PUCHONG , 15 Ogos - Seorang lelaki mabuk yang gagal mengawal emosi ketika bertengkar dengan rakannya bertindak kejam apabila menikam mangsa sebanyak lima kali hingga mati dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Utama 2/1 Taman Puchong Utama di sini kelmarin.
Kejadian pukul 11 malam itu mengakibatkan buruh binaan, Moris Asang Yahya, 20, mati di tempat kejadian. Sebelum itu, mangsa dikatakan telah meminum arak bersama suspek dan lima lagi rakan sekampungnya dari Sarawak di rumah tersebut.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chua berkata, mangsa dan suspek kemudian telah bertengkar dan bergaduh.
Katanya, suspek yang berusia 26 tahun tersebut kemudian cuba mencederakan mangsa dengan dua bilah pisau.
p/s mabuk sempena sambut syawal ker? Malang sekali...
Last edited by tongkatwaran75 on 15-8-2013 09:07 AM
|