CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1554|Reply: 0

Demam Alergi

[Copy link]
Post time 28-2-2013 11:50 AM | Show all posts |Read mode
Hay-fever adalah nama umum bagi demam alergi. Penyedutan debunga sesetengah rumput-rampai dan pokok yang wujud dalam musim tertentu biasanya mencetuskan keadaan ini. Namun begitu, terdapat juga rinitis alergi yang terjadi sepanjang tahun, tanpa mengira musim, jenis rinitis alergi ini adalah disebabkan oleh kutu rumah atau haiwan.

Apabila debunga atau bahan pencetus alergi menyentuhi lapisan mukosa pada hidung, mukosa menjadi bengkak serta radang dan dengan ini penghasilan rembesan bertambah. Biasanya dalam hayfever bermusim, keadaan akan lenyap dalam tempoh dua atau tiga minggu kecuali terdapatnya jangkitan sekunder. Walau bagaimanapun, rinitis alergi yang berlaku sepanjang tahun yang disebabkan oleh kehadiran antigen, iaitu kutu haiwan atau rumah, boleh berulang dan menyebabkan komplikasi seperti ketumbuhan dalam hidung serta sinusitis.

Gejala-gejala
Gejala yang umum termasuklah:
v Rembesan hidung yang cair dan jernih
v Hidung tersumbat yang mengakibatkan kesusahan pernafasan
v Bersin
v Mata yang merah dan berair
v Perasaan gatal pada hidung dan mata
v Adalah penting untuk berjumpa dengan doktor jika terdapat
v demam
v kesakitan pada telinga
v pembengkakan kelenjar pada leher
v rembesan hidung dan mata yang berwarna kekuning-kuningan
v tanda alergi yang berterusan lebih daripada musim berkenaan kerana doktor boleh
    membantu anda untuk mengenalpasti bahan pencetus alergi


Pengurusan Kendiri
v Meminimumkan pendedahan, khasnya rinitis alergi bermusim, ketika jumlah debunga yang
     terapung-apung dalam udara adalah maksimum

v Jika boleh, berada dalam keadaan yang berhawa dingin
v Bagi mata yang gatal dan merah, gunakan ubat titis mata dekongestan/antihistamin
v Bagi hidung berhingus, gunakan ubat titis hidung dekongestan untuk sehari dan minta ubat     dekongestan daripada ahli farmasi
v Pakai cermin mata gelap pada hari yang cerah
v Senaman boleh membantu melegakan hidung, misalnya berenang di kolam renang dalam
    bangunan atau bersenam di gimnasium yang berhawa dingin

v Mempunyai tidur yang mencukupi kerana gejala boleh bertambah teruk jika anda letih
v Baca dan ikut arahan pengambilan ubat


Amalan Baru
v Elakkan tempat yang berhabuk
v Tutup hidung anda sebelum melakukan kerja pembersihan. Gunakan pembersih vakum dan     bukannya penyapu untuk membersihkan debu
v Berunding dengan doktor atau ahli farmasi mengenai jenis ubat/semburan yang boleh anda     guna untuk mencegah serangan atau mengurangkan tanda biasa. Contohnya gunakan
    ubat semburan disodium cramoglycate sebelum ketibaan musim.

v Baca ramuan ubat dengan tiliti. Buangkan ubat yang lama.
v Jika boleh, elakkan bahan pencetus alergi, misalnya elakkan mempunyai binatang
    peliharaan dalam rumah

v Elakkan perkhemahan atau aktiviti di luar bangunan ketika musim hayfever
v Elakkan merokok dan keadaan yang berasap
Jika anda ragu-ragu atau jika gejala berkekalan, berunding dengan doktor.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-7-2024 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.059069 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list