CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25128|Reply: 149

SAMARINDA:EPILOG CINTA KHIRANA

[Copy link]
Post time 3-6-2013 01:51 PM | Show all posts |Read mode
Takde sape nak update pasal drama ni ke? Dah 5 episod dan nampak jalan ceritanya agak menarik..

Salam semua.Ayuh kita tontoni bersama malam ini jam 10 malam. Sebuah lagi siri tv terbitan Zeel Production bersiaran di slot Samarinda. EPILOG CINTA KHIRANA lakonan mantap Tasha Shilla,Nazim Othman,Alif Aziz, Raja Ilya dan ramai lagi. Arahan Azmi Hata. Sebuah adaptasi novel "Mencari Jalan Ke Syurga" tulisan Hasliza Ismail. Selamat menonton. Yang terbaik dari kami di Zeel Production dan TV3.

Sinopsis Novel:

Satu kemalangan tragis telah meragut semua yang Khirana miliki; memorinya dan juga insan tercinta. Setelah dua tahun koma, dia bangkit semula lalu bertatih untuk memulakan hidup baharu dan berubah menjadi insan yang berbeza.
Namun, kemunculan Shahrul Azwan telah memaksa Khirana berhadapan dengan dosa semalamnya. Kebencian dan dendam kesumat lelaki itu membuatkan Khirana berjuang untuk mengembalikan semula ingatannya. Bayangan hitam mula menghantui diri dan cuba untuk menyesatkan laluannya. Dugaan yang datang bertimpa-timpa hampir melemahkan imannya.


Di mata Shahrul Azwan, Khirana adalah seorang perempuan jalang yang telah menghancurkan maruah keluarganya. Hutang nyawa mesti dibalas dengan nyawa! Namun dia buntu apabila setiap kali menyakiti wanita itu, hatinya turut sama terluka. Keperibadian Khirana telah meruntuhkan tembok kebencian di dalam dirinya. Bila hati sudah tertawan, dia terpaksa memilih di antara keluarga dan cintanya. Walau jalan mana yang dipilih, kesudahannya pasti menuntut satu jiwa sebagai pertaruhan.


Shahrul yang pada mulanya mempunyai agenda untuk membalas dendam, tidak mampu menolak perasaan yang mula berputik kerana kebaikan dan keinsafan Khirana. Khirana berdepan dengan pelbagai dugaan bermula dengan kehilangan seorang kawan yang amat dikasihi sehinggalah dia hampir mati buat kali keduanya kerana dendam seorang isteri yang mengalami tekanan jiwa. Di saat Shahrul cuba mengecapi kebahagiaan bersama Khirana dan di saat Khirana mula mengingati semula sejarah silamnya, Khirana ditikam kerana dendam seorang isteri. Namun jodoh Khirana dan Shahrul masih utuh. Mereka akhirnya mengecapi bahagia di perantauan kerana Shahrul terpaksa melepaskan segala miliknya di Malaysia untuk menyelamatkan satu-satunya adik lelakinya.

Apakah yang telah dilakukan oleh adiknya dan apakah sejarah hitam yang telah Khirana lakukan sehingga nyawa mesti dibalas dengan nyawa? Siapakan yang membunuh kawan baik Khirana? dan siapa pula yang cuba membunuh Khirana untuk kali kedua?
Last edited by are_u2905 on 4-6-2013 01:42 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2013 01:55 PM | Show all posts
citer best tapi tu lah tasha dia berlakun macam org buta aje...mata tak ada expression sungguh..perasan tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2013 03:55 PM | Show all posts
sueism posted on 3-6-2013 01:55 PM
citer best tapi tu lah tasha dia berlakun macam org buta aje...mata tak ada expression sungguh..pera ...

ha ah.. mata dia mcm blank je.. xde jiwa...
tapi nazim mmg best dalam dram ni.. i like!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 03:57 PM | Show all posts
are_u2905 posted on 2-6-2013 09:55 PM
ha ah.. mata dia mcm blank je.. xde jiwa...
tapi nazim mmg best dalam dram ni.. i like!!
...

kan???? mata kaku macam mata palsu gitu...nazim best! me suka!!!

Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 05:16 PM | Show all posts
aku heran la nape si tasha ni asyik jadi heroin je.. bila bace sinopsis mcm best je tp tolong la kenape mesti si tasha??
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2013 09:26 PM | Show all posts
ooo tasha tak best erkk berlakon dlm citer ni...selalunye lakonannya tak delah dipertikaikan
mungkin wtk tak kena kot..

but citer ni tak clinche mcm  novel lain...more to revenge style...
lebih baik bykkn novel camni dr novel kahwin paksa atau kahwin awl & so on...

komen dr peminat tasha shila @beta_carotene ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-6-2013 11:40 PM | Show all posts
mmg xprnh suke tgk lakonan si tasha ni
nsb baik ada nazim
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2013 12:53 AM | Show all posts
suke tengok nazim berlakon..
menjadi jugak dia bawak watak shahrul azwan tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2013 10:25 AM | Show all posts
suka cite ni! jalan cite menarik.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2013 10:29 AM | Show all posts
lagi satu...ost best!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2013 01:22 PM | Show all posts
amemiya posted on 4-6-2013 10:29 AM
lagi satu...ost best!

suka lagu ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2013 01:26 PM | Show all posts
Credit to Harian Metro

Borak Lokasi: Khirana mencabar Azmi

Walaupun sudah banyak mengarahkan drama, pengarah Azmi Hatta mengakui watak Khirana lakonan Tasha Shilla melalui drama berepisod arahannya Epilog Cinta Khirana benar-benar menguji.

Ini kerana Khirana mempunyai dua watak iaitu jahat sebelum kemalangan dan kemudian berubah menjadi karakter menjadi baik. Biarpun watak seperti itu pernah ada di mana-mana drama, cabarannya tetap terasa setiap kali memulakan penggambaran.

Melalui drama 16 episod ini, Azmi begitu diuji kerana dia harus memastikan watak Khirana yang juga peranan utama di dalam drama ini tidak tenggelam dengan watak pelakon lain.

Ditemui di lokasi penggambaran drama berkenaan terbitan Zeel Production Sdn Bhd baru-baru ini, Azmi mengakui walaupun sudah berpengalaman sebagai pengarah, tetapi drama ini tetap mencabar dirinya dalam memastikan watak utama dalam cerita ini benar-benar berkesan.


“Saya akui sangat mencabar dalam menjaga watak yang dilakonkan oleh Tasha. Selain perlu memastikan dia tidak tenggelam dengan kehadiran watak pelakon lain saya juga harus pastikan watak jahatnya benar-benar hidup.


“Begitu juga dengan watak baik saya perlu tonjolkan situasi yang mana Tasha hilang ingatan dan tidak tahu apa sebenarnya yang dia lalui sebelum kemalangan. Situasi inilah yang kadangkala menyukarkan saya.

“Bagi mendapatkan lebih gambaran sebenar, saya sering berbincang dengan penulis skrip, Hasliza Ismail bagi mendapatkan konsep jalan cerita yang diharapkan,” katanya.

Meskipun ini kerjasama pertama Azmi dengan Tasha, dia senang kerana pelakon terbabit seorang yang profesional dan tidak banyak kerenah.

“Alhamdulillah, semua kru dan pelakon pernah bekerjasama dengan saya sebelum ini. Walaupun pertama kali Tasha bekerja dengan saya, dia tahu apa yang saya inginkan.

“Malah kadang-kadang dia boleh melakukan lebih daripada apa yang diminta dan ini tidak menyukarkan saya untuk membentuknya dalam melakonkan sesuatu watak,” katanya.

Bukan saja tercabar dengan dua karakter watak utamanya, Azmi juga perlu bijak memastikan setiap watak pelakon memberi impak pada penonton disebabkan kebanyakan pelakon yang terbabit adalah mereka yang popular.

“Penerbit seorang yang suka pelakon ada nama dan dikenali, justeru apabila melihat senarai pelakon, banyak perkara perlu saya ambil kira dalam memastikan drama ini dapat meninggalkan kenangan kepada penonton.

“Seperti mana yang dapat kita lihat, kebanyakan drama terbitan Zeel Production semuanya memberi banyak kesedaran buat semua. Justeru ia satu tanggungjawab besar buat saya untuk memberikan yang terbaik melalui drama ini,” katanya.

Epilog Cinta Khirana bakal bersiaran di TV3 pada pertengahan Mei ini melalui slot Samarinda setiap Selasa hingga Khamis jam 10 malam.


Sinopsis Epilog Cinta Kirana

Drama ini bermula dengan satu kemalangan jalan raya yang meragut nyawa Datuk Shamsul Ariffin. Khirana yang turut bersama dengannya cedera parah dan koma selama dua tahun. Selepas sedar daripada koma, dia hilang ingatan dan memulakan kehidupan baru dengan bekerja di sebuah butik.

Sementara itu, Shahrul Azwan dan Sharqir Ikhwan, adik kepada arwah Shamsul Ariffin terkejut apabila terserempak dengan Khirana yang terselamat daripada kemalangan maut itu.

Shahrul Azwan yang memerhatikan tingkah laku Khirana berasa pelik dengan personaliti Khirana yang jauh berbeza dengan apa yang dia bayangkan. Dia menganggap bahawa Khirana hanya berpura-pura dan merahsiakan sikapnya yang sebenar.

Justeru, Shahrul Azwan memasang perangkap untuk membawa Khirana ke sebuah hotel. Di sana, dia cuba merogol Khirana dengan tujuan hanya mahu menakutkannya. Namun, dia terkejut dengan tindakan Khirana yang berdoa meminta pertolongan Tuhan. Malu dengan perbuatannya, dia bergegas keluar meninggalkan Khirana yang menangis sendirian di bilik hotel berkenaan.

Pada masa yang sama, kesihatan isteri arwah Shamsul Ariffin, Zulaikha semakin merosot. Sebenarnya Zulaikha masih hidup dalam dunia khayalannya dan menganggap suaminya masih ada di sisinya.

Dia berpura-pura untuk menjadi normal apabila bersama keluarga tetapi apabila bersendirian, dia mula menunjukkan gangguan emosi yang tidak menentu.

Suatu hari, Khirana menggunakan jalan pintas ke perhentian bas sewaktu pulang lewat dari kerja. Tanpa diduga, dia dihalang tiga lelaki yang sedang menunggunya. Tiba-tiba, Shahrul Azwan muncul bersama motosikal berkuasa tinggi merempuh ketiga-tiga lelaki terbabit.

Khirana mula keliru dengan niat sebenar lelaki itu, kadangkala dia muncul semata-mata untuk menyakiti hatinya dan hari ini pula dia menyelamatkan nyawanya.


PROFIL PRODUKSI:

Drama: Epilog Cinta Khirana
Terbitan: Zeel Production Sdn Bhd
Penerbit: Md Fadzil Teh
Penerbit Eksekutif: Muhamad Norazhar Baharuddin (Bobby)
Pengarah: Azmi Hatta
Penolong Pengarah: Rosli Mohd Taib
Pengurus Produksi: Fendi Seman
Penolong Pengurus Produksi: Ayie Rahim
Kesinambungan: Chad Abd Rahman
Pengarah Seni: Muhammad Faizal Nadxman
Jurukamera: Wan Sharif
Prop Master: Mohd Rizaimi Aminuddin
Mekap: Ahmad Baqi Ahmad (Balqis)
Wardrobe: Yassni Ryass Din
Pembantu Wardrobe: Zizie Abd Rahim
Runner: Mohd Izwan Abdullah
Handy: Sharul Hisham
Handy 2: Mohd Asmawi Abd Aziz
Penulis Skrip: Hasliza Ismail

Penata Cahaya: Al-Afiq Md Jamil, Norshahrul Fikri Shaari, Roszaini Kamis, Mohd Khairifirdaus Rahim

Pelakon: Tasha Shilla (Dayang Khirana), Nazim Othman (Shahrul Azwan), Aliff Aziz (Sharqir Ikhwan), Fiza Halim (Zulaikha), Arash Mohamad (Datuk Shamsul Ariffin),Raja Ilya (Eugene), Izati Abdullah (Rozana), Wan Shades (Pak Lang Daud), Raja Ema (Mak Lang Rabiah), Hairi Safwan (Luqman), Nur Suhada Jebat @ Aida (Farah Huda)
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2013 11:08 PM | Show all posts
sinopsis best lah..tak clinche langsung
kenapalah drama camni tak byk kt pasaran?
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2013 11:10 PM | Show all posts
baru tgk epi arini..

arini byk tunjukkan sisi jahat khirana..camne die leh bergaul ngan datuk tu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2013 12:17 AM | Show all posts
best la citer ni...housemate Tasha siela yg sorg tu cantik kot...sapa nama..pelakon baru....suka2..harus folo kalu teringat la..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2013 01:18 AM | Show all posts
dauswq posted on 3-6-2013 08:26 PM
ooo tasha tak best erkk berlakon dlm citer ni...selalunye lakonannya tak delah dipertikaikan
mungki ...

kannnnnn????

iols banyak jerr skrip tak cliche tapi katanya xde produksi sendiri..
kalo x harus semua drama2 iols dilakonkan oleh tasha shilla voley?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2013 10:21 AM | Show all posts
beta_carotene posted on 5-6-2013 01:18 AM
kannnnnn????

iols banyak jerr skrip tak cliche tapi katanya xde produksi sendiri..

tasha shila ni sesuai bwk wtk jahat kot...tgk die pun dah annoying...
tp biler die jadi baik, dah nampak lain...

kau dh tgk ker citer ni?


Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2013 12:43 PM | Show all posts
makbudakcomel posted on 3-6-2013 05:16 PM
aku heran la nape si tasha ni asyik jadi heroin je.. bila bace sinopsis mcm best je tp tolong la ken ...

Zeel production mmg suka ambil dia ni ngan Fiza Elite.  Citer dia best n pelakon2 lain pun best, cuma kureng tang heroin jeee...Nape le tv3 suka ambil heroin yg kayu n x ada jiwa bila berlakon. Nsb heroin Kisah Cinta & Sebenarnya, Saya Isteri Dia heroin dia best, klu x syg citer best, hero ok tp heroin buat spoil.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2013 11:04 PM | Show all posts
Citer ni best!

Yang potong stim sbb Ada Tasah sila

Nasib baik Ada Nazim

Part tasa tu terpaksa buat2 tak nampak
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2013 10:51 AM | Show all posts
aku suka cerita nih sbb nazim. best dia dalam nih.... xpresi muka ; tasha mmg nampak kaku jadi budak baik...

tapi dia sangat2 lurus lepas anemia;
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.074762 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list