CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9860|Reply: 27

tudung yg diharamkan pemakaiannya

[Copy link]
Post time 17-5-2013 05:39 PM | Show all posts |Read mode
Kalau cakap pasal trend pemakaian dan pengeluaran jenis tudung terkini tu memanglah banyak… My sendiri kadang-kadang mengikuti jugak  peredaran zaman fesyen terkini tu. Tapi tengok jugaklah tempat kalau setakat nak ke tempat kerja takdelah My nak mencapub sangat lilit sana lilit sini kan… -.-’… Nak ikut cara-cara pemakaian tudung masa kini tu tak kisahlah… ikut suka hang lah kan janji menutup aurat… Yang menjadi permasalahannya sekarang… My tak gemar betul tengok orang pakai tudung jenis nampak bonggol atas kepala tu… alaaaa yang macam orang ikat rambut tinggi-tinggi macam berpantang gamaknyaaa… Lebih senang dah serupa bonggol unta… -.-’
ni haaa bonggol untaaa...-.-'
Peliklah… apa kejadahnya best sangat pakai tudung sanggul-sanggul tinggi macam tu cubahabaq mai sket?? Hodoh tau tak??? My ni kang nak sound lebey-lebey ada plak suara-suara sinis berkata:


“okaylah tu… daripada tak pakai tudung langsung…”


Elok sangat lah tu… Kang ko jawablah kat Akhirat… ! dah dah takmo cakap banyak baca je lah dalil-dalil kat bawah ni. (Rasanya sebelum ni dah banyak dikongsikan di Facebook tapi masih ada yang galak pakai macam ni kan…)


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidak akan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian."(Riwayat Muslim).

Korang tau tak kenapa ianya menjadi suatu kesalahan? Okay pada pemahaman My macam ni… sila baca ulang-ulang kalau tak faham oke. Bila seseorang wanita pakai tudung sanggul tinggi-tinggi macam ni ofkos lah dia akan mengumpulkan semua rambutnya tu menjadi sanggul kan. Bila dah buat sanggul lepas tu dia sarung tudung sah-sahlah sanggul tu akan menonjol…sehingga menampakkan bagi penglihatan orang lain terutama pada yang bukan mahram… So, bagi mereka yang nampak tu dia akan tahulah bahawa rambut korang tu lebat, panjang mengurai… Kalau yang lelaki tu boleh bayangkan lagi… sanggul tinggi ni konfem rambut lebat panjang mengurai… Maka ia dah jadi haram bagi si pemakai dan wajiblah baginya untuk menguraikannya.

Ada pahammm???

So, tolonglah… kepada mereka-mereka di luar sana janganlah pakai tudung sanggul-sanggul tinggi ni… Ada banyak cara nak ikat rambut tu bagi tak menampakkan aurat… Toksahlah dibuat-buat bonggol macam tu… buruk oke…-.-’


******************************************************

Satu perkara lagi yang My dok kaji adalah mengenai pemakaian tudung yang menyerupai biarawati kristian. Nau'zubillah... My sebenarnya kalau malas nak melilit-lilit selendang selalu lah pakai tudung sarung tu. senang... cepat dan mudah. So bila pakai tudung macam ni dia kan macam besar sikit so My sukalah pin kan tudung tu di belakang leher supaya nampak kemas. My percaya ramai yang gemar pakai tudung macam ni.



Sehinggalah satu hari mak pernah tegur bila nampak My pakai tudung macam tu. Mak kata mak pernah pergi dengar ceramah seorang ustazah tu dia tegur perempuan yang pakai tudung pin ketat-ketat belakang leher tu.. Dia tegah pakai macam tu sebab menyerupai biarawati kristian. Masa tu My macam hot je... My cakap kat mak... "eh yeke...taklah... bergantung kat niat kita lahhh... " boleh cakap gitu??? melawan melawan! grrr...


Lepas tu, My tetap pakai tudung macam tu sebab My fikir... it depends on our niat.. Tapi hakikatnya baru My sedar... My ni salah. ish berdosa betul. Memang lah korang.... niat bukanlah nak menyerupai... tapi bila kita pakai tudung macam tu secara langsung ia akan menampakkan susuk leher korang... makanya, hukumnya dah jadi macam mana?


Same goes to yang kat atas tu menampakkan bonggol kepala, same goes to perempuan yang pakai pakaian ketat dan jarang... menampakkan susuk tubuh yang tak berapa nak slim... harammmmmm


Plus,
"barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum... maka ia termasuk dari golongan mereka"(Hadith riwayat Abu Daud, disahihkan olehIbn Hibban)


So, fikir-fikirkanlah... korang nak ke tergolong di kalangan biarawati-biarawati kristian tu? Nau'zubillah.....
nak geng? joinlah diorang...-.-'
My taknak... So, My bukak pin di belakang leher tu.... taknak lah pakai macam tu lagi... biarlah tak cantik di mata orang... tapi cantik di mata Allah & Malaikat....T_T Jadi, marilah kita sama-sama renung-renungkan... kita pakai tudung kerana fesyen atau tuntutan agama? Jangan kerana mahu cantik... kita abaikan tuntutan-tuntutan agama yang perlu kita tahu dalam pemakaian tudung...


Sekian, dimaklumkan… *peringatan untuk diri sendiri yang lemah juga...


Last edited by uniq61 on 17-5-2013 05:41 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-5-2013 05:44 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 05:53 PM | Show all posts
hehehhe macam2 pesen kan???

bersederhana lebih indah...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 06:01 PM | Show all posts
betul2....sgt xsuka tgk yg bonggol2 tu....sy tgk kt kedai...yg jual bonggol sj pun ada....klu si pemakai tu rambut pendek tapi nk wt bonggol unta tu,dia beli yg jual kt kedai tu....


tolongla wanita2 diluar sana....kdg2 tu xtau nk jawab cmne bila ada yg bertanya (terutamanya non muslim) kenapa ada ppuan pakai tudung kecik nmpk dada,ada yg pakai labuh...kenapa? kenapa? kenapa? mereka yg non muslim sll tertanya2....
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 06:44 PM | Show all posts
kita tak boleh salahkan orang yang belum tahu atau belum ade kesedaran sebaliknya kita yang tahu ni yang berdosa sebab kita tak beritahu atau nasihatkan pada orang yang tak tahu





Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2013 07:13 PM | Show all posts
I tak pakai bonggol-bongol tinggi camtu. I lebih kepada biarlah bersederhana dlm berfashion..
Tp I tak fikir sanggul bonggol itu haram sbb i tak nampak pun perkataan haram di situ.
Hadis ini langsung tidak ada kaitan dengan perempuan bertudung yg bersanggul tinggi.

"Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka di dunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini." (Riwayat Muslim).

Ia menceritakan keadaan penghuni neraka bukannya di dunia...sedangkan nabi sendiri kata yang dia belum tgk keadaan org itu di dunia...
Haraplah TT jgn lah cepat melatah dan terus menjatuhkan hukum.
Menjatuhkan hukum bukan nya manusia ...Allah saja yg layak menghukum.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2013 07:21 PM | Show all posts
Dulu I ada kawan lelaki ni yg mengaku alim, pandai agama. Dia bercerita dgn org yang dia menegur sesorg pasal tudung ni jugak lah. Dan ada suatu kejadian yang menyebabkan org yang dia tegur tu insaf.
I malas nak cerita lebih-lebih kat sini...sbb....
Tp secara ringkasnya I tny dia betul2 pasal cerita dia rupanya dia kata tipu jer. Katanya cerita tu cuma utk org minat baca blog dia.

Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2013 05:58 AM | Show all posts
nk berfesyen tak salah tapi biarlah menepati apa yg Islam gariskan dlm pemakaian seorang muslimah/muslim. kalau x menepati dgn apa yg Islam gariskan, baik x payah berfesyen. pakai je yg ketinggalan zaman. kn lebih baik dr buat dosa..janji Allah syg!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2013 02:28 PM | Show all posts
betul2..ramai ppuan suka pakai tudung dgn pesen bonggol unta nih..yg retis dh brhijab pun sama, mcm ziela jalil dlm primadona..mak aihh beso btul bonggol..

pasal bab bonggol unta nih, mmg ada trbaca sabda rasullullah saw mcm yg tt tulis kt atas nun..sbb tuh sblm kuatkan tekad utk kekal brhijab tmpoh ari, daku rela kerat pndek rambut rebonding separas pinggang..Alhamdulillah..pakai tudung pun x nmpak bonggol sbb rambut x pnjang, + trlepas dr hasutan syaiton yg asik kata rmbut daku cantekk buat apa nak sorok dlm tudung!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2013 05:48 AM | Show all posts
bukan tu saja selain dari pakai yang ade bonggol haram ramai aku tgk masih terlupa yg tudung diorang masih pendek n atas dada..tudung kna bawah dada..tp ramai yg kata mcm org tua...kalau nak mcm org muda aku rasa baik x yah pakai langsung..kalau pakai masih dalam kategori telanjang atau berdosa...sama ja mcm x pakai...coz bertudung wajib .macm  tudung yg paling glemer tu byk yang atas dada...bkn tu je yg seangkatan dengan dia pun byk...dah la mahal..mcm x berbaloi ngan kain yg sket tu...aku pun bukan pakai tdung labuh tp pastikan tutup dada...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2013 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Sy memang xbuat bonggol tu bukan sebab apa tp rasa cam berat je ats kepala. Mcm bwk bekas susu plak. Jd xberkenan la.  
Betul jugak bab tudung ats dada. Ari tu ada kawan bg tudung berlapis yg singkat tu. Skali je i pakai. Rase segan giler. Biarpun ramai ckp cantik n nampk muda, xpe la. Bukan itu yg kucari.
Hari khamis tempat i, ada senam pg. Ni kalo tgk  pompuan2 berfesyen tudung, mcm2. Almaklumlah join dgn hero2 idaman malaya. Pakai tudung, lgn xtutup, br ni, btudung, tp suar tgh betis. I tgk sambil doa dlm ati moga diberi hidayah.;)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2013 12:21 AM | Show all posts
DAN ADA YANG PAKAI TUDUNG TAPI PAKAI SELUAR GETAH YANG MENAMPAKKAN BENTUK BADAN....APA MEREKA NI TAHU TAHU KE DEFINASI AURAT SEBENARNYA??? MUNGKIN TANDA KIAMAT KECIL DAH PUN ADA.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 08:00 AM | Show all posts
ada yg dh tau tu tp buat jgk...demi nk nmpk cantik katanyaaa....cantik ke...
bila aku tgk sanggul tinggi mcm tu dh mcm alien plak...bsr semcm jek....geli aku tgk...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 08:18 AM | Show all posts
MY tu nama ko ke atau MY = I ??? aku x paham ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 08:42 AM | Show all posts
bonggol2..make up...baju ketat...dot dot ...isu...

x pakai tudung...sexy2...?

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 08:57 AM | Show all posts
ai sekadar btudung bawal je....senang ....xde makne nk letak bongol2 ni....ai rmbt pendek..selesa skit utk btudung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2013 09:03 AM | Show all posts
bagus thread yg TT buka ni....

zaman sekarang ni pesen muslimah dah jadi mcm ni kan , yang pakai jubah tapi ketat sampai menampakkan shape badan, line spender --- slim n plussize sama je, pakai tudung -- kebanyakan pakai tudung asal tutup kepala, tapi tidak cover bhgn yg patut dicover .... terserlah leher n dada ..bila pakai baju longgar2, jarang plak kekdahnye ... haish fesen2
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 09:17 AM | Show all posts
...suka thred TT ni jom kita bersama mencegah kemungkaran
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2013 09:34 AM | Show all posts
SEMUANYA UNTUK KESEJAHTERAAN BERSAMA...SAMPAI SAMPAIKAN ANYWAY THANKS..ALL
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2013 09:35 AM | Show all posts
x berat ke nk junjung bongol2 unta tu x yah la nk fesyen2 cam tu..x cantik pon Last edited by kristal on 20-5-2013 09:37 AM

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.056884 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list