Salam, moga berbahagialah kepada sesiapa yang sampai ucapan ini...
Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian Kecualiorang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan supaya bersabar.
Untuk menyahut seruan supaya "berpesan-pesandengan kebenaran" pada surah Al-'Asr ini, maka terpanggillah haku untuk berpesan kepada para pembaca mengenai suatu kebenaran yang terkandung dalam Al-Quran yang berisi penuh Hikmat yang selama ini kita tidak sedari.bukanlah kita sengaja untuk lalai, tetapi kita hidup dizaman penuh dengan fitnah akhir zaman! kita telah di "brainwash" sejak dari kecil lagi. kita diselimuti oleh pendapat dan pengetahuan(sains) yang bersumberkan orang2barat yang kadang2 tersasar! dan ada kalanya pendapat dan hasil kajian mereka kita benarkan seterusnya menjadi "presepsi minda" kita..walhal, tanpa kita sedariianya bercanggah dengan "panduan hidup" kita Al-Quran dan Sunnah! Maka, “hijab demi hijab” mula menyelimuti diri kita tanpa kita sedari..
ApakahHijab?
“Hijab menurut bahasa artinya menghalangi sedangkan menurut istilah artinya orang yang menghalangi orang yang masuk sebab-sebab warits dari mendapatkan harta waritsannya.”
Hijab yang hendak kita bincangkan disini bukanlah berkaitan dengan hartadan pewarisan. Tapi kita membincangkan tentang hijab yang menghalangi kita dari kebenaran. Hijab itu bermacam2. Umpamanya dinding. Ia juga hijab kerna ia menghalangi kita dari terus melihat apa yang disebelah dinding itu.
Di akhir zaman ini hijab yang paling banyak menutupi kebenaran itu datangdalam bentuk “pengetahuan”tanpa kita sedari. Mari kita perhatikan satu contoh“hijab pengetahuan”yang selama ini kita benarkan tanpa kita sedari.
KENYATAN A “Manusia itu DIBERIKAN AKAL oleh Maha Pencipta manakala haiwan TIDAKDIBERIKAN AKAL.”
KENYATAN B “Manusia dan haiwan sama-sama DIBERIKAN AKAL oleh Maha Pencipta.”
Di antara KENYATAAN A dan KENYATAAN B, kita pasti akan cepat bersetuju dengan KENYATAAN A:“Manusia itu DIBERIKAN AKAL oleh Maha Pencipta manakala haiwan TIDAK DIBERIKAN AKAL.”
dan tidak bersetuju dengan KENYATAAN B : “Manusia dan haiwan sama-sama DIBERIKAN AKAL oleh Maha Pencipta".
Kita merasa kenyataan itu betul dan benar kerna semua orang disekeliling kita juga berpendapat demikian dan kita terus membenarkanya pada tahap “simpulan mati”. Juga disokong apabila kita sendiri memerhatikan/menyaksikan haiwan itu benar2 “tidak diberikan akal”. Hasilnya kita pasti akan mengatakan “kamu gila” atau “kurang akal” kepada seseorang yang mengatakan “HAIWAN ITU JUGA BERAKAL”. Dan kita akan mempertahankan pendapat kita hingga “ketitisan darah yang terakhir” walaupun pada hakikatnya kita mempertahankan kepalsuan tanpa kita sedari! Maka inilah yang dikatakan “hijab pengetahuan”yang menyelubungi minda kita tanpa kita sedari. Kita umat Islam ditinggalkan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan. Maka gunakanlah ia sebaiknya dalam membuka “hijab pengetahuan” yang menyelubungi diri kita selama ini.
APA ITUAKAL?
1. Menurut kamus dewan, akal membawa maksud segala kegiatan berfikir dan tahap kecerdasan seseorang manusia.
2. Menurutpendapat Ibn al-Manzur dalam kamusnya Lisan al-Arab, akal membawa pengertian kepintaran.
3. Menurutal-Muhasabi pula, akal ialah al-Gharizah. Iaitu sesuatu sifat semula jadimanusia dan kemampuannya untuk memahami sesuatu.
Dalam bahasa mudah akal digambarkan “sebarang tindakbalas(putusan) yang bersumberkan pengertian/kesimpulan terhadap sesuatu setelah melalui proses berfikir”
Perhatikan ayat ini baik-baik:-
Dan dikumpulkan untuk Sulaiman tenteranya, terdiri dari bangsa jin, manusia dan burung. mereka berbaris dengan teratur.
Sampai ketika mereka datang di lembah semut, seekor semut(raja) berkata: "Hai semut-semut! Masuklah ke tempatmu, supaya jangan dipijak oleh Sulaiman dan tenteranya sedang mereka tiada tahu." (Surah AnNaml ayat 17-18)
Apakah semut dalam ayat ini mengambarkan kepada kita bahawa ia TIDAK BERAKAL?
Semut itu mengarahkan semut-semut lain supaya berlindung di tempatnya kerna ia(raja semut)“mengerti”akan bahaya jika dipijak tentera Nabi Sulaiman yang melalui tempatnya di Lembah Semut! Nabi Sulaiman dikurniakan kepandaian untuk mengerti bahasa haiwan terutamanya burung..disini kita melihat Nabi Sulaiman memahami komunikasi diantara semut-semut itu yang jelas menggambarkan adanya "akal kepintaran" diberikan kepada semut untuk mengelak bahaya.
Apakah kita tetap mengatakan “haiwan itu tidak diberikan akal oleh Maha Pencipta”? sedangkan ayat ini diambil dari Al-Quran yang tiada kepalsuan didalamnya..
Mari kita perhatikan lagi ayat2 lain.
Dan (setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung lalu berkata: "Mengapa aku tidak melihat burung Hudhud? Adakah ia dari mereka yang tidak hadir?
"Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya, atau akuakan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata (yang membuktikan sebab-sebab ia tidak hadir)".
Burung Hudhud itu tidak lama ghaibnya selepas itu, lalu datang sambil berkata (kepadaNabi Sulaiman): "Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup mengetahuinya,dan aku datang kepadamu dari negeri Saba' dengan membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya.
"Sesungguhnya aku dapati seorang perempuan memerintah mereka dan ia telah diberikan kepadanya (serba sedikit)dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan) dan ia pula mempunyai singgahsana yangbesar.
"Aku dapati raja perempuan itudan kaumnya sujud kepada matahari dengan meninggalkan ibadat menyembah Allah,dan Syaitan pula memperelokkan pada pandangan mereka perbuatan (syirik) mereka,lalu menghalangi mereka dari jalan (yang benar); oleh itu mereka tidak beroleh petunjuk, -
"(Mereka dihalangi oleh Syaitan) supaya mereka tidak sujud menyembah Allah yang mengeluarkan benda yang tersembunyi di langit dan di bumi, dan yang mengetahui apa yang kamu rahsiakan serta apa yang kamu zahirkan.
"Allah!- Tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar ".
Nabi Sulaiman berkata: Kami akan fikirkan dengan sehalus-halusnya, adakah benar apa yang engkau katakan itu, atau pun engkau dari golongan yang berdusta.
"Pergilah bawa suratku ini,serta campakkanlah kepada mereka, kemudian berundurlah dari mereka; dalam padaitu perhatikanlah apa tindak balas mereka". (Surah AnNaml ayat 20-27)
Bagaimana dengan burung Hudhud dalam ayat-ayat ini? Apakah ia(burung) masih menggambarkan kepada kita “haiwan tidak diberikan akal”? dimana burung itu begitu petah dalam melaporkan apa yang diketahuinya kepada Nabi Sulaiman.
Juga mari perhatikan,
Dan Tuhan engkau mewahwukan kepada lebah: “Ambillah tempat diam di bukit, di pohon kayu dan apa yang dapat mereka dirikan.”
Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai),serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu)yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (Surah AnNahl ayat 68-69)
Apakah ayat tentang lebah ini juga masih menggambarkan kepada kita “haiwan tidak diberikan akal”?
dimana lebah itu “mengerti”perintah(wahyu)kepadanya dari Maha Pencipta, supaya tingal di pohon2 dan menghisap madu dari bunga2.Dan sampai sekarang kita dapat melihat lebah tetap melaksanakan “wahyu/perintah”yang diturunkan kepadanya..
KESIMPULAN
Sesungguhnya “HAIWAN ITU JUGA DIBERIKAN AKAL” oleh Maha Pencipta. Tetapi akal yang diberikan tidaklah sama tahapnya sebagaimana akal yang diberikan kepada manusia yang begitu kompleks. Akal pada haiwan adalah dalam kelasnya tersendiri dan tidak boleh dibandingkan dengan akal yang diberikan pada manusia..Dan apa yang dapat kita gambarkan didalam ayat2 Quran itu, ada unsur "kepintaran atau kebijaksaan" yang timbul didalam dunia haiwan seterusnya memberikan gambaran haiwan itu juga memiliki akalnya tersendiri..
Akal yang diberikan pada manusia itu juga berbeza tahapnya berdasarkan umur manusia itu..Akal seorang budak kecil(umur 1-2tahun) lebih rendah berbanding orang dewasa. Namun ia sudah diberikan akal(tahap rendah).Kadang2 mereka akan “menangis”untuk mendapatkan perhatian ibu bapaknya dan bukan menangis kerna ia sedang sakit..ini juga boleh diketegorikan berakal(tahap rendah).
Sesungguhnya inilah salah satu kenyataan tentang “hijab pengetahuan”yang selama ini kita tidak sedari.
p/s Dan bukanlah keterangan ini menyokong sebarang teori bahawa “manusia itu berasal dari pada beruk!”kerna Al-Quran sudah terang2 mengisahkan asal usul manusia.
Semoga Bermanfaat..
Last edited by habakuk on 23-4-2013 04:10 PM
|