

Perhimpunan itu disokong oleh Setiausaha Pendidikan, datuk bandar dan pegawai tertingggi kerajaan AS.      

      Demonstrasi itu muncul selepas enam minggu kejadian menyayat hati pembunuhan di sekolah rendah Sandy Hook di Newtown, Connecticut apabila 20 kanak-kanak  manakala enam dewasa ditembak mati.      
      
      
  Insiden berdarah itu mencetuskan perdebatan di seluruh Amerika berhubung pemilikan senjata.

   Penunjuk perasaan hari ini berarak dengan awam kira-kira 30 minit di sekitar National Mall berdekatan Tugu Capitol dan Washington sambil membawa sepanduk yang tertera gambar serta nama mangsa jenayah senjata api.

   “Tiada lagi perbincangan, kita mesti bertindak," kata Setiausaha Pendidikan, Arne Duncan kepada peserta perhimpunan.

Beliau berkata, pengalamannya ketika mengetuai rangkaian sekolah di Chicago  pada 1990 hingga 2000, “kami mengebumikan kanak-kanak setiap dua minggu sekali kerana keganasan senjata api."      
“Ini perlu diubah. Kanak-kanak, keluarga, komuniti dan negara kita berhak kepada keadaan yang lebih selamat," katanya.

Kira-kira 270 juta senjata api kini dimiliki rakyat AS iaitu hampir satu senjata untuk setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak di AS.

Malah dalam tahun 2011 saja, lebih 32,000 orang maut kerana penggunaan senjata api.

   Duncan merayu agar Presiden Barack Obama dan Naib Presiden melakukan apa saja bagi memastikan satu rang undang-undang digubal bagi melindungi keselamatan kanak-kanak, keluarga dan komuniti. - AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2013 06:19 PM | Show all posts
Kat malaysia memiliki parang semasa himpunan haram sudah menjadi.kesalahan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2013 06:23 PM | Show all posts
hanakikan posted on 27-1-2013 06:19 PM
Kat malaysia memiliki parang semasa himpunan haram sudah menjadi.kesalahan

tambahan: kalau banner ada ayat 'BERSIH' pun kena rampas

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2013 06:30 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2013 06:30 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2013 06:34 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2013 07:34 PM | Show all posts
United States is the greatest country in the world
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2013 09:32 PM | Show all posts
Walaupun negara kita mengharamkan memiliki senjata api tetapi msh ada yg memilikinya..nie kn pula negara yg boleh jual sesuka hati..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-1-2013 12:26 AM | Show all posts
pencuri pun fikir byk kali
ye la semua tuan rumah ada pistol
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2013 04:18 PM | Show all posts
ahjit83 posted on 27-1-2013 09:32 PM
Walaupun negara kita mengharamkan memiliki senjata api tetapi msh ada yg memilikinya..nie kn pula ne ...

Kurang tepat tu

Rakyat Malaysia boleh memiliki senjata api
Tapi perlu ada lesen yg sah yg dikeluarkan oleh PDRM

Yg haramnya di sini ialah memiliki senjata api tanpa lesen...

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2013 04:29 PM | Show all posts
270jota senjata api dari 311 juta populasi..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2013 04:31 PM | Show all posts
spammer ini begitu tabah setelah bertahun2 menjadi spammer. Tak bosan kah? Takde kehidupankah?
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2013 04:41 PM | Show all posts
sana bisnes senjata kn byk untung..

umpama mcm nk haramkn org isap rokok..cmtula payahnye nk haramkn pemilikan senjata ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.052569 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list