View: 4279|Reply: 22
|
[Tempatan]
{1} Bila hantu bawak bas !
[Copy link]
|
|
Laluan bas sekolah yang sering memasuki taman perumahan untuk membuat pusingan U
Pandu bas macam 'hantu'
TELOK DATOK , 30 Ogos - Sikap pemandu bas yang tidak mementingkan ciri keselamatan ketika membawa kenderaan tersebut dikecam orang ramai kerana berisiko tinggi mengakibatkan kemalangan.
Seorang bapa, Mohd Ali Amiruddin, 39, berkata, dia terkejut melihat cara pemanduan pemandu terbabit yang tidak berhemah dan berbahaya sekali gus dikhuatiri boleh mengakibatkan nahas dan kematian.
Menurutnya, pemandu bas terbabit bukan sahaja memandu dalam keadaan berbahaya malah tidak melihat pemandu kenderaan lain dari arah bertentangan ketika membuat pusingan U di kawasan taman perumahan berhampiran sekolah itu.
“Saya sendiri pernah berhadapan situasi nyaris melanggar bahagian belakang terbabit apabila pemandunya cuba membuat pusingan U secara tiba-tiba dan tidak memberi isyarat terlebih dahulu.
“Pemandu juga tidak memandu di laluan sepatutnya dan kerap 'makan jalan'. Bayangkan jika ada kenderaan lain yang sedang memecut laju kenderaan, sudah tentu boleh menyebabkan dua kenderaan bertembung dari arah belakang,” katanya.
Ali berkata, ramai dalam kalangan ibu bapa menyatakan ketidakpuasan hati terhadap sikap pemandu terbabit yang tidak peka dengan ciri keselamatan, sedangkan dia bertanggungjawab terhadap banyak nyawa yang menaiki bas tersebut.
“Risau bila lihat ramai pelajar berdiri sambil berpaut di pintu masuk bas, kalau pemandu berhenti mengejut, bila-bila masa saja pelajar terbabit boleh terpelanting dari bas,” katanya.
Katanya, perkara tersebut diusulkan kepada pihak bertanggungjawab namun sehingga kini masih tiada perubahan walaupun difahamkan terdapat arahan supaya pengusaha bas terbabit meningkatkan ciri keselamatan sebelum memulakan perjalanan.
Sehubungan itu katanya, dia menggesa pihak berwajib mengenakan tindakan sepatutnya kepada pemandu bas terbabit.
“Jangan nanti bila dah ada nyawa melayang, baru nak ambil tindakan tegas, sepatutnya sebelum berlaku kejadian tak diingini, pemandu terbabit perlu dikenakan tindakan sewajarnya,” katanya.
Sementara itu, seorang kakitangan kerajaan, Azwan Hasan, 30, berkata, pemandu bas tersebut kerap kali membuat pusingan U di kawasan larangan bagi membolehkannya memasuki kawasan perumahan sebagai jalan pintas.
“Pemandu terbabit kerap membuat pusingan U di kawasan larangan dan dalam masa sama, banyak kenderaan datang dari arah bertentangan. Ngeri saya lihat cara dia pandu bas, langsung tidak mementingkan keselamatan.
“Banyak nyawa perlu dijaga, bukan satu dua pelajar yang naik bas tersebut malah mungkin lebih dari 10 orang. Sebelum terjadi kemalangan, pemandu terbabit perlu dikenakan tindakan tegas,” katanya.
p/s Merdeka !!!
Last edited by tongkatwaran75 on 31-8-2013 06:55 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
inilah tanah air tumpahnya darahku .....pemandu tdak brtanggung jawab dan pnguatkuasaan amat lemah. |
|
|
|
|
|
|
|
Standart kt mn2 pon, depan rumah aku siap segala bas lalu, padahal jalan besar ader..... tu x kira lg lori bawak paip2 gergasi parkingtepi jln, kalaulah putus tali pengikat , saper nk jawab? |
|
|
|
|
|
|
|
rata2 org Malaysia bawak kereta mmg tak bagi signal ..this is my observation sepanjang drive selama 2 minggu di Malaysia hari tu..hampir 90% mmg tak bagi signal...even police pun..akk mcm org bodoh saja bagi signal even kat lane yg mmg kita kena turn...tapi sbb akk mmg dah terbiasa dan takkan ikut cara Malaysian driver yg mmg mcm shiyal..sorry, this is the truth... |
|
|
|
|
|
|
|
nour2001 posted on 31-8-2013 07:01 AM
rata2 org Malaysia bawak kereta mmg tak bagi signal ..this is my observation sepanjang drive selama ...
@nour2001
jadi, awak di mane skrg?
p/s r u 1 of them?
Last edited by tongkatwaran75 on 31-8-2013 08:10 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
kat rumah lama aku ada byk van sekolah lalu.. Cuma ada satu yg aku selalu observe..ada satu Pak Lebai ni bawak van sekolah.. van sekolah dia yg agak buruk tu padat dan tingkap bukak dgn luas(muat la budak2 tu kuar kut tingkap)..setiap kali berhenti kat jln tak pernah turun dr van dan pastikan budak2 dah selamat lintas jln.. terus blah jer.. ada satu ni plak cina yg bawak Van.. setiap kali berenti, dia akan turun dari van dan bawak budak2 lintas, then baru dia continue.. bini Pak lebai tu ada skali bawak motor pi amik budak balik dr sekolah agama, kaki budak tu masuk dlm rim motor tak boleh jln sampai kena admit hosp...
pada aku, sapa2 yg bawak kenderaan hantar budak2 sekolah ni mempunyai tanggungjawab yg besar utk menjaga keselamatan budak2 tu.. bukan setakat bermotifkan duit jah.. Last edited by harimau76 on 31-8-2013 07:41 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
tongkatwaran75 posted on 31-8-2013 07:29 AM
@nour2001
jadi, awak di mane skrg?
saya di negara yg sgt takut dgn indonesia..muahaha
ps...i wish i am one of them.... |
|
|
|
|
|
|
|
sambung jela pembahagi jalan tu...tak de lagi org buat u turn... |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 posted on 31-8-2013 11:59 AM
sambung jela pembahagi jalan tu...tak de lagi org buat u turn...
yg x smbung skrang pun uda x tahan jemnyer ... ari2 kene kuar umah awal ..klau x pnch kad merah semedang ...
|
|
|
|
|
|
|
|
haramkanla bas sekolah tu dipandu..
takdela masalah ini berlaku lagi, masing2 anto anak pi sekolah..
abis cite.. |
|
|
|
|
|
|
|
bas2 yg dr TBS pon leh tahan gak time nk kuar simpang. Mentang2 besar. |
|
|
|
|
|
|
|
nour2001 posted on 31-8-2013 07:01 AM
rata2 org Malaysia bawak kereta mmg tak bagi signal ..this is my observation sepanjang drive selama ...
plat W selalu buat masalah
|
|
|
|
|
|
|
|
roblucci posted on 31-8-2013 02:17 PM
plat W selalu buat masalah
Plet w negeri mana? Wlayah persekutuan? Sorry tak takdak masa tgk plet keta, rasanya semua sama saja...
|
|
|
|
|
|
|
|
d-7-0ne posted on 31-8-2013 06:17 AM
inilah tanah air tumpahnya darahku .....pemandu tdak brtanggung jawab dan pnguatkuasaan amat lemah.
Ni la contoh budaya syiah, langgar undang2 je keja |
|
|
|
|
|
|
|
Cer check drebar tu ada lesen memandu x |
|
|
|
|
|
|
|
1. driver bas sekolah
2.driver teksi
3.driver lori pasir
memang macam haramjadah |
|
|
|
|
|
|
| |
|