CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3473|Reply: 2

Kardio boleh kempiskan perut boroi

[Copy link]
Post time 15-3-2013 01:17 PM | Show all posts |Read mode
Rata rata persoalan yang timbul dari orang ramai ialah tentang perut dan senaman yang sesuai. Lelaki selalunya bertanya. Biasalah, lelaki akan lebih konfiden dan macho kalau mempunyai perut yang kempis dan ada shape – 6 pax, kan? Sebenarnya bukan susah anda mahukan apa yg diidamkan, hanya dengan teknik yang sesuai dan ilmu yang secukupnya sudah memadai. For now, focus yang diberikan untuk senaman cardio bagi mengempiskan perut anda iaitu dengan apa-apa jua senaman yang berbentuk cardio seperti jogging, badminton, futsal mahupun berenang.


Kardio boleh kempiskan perut? Bukan Sit-ups ke?Macam pelik kan. Bukankah sepatutnya anda melakukan sit-ups atau crunshes ke untuk perut yg kempis dan cantik? Hakikatnya memang ya, dengan swimming anda boleh membakar kalori yang terkandung dalam badan dan seterusnya menampakkan abdominal muscles yang disembunyikan itu. Prinsip mudah yang anda harus pegang sampai bila bila ialah anda membuat sit-ups atau crunches atau apa apa senaman perut, ini menguatkan otot otot perut anda, tapi jika otot otot diperut anda di’cover’ oleh lapisan lemak, dibahagian mana otot otot tersebut akan kelihatan? Untuk membakar lemak diperut anda, lakukanlah apapun senaman yang membolehkan heart rate tinggi dan metabolism badan bergerak laju, dengan ini kalori yang dibakar lebih banyak dan lemak lemak yang terkumpul dibadan anda akan kurang – sekiranya pengambilan kalori tidak melebihi pembakaran kalori seharian anda.




Jangan lupa peranan diet: Untuk membolehkan anda membakar lemak perut atau lemak badan, pastikan pengambilan kalori TIDAK melebihi pembakaran kalori. Senaman kardio bantu anda menambah pembakaran dan justeru memudahkan anda untuk menghasilkan kalori defisit. Tak faham? Rujuklah eBook Panduan Kurangkan 5kg 5 Minggu saya.


Berenang tu paling sesuai?Jadi, apakah swimming sesuai untuk perut? Macam mana nak lakukannya?
  • Senaman impak rendah. Anda tidak perlu risau dengan melakukan aktiviti di dalam air kerana impak senamannya lebih rendah berbanding berada di atas tanah seperti berlari,jogging atau aerobic. Sekurang kurangnya menggelakkan anda daripada mengalami kecederaan ketika melakukan senaman kardio yang lain.
  • Gabungan kardio dan strength: Berenang bukan sahaja senaman cardio malah berenang ini juga adalah salah satu strength workouts. Pergerakan lawan arah yang dilakukan dalam air menghasilan rintangan yang tinggi, maknanya, anda berkelebihan untuk membakar lebih kalori dan menguatkan otot pada masa yang sama. Dan kawal intensity semasa berenang!
  • Total body workout: Berenang juga senaman yang memberi kesan kepada otot otot dalam tubuh; daripada bahagian kaki ke tangan,dada, bahu dan perut(lower&upper abs). Anda menggunakan seluruh tubuh bila berenang dan cara ini lebih efektif untuk fat burning berbanding cara yang lain.

Senaman kardio lain?Jadi tiada masalah untuk menggantikan senaman berenang dengan senaman kardio yang lain. Yang paling penting adalah tingkatkan pembakaran kalori berbanding pengambilan. Sekali sekala, buatlah sit-ups dan crunches untuk kekuatan otot anda!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2013 01:39 PM | Show all posts
Ya betul. Ada baca somewhere utk kuruskan badan cardio is the best. Bukan lama pun buat, 30 minutes je. Tapi peluh macam mandi.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2013 03:17 PM | Show all posts
yea kardio la terbaik..jgn main angkat besi byk sgt..nnti byk otot, kurang wat kardio pun stamina kurang tau...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.052070 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list