CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7800|Reply: 77

[Tempatan] Najib : Endless Possibilities bukan pengganti 1Msia. Tapi pelengkap.

[Copy link]
Post time 21-8-2013 08:09 AM | Show all posts |Read mode
http://www.malaysia.my/#home



Selepas 1Malaysia hilang taring, Putrajaya kini guna `Endless Possibilities’




OLEH JAHABAR SADIQ, PENGARANG
August 21, 2013


Jika slogan pertama kurang memberi kesan, cuba lagi. Datuk Seri Najib Razak kini bersedia untuk melancarkan penjenamaan baru bagi pendekatan Malaysia, disasarkan kepada rakyat Malaysia selepas Pilihan Raya Umum 2013 yang membangkitkan kemarahan ramai.

Kempen terbaru itu yang dipanggil `Endless possibilities’, dijangka dilancarkan pada 17 September, sehari selepas Malaysia menyambut Hari Malaysia yang ke-50, kata sumber memberitahu The Malaysian Insider.

Mereka berkata, slogan `Endless Possibilities’ akan menggantkani slogan 1Malaysian yang diperkenalkan perdana menteri ketika beliau mula menjawat jawatan itu pada April 2009. Satu laman web baru – www.malaysia.my juga kini dibina.




“Kempen `Endless Possibilities’ sudah bermula awal tahun ini tetapi pelancarannya ialah pada 17 September depan. Semua menteri sudah diberikan penerangan mengenainya,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata, Najib turut dilihat menggunakan butang lencana berlogo `Endless Possibilities’, yang berupa lingkaran tiada penghujung berjalin dengan M dan Y dalam warna merah, kuning dan putih berlatarbelakangkan warna biru, bersama dengan butang lencana logo 1Malaysia.

Slogan 1Malaysia dengan tagline `Rakyat didahulukan. Pencapaian diutamakan’ dipersendakan kerana maksudnya yang kabur dan pengkritik menyatakan ia tidak mampu menyatukan rakyat Malaysia, termasuk bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya tidak jelaskan konsepnya, tetapi itu yang direka,” kata bekas perdana menteri dalam satu temubual Disember lalu.

Najib berkata, beliau memutuskan bahawa ia perlu ada `elemen strategi tidak jelas yang membawa pelbagai makna’ ketika beliau memperkenalkannya tiga tahun lalu, bagi membolehkan konsep itu diperluas untuk memasukkan pendapat lain daripada masyarakat.

Tetapi, jabatan kerajaan, agensi dan usahawan mengambil slogan 1Malaysia, menghasilkan pelbagai program, insiatif, produk dan perkhidmatan berdasarkan kepada tema itu, termasuk stesen radio dan tandas awam.

Bagaimanapun, slogan itu gagal membantu Najib mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya pada 5 Mei lalu apabila Barisan Nasional (BN) hanya mampu mendapat 133 kerusi parlimen, kurang tujuh daripada 140 kerusi yang dimenangi dalam Pilihan Raya 2008.

Sejak PRU13, slogan 1Malaysia tidak lagi digunakan, sama ada daripada kerajaan atau rakyat walaupun ia begitu giat ditonjolkan dalam kempen pilihan raya dan jelajah Janji Ditepati BN.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa slogan `Endless Possibilities’ sebenarnya mahu dilancarkan sebelum hari mengundi, tetapi kerajaan menangguhkannya bagi mencegah kemungkinan berlaku kekeliruan.

Pos Malaysia sudah merancang untuk melancarkan setem baru bertajuk Malaysia: Endless Possibilities pada 30 Mei 2013 tetapi tidak ada tanda set setem itu.

Sumber berkata, kempen baru itu sebenarnya bermula pada awal tahun ini di majlis berprestij Forum Eknomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland dan dalam beberapa program Pelancongan Malaysia.

Klip video berdurasi 60 saat yang memaparkan Najib juga dilancarkan dan disiarkan oleh penyiar berita global CNN.

“Taklimat ringkas daripada Pejabat Perdana Menteri ialah untuk mempromosi Malaysia sebagai negara yang dinamik dengan infrastruktur lengkap membangun dan pelan pembangunan ekonomi agresif untuk masa depan.

“Dengan memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, klip video itu disiarkan menerusi CNN untuk menarik pelabur dan syarikat asing ke dalam negara,” menurut penjelasan yang diletakkan bersama klip video itu dalam laman YouTube.

Terdapat juga beberapa pengiklanan bercetak dengan slogan baru itu dalam majalah antarabangsa untuk tujuan perniagaan dan pelancongan sepanjang tempoh lapan bulan lalu. Tetapi sumber berkata, penggunaan secara meluas akan hanya berlaku selepas pelancaran pada 17 September ini.

“Tunggu dan lihat. Ia akan menjadi kempen yang besar dan mengkagumkan. Kempen ini ada `kemungkinan yang tidak berpenghujung’,” katanya. – 21 Ogos, 2013.


Najib: `Endless Possibilities’ pelengkap, bukan pengganti 1Malaysia



OLEH YISWAREE PALANSAMY
AUGUST 21, 2013


Kempen terbaru Putrajaya berslogan `Endless Possibilities’ akan melengkapkan lagi, bukan mengganti 1Malaysia yang diperkenalkan sejak tahun 2009, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (gambar), hari ini.

Najib berkata, ia adalah `kempen komplementari’ dan kempen terkini itu adalah sebahagian daripada pelan menjenamakan negara.

“Ini akan mempromosikan Malaysia,” katanya ketika menjawab soalan pemberita di jamuan hari terbuka jabatannya di Putrajaya, hari ini.




Najib dilihat mengenakan lencana baru kempen terkini itu sebagai tambahan terhadap lencana logo 1Malaysia.

The Malaysian Insider hari ini melaporkan mengenai kempen baru itu, yang akan dilancarkan secara rasmi pada 17 September, sehari selepas Malaysia menyambut ulang tahun Hari Malaysia ke-50.

Slogan 1Malaysia dengan tagline `Rakyat didahulukan. Pencapaian diutamakan' dipersendakan kerana maksudnya yang kabur dan pengkritik menyatakan ia tidak mampu menyatukan rakyat Malaysia, termasuk bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya tidak jelaskan konsepnya, tetapi itu yang direka," kata bekas perdana menteri dalam satu temubual Disember lalu.

Najib berkata, beliau memutuskan bahawa ia perlu ada `elemen strategi tidak jelas yang membawa pelbagai makna' ketika beliau memperkenalkannya tiga tahun lalu, bagi membolehkan konsep itu diperluas untuk memasukkan pendapat lain daripada masyarakat.

Tetapi, jabatan kerajaan, agensi dan usahawan mengambil slogan 1Malaysia, menghasilkan pelbagai program, insiatif, produk dan perkhidmatan berdasarkan kepada tema itu, termasuk stesen radio dan tandas awam.

Bagaimanapun, slogan itu gagal membantu Najib mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya pada 5 Mei lalu apabila Barisan Nasional (BN) hanya mampu mendapat 133 kerusi parlimen, kurang tujuh daripada 140 kerusi yang dimenangi dalam Pilihan Raya 2008.

Sejak PRU13, slogan 1Malaysia tidak lagi digunakan, sama ada daripada kerajaan atau rakyat walaupun ia begitu giat ditonjolkan dalam kempen pilihan raya dan jelajah Janji Ditepati BN.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa slogan `Endless Possibilities' sebenarnya mahu dilancarkan sebelum hari mengundi, tetapi kerajaan menangguhkannya bagi mencegah kemungkinan berlaku kekeliruan.

Pos Malaysia sudah merancang untuk melancarkan setem baru bertajuk Malaysia: Endless Possibilities pada 30 Mei 2013 tetapi tidak ada tanda set setem itu. Sumber berkata, kempen baru itu sebenarnya bermula pada awal tahun ini di majlis berprestij Forum Eknomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland dan dalam beberapa program Pelancongan Malaysia.

Klip video berdurasi 60 saat yang memaparkan Najib juga dilancarkan dan disiarkan oleh penyiar berita global CNN.

"Taklimat ringkas daripada Pejabat Perdana Menteri ialah untuk mempromosi Malaysia sebagai negara yang dinamik dengan infrastruktur lengkap membangun dan pelan pembangunan ekonomi agresif untuk masa depan.

"Dengan memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, klip video itu disiarkan menerusi CNN untuk menarik pelabur dan syarikat asing ke dalam negara," menurut penjelasan yang diletakkan bersama klip video itu dalam laman YouTube.

Terdapat juga beberapa pengiklanan bercetak dengan slogan baru itu dalam majalah antarabangsa untuk tujuan perniagaan dan pelancongan sepanjang tempoh lapan bulan lalu. Tetapi sumber berkata, penggunaan secara meluas akan hanya berlaku selepas pelancaran pada 17 September ini. – 21 Ogos, 2013.
Last edited by gogo2 on 21-8-2013 03:31 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2013 08:30 AM | Show all posts
1 lagi bentuk pembaziran akan berlaku apa akan jadi dengan produk dan banner-2 1 malaysia yang bersepah-sepah tu.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 08:32 AM | Show all posts
Bijan vs Hamsor.... endless love
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 08:37 AM | Show all posts
bahasa melayu dicampak ketepi-- mana ketuanan melayu
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 08:38 AM | Show all posts
janji dicapati..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm xkene je tagline ni. Kalo utk kompeni bole la.. Tp kalo utk negara mcm x berapa sesuai. Cuba lagi penasihat jpm!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2013 08:44 AM | Show all posts
tak payah lah nak berlogo2 ...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Pm slogan malaysia...kah...kah...kah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2013 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Memartabatkan bahasa melayu.... harkkk tuihhh....
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 08:48 AM | Show all posts
AHMADVW posted on 21-8-2013 08:37 AM
bahasa melayu dicampak ketepi-- mana ketuanan melayu

Ini ketuanan Kandang...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 08:49 AM | Show all posts
byk lg bende penting pakjib oiii...bukan nk ber slogan bagai...pemerintahan kelaut...phuii!!!
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 08:49 AM | Show all posts
endless membazir...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2013 08:57 AM | Show all posts
totokreturn posted on 21-8-2013 08:45 AM
Memartabatkan bahasa melayu.... harkkk tuihhh....

mungkin berita ni dari sumber Inggeris. Pasal tuh takde translasi utk Endless Possibilities.

Mungkin dalam BM adalah:-

"Kemungkinan Tanpa Had"
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 08:57 AM | Show all posts
habis la duit income tax aku...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 09:23 AM | Show all posts
Bapa Slogan
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 09:55 AM | Show all posts
gogo2 posted on 21-8-2013 08:57 AM
mungkin berita ni dari sumber Inggeris. Pasal tuh takde translasi utk Endless Possibilities.

Mu ...

Tak urban laa kalu guna bahasa melayu... bila guna baha omputih... nanti orang kampung tanya pak jib aper bender endless endless nih... senang nanti nak goreng.. owhhh endless nih maknanya...kami mengutamakan bantuan pada pakcik2 semua.... semua angguk2....hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2013 09:57 AM | Show all posts
dari salam hadori ke salam 1malaysia akan datang salam endless possibibilities ler pulak....
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 09:57 AM | Show all posts
gogo2 posted on 21-8-2013 08:57 AM
mungkin berita ni dari sumber Inggeris. Pasal tuh takde translasi utk Endless Possibilities.

Mu ...

cam munyik adv unt iklan internat jalur lebar plak...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 09:59 AM | Show all posts
ni semua nak perabih duit je.

setakat slogan ..action lg penting
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2013 10:00 AM | Show all posts
Bila tanya pasal konflik mesir..... diamkan diri......
Bila tanya pasal k8nflik syria..... diamkan diri.....
Bila tanya pasal kos kenaikan harga barang..... diamkan diri......
Bila tanya pasal lantikan sharizat lembuu jadi pa dia... diamkan diri......
bila tanya pasal tembak menembak berleluasa sekarang nih..... diamkan diri....

Bila tanya pasal slogan... laju jerk jawab sl8gan baru endless love kehulu... endless love kehilir....untung macai umno bodoh dapat ketua camnih.... idop melayu..... idop bahasa melayu......kah...kah...kah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.050650 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list