Taipei: Seorang wanita menceraikan lelaki yang dikahwininya empat tahun lalu kerana kemaluannya kecil. Wanita itu, kakitangan kerajaan, Zhang berkata, bekas suaminya gagal menunaikan janji untuk mengadakan seks tiga kali seminggu.
Zhang, 52, menyelar suaminya, Zhou, 55, dengan berkata: “Kemaluannya begitu kecil. Serupa kanak-kanak. Hanya panjang 5 sentimeter. Kami tidak pernah mengadakan seks sepanjang perkahwinan kami,” katanya.
Menurutnya, mereka berkenalan pada 2008 menerusi seorang rakan dan berkahwin lima bulan kemudian.
Dia mahu mengadakan seks dengan lelaki itu sebelum berkahwin tetapi Zhou berkata, dia enggan kerana patuh pada ajaran agama.
Zhang berkata, dia hanya mengetahui mengenai masalah suaminya pada malam hari perkahwinan mereka.
“Dia tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai suami. Kami bergaduh sepanjang malam dan saya ada menyuruhnya berubat, tetapi dia enggan,” kata wanita itu. - The Sun
5 cm???
|