kopipes dari metro.
Saya melahirkan anak pertama dua tahun lalu. Selepas melahirkan, saya mengalami masalah ketika bersama suami iaitu kawasan faraj saya tidak basah dan sakit apabila melakukan persetubuhan. Ini membuatkan saya susah untuk terangsang akibat perasan takut sakit apabila suami mahu bersama sedangkan sebelum ini selepas berkahwin dan ketika hamil, saya tidak pernah mengalami masalah ini.
Saya ingin tahu sama ada keadaan ini normal bagi wanita selepas bersalin atau ada masalah lain. Saya berharap doktor dapat memberi pandangan mengenai masalah ini kerana hingga kini anak saya sudah berusia dua tahun dan saya tidak mendapat penyelesaiannya.
Ena, Kuala Lumpur
Ini bukanlah masalah yang sukar diatasi. Terdapat produk gel berasaskan air yang boleh digunakan sebagai bahan pelincir hubungan seks. Anda boleh menggunakan bahan ini buat sementara waktu.
Jika tidak, kekeringan boleh mendatangkan kesakitan dan ini membuatkan anda tidak dapat menikmati hubungan seks dan seterusnya tidak terangsang.
Cecair pelincir ada dihasilkan oleh sepasang kelenjar Bartholin di tepi pintu faraj selain dibantu lendir atau mukus daripada serviks yang banyak pada waktu subur.
Kelahiran normal lazimnya tidak mengganggu kelenjar ini. Guntingan episiotomi dibuat pada sudut berlainan dan pada sebelah bahagian saja.
Faktor psikologi turut memainkan peranan dalam rangsangan seksual contohnya keletihan, masalah peribadi dengan suami, perasaan rendah diri dengan perubahan bentuk tubuh dan seumpamanya.
Semakin lama berumah tangga, kita sepatutnya lebih terbuka dalam berkongsi dan saling memahami atau menerima.
|