View: 1956|Reply: 5
|
Belia Tunisia bakar diri psl cari kerja x dapat
[Copy link]
|
|
diorg ni ugama apa ye, suka suki bakar diri. mcm hindu pulak aku tengok ...
Belia bakar diri cetus pemberontakan
2013/03/13 - 22:37:32 PM Cetak Emel Kawan
Orang ramai melihat keadaan belia yang membakar diri di tengah ibu kota Tunis, semalam. - Foto REUTERS
Tunis: Seorang belia Tunisia menganggur membakar diri di tengah ibu negara Tunis semalam, perbuatan yang mengingatkan semula kepada tindakan seorang lagi pemuda, Mohamed Bouazizi.
Kematian Bouazizi mencetuskan pemberontakan di Tunisia yang disusuli kebangkitan penduduk lain di rantau Arab.
Anggota keselamatan dan orang ramai cuba memadamkan api sebelum belia itu dikejarkan ke hospital, kata saksi.
“Keadaannya sangat tenat,” kata sumber perubatan di hospital Mourouj.
Kejadian itu berlaku sebelum bakal Perdana Menteri, Ali Larayedh akan memohon undi keyakinan untuk kerajaannya dari Parlimen.
Protes guling presiden
Belia itu membakar diri di luar bangunan perbandaran di dataran utama, Habib Bourguiba Avenue, fokus protes yang menggulingkan Presiden Zine al-Abidine Ben Ali, dua tahun lalu.
Seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri tidak dapat menamakan pemuda itu yang berusia 27 tahun, berasal dari bandar barat laut Jandouba dan sudah lama mencari kerja.
Tahap pengangguran Tunisia berada pada 17 peratus dengan siswazah paling ramai menganggur.
Beberapa penduduk Tunisia membakar diri sejak dua tahun lalu dalam bantahan seumpama Bouazizi yang bertindak demikian pada 17 Disember 2010 di bandar Sidi Bouzid selepas seorang anggota polis merampas tempat jualan buah-buahannya.
Kematian Bouazizi mencetuskan bantahan yang menamatkan pemerintahan Ben Ali dan menjadi inspirasi kepada protes lain di Timur Tengah.
Masalah ekonomi dan sosial yang menjadi punca pemberontakan Tunisia belum lagi dapat diselesaikan ketika negara itu berpecah antara golongan agama dan sekular.
Tunisia juga menantu Perlembagaan baru bagi membantu peralihan daripada gaya autokrasi kepada demokrasi.
Kerajaan terakhir pimpinan Hamadi Jebali gagal selepas parti Ennahda pimpinannya menolak rancangan beliau supaya barisan teknokrat dalam Kabinet memimpin negara menghadapi pilihan raya.
REUTERS |
|
|
|
|
|
|
|
ok da boleh buat Arab Spring edisi seterusnya |
|
|
|
|
|
|
|
yg org sekeliling dok tgk aja tu pasai apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Singkatnya fikiran bukan dapat simpati malah mungkin ditertawakan |
|
|
|
|
|
|
| |
|