Oleh Hazierra Lukman
Perkembangan dunia ‘Information Teknlogi’ ( IT ) amat memberi kesan yang mendalam terhadap penggunaan produk mudah alih terutamanya kepada golongan muda seiring dengan kecanggihan dunia jaringan internet.
Terbaru, Clixster Mobile bersama Ninetology Marketing Sdn Bhd yang merupakan sebuah syarikat teknologi peranti mudah alih Asia mengumumkan kerjasamanya dengan ANGKASA, sebuah organisasi koperasi apex yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia telah melancarkan Tablet Outlook Pure, Khusus Untuk Golongan Anak Muda, pada petang Khamis, 16 Mei 2013.
Pelancaran Tablet Outlook Pure ini turut menawarkan prestasi pemprosesan dan pengunaan kuasa optimum untuk generasi peranti mudah alih pintar beserta kombinasi Pemproses Dwi Teras 1GHz dan menggunakan sistem operasi Android 4.0.
Pengarah Clixster Mobile Sdn Bhd, Che Puan Azrinaz Mazhar Hakim berkata program ini sebagai satu permulaan bagi menjana bakat-bakat baru dalam dunia usahawan teknologi masa kini.
“Pihak kami amat berbangga menjalinkan usaha sama bersama Angkasa dan Ninetology dalam pelancaran Tablet Outlook Pure ini. Kerjasama ini menandakan permulaan baik dalam memulakan program bagi mendidik golongan muda dan mengasah bakat-bakat pemimpin yang berinspirasikan usahawan teknologi”, katanya.
Clixster Mobile merupakan satu industri telekomunikasi Malaysia yang bernaung di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK).
Sebuah majlis agenda menandatangani perjanjian diantara Clixster, Ninetology dan Angkasa telah diumumkan bersempena aktivis Pusat Tambah Nilai Clixster Mobile bertempat di Auditorium Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) .
sumber : Watan online