View: 3516|Reply: 11
|
2 anggota APMM di'culik'?
[Copy link]
|
|
dalam berita tv1, maritim malaysia mengatakan 2 anggota nya 'hilang' bersama 2 awak vietnam dan bot yang ditangkap maritim kerana menangkap ikan di zon ekonomi malaysia. Kapal maritim selapas menangkap kapal tersebut memindahkan 5 anggota awak2 vietnam ke bot maritim. Kemudian kapal maritim mengejar bot lain di zon tersebut. Selepas mengejar bot tersebut, kapal maritim kembali ke tempat kapal pertama di tahan, tetapi kapal ikan vietnam tersebut tiada di lokasi.
|
|
|
|
|
|
|
|
PASIR PUTEH 9 Sept. - Dua anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 10 Tok Bali di sini hilang ketika melakukan pemeriksaan terhadap sebuah bot nelayan Vietnam yang memasuki perairan negara ini Sabtu lalu.
Dua anggota itu adalah Laskar Kelas II Mohd. Ramadhan Hizam, 22 yang berasal dari Johor dan Laskar Kelas II Mohamad Sabrie Sahibul 24, dari Sabah.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim memberitahu, lokasi kedua-dua anggota terbabit bersama dua nelayan Vietnam yang turut berada di dalam bot tersebut masih belum diketahui namun usaha mencari mereka sedang giat dijalankan.
Beliau berkata, dalam kejadian pukul 6.58 pagi itu sebuah bot APMM yang dinaiki tujuh anggota berjaya mengesan dua bot nelayan vietnam yang memasuki perairan negara ini di kawasan 102.5 batu nautika dari Tok Bali lalu segera melakukan operasi keselamatan.
Katanya, terdapat seorang tekong dan enam awak-awak yang kesemuanya warga Vietnam di dalam bot pertama yang ditemui lalu anggota keselamatan segera melakukan pemeriksaan dan menahan lima daripada mereka.
"Selepas itu, lima daripada mereka ditahan dan dipindahkan ke bot APMM lalu bot berkenaan bergerak mengejar sebuah lagi bot nelayan yang dipercayai turut memasuki perairan negara secara haram.
"Dua anggota tersebut yang lengkap bersenjata tinggal di bot yang pertama bersama tekong dan seorang awak-awak untuk melakukan pemeriksaan lanjut mengikut prosedur keselamatan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut beliau, bot APMM yang dinaiki lima lagi anggota dan lima awak-awak yang ditahan kemudiannya mengejar bot nelayan kedua yang dikesan namun gagal ditemui lalu mereka kembali ke bot pertama lima jam selepas itu.
Bagaimanapun katanya, bot tersebut tidak lagi berada di lokasi ia ditemui lalu operasi mencari dan menyelamat segera dijalankan namun gagal menemui bot tersebut dan kesemua individu di dalamnya. - UTUSAN ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga mereka berdua selamat. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam semua... lama tak balik kampong wa di Cari ni.... Rasa nya dah sampai masa nya pihak berkuasa Malaysia bertindak lebih tegas dalam penguatkuasaan... |
|
|
|
|
|
|
|
Ya, about time malaysia bersikap tegas menghadapi mundu2 dan sangak2 musuh negara. Agar depa tak kata kita ni lembik sangat, pasai tu depa berani mencabar dgn menceroboh dan buat suka hati. |
|
|
|
|
|
|
|
tangkap dan hukum "penaung"2 nelayan2 vietnam tu dulu....org2 kita jugak...
kalau "pelindung"2 tu dah kena mustahil nelayan2 vietnam tu berani nak jejak perairan kita... |
|
|
|
|
|
|
|
Ya betul, kasi balun dulu talam2 bermuka2 tu |
|
|
|
|
|
|
|
bahaya sungguh...apapun dorang dh selamat.. |
|
|
|
|
|
|
|
asher posted on 11-9-2013 03:49 PM ![](static/image/common/back.gif)
bahaya sungguh...apapun dorang dh selamat..
selamat apa bai?
|
|
|
|
|
|
|
|
razhar posted on 11-9-2013 08:03 PM ![](static/image/common/back.gif)
selamat apa bai?
selamat jumpa..dh jumpa kan anggota apmm tu..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|