View: 2661|Reply: 11
|
[Tempatan]
Anak buaya sesat dalam parit
[Copy link]
|
|
BAGAN SERAI - Operasi bersepadu menangkap seekor anak buaya yang ditemui orang ramai berkeliaran di kawasan parit bersebelahan sebuah stesen minyak di Jalan Siakap, di sini bertukar pesta apabila lebih 100 penduduk memenuhi kawasan operasibermula jam 4.30 petang, kelmarin.
Operasi bersama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kerian, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia( JBPM) Bagan Serai, Jabatan Perhilitan dan polis bermula pada jam 4.30 petang hingga jam 7.45 malam.
Anggota JPAM Kerian, Azri Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan awam mendakwa terlihat kelibat dua anak buaya di dalam parit di Jalan Siakap, di sini lebih kurang jam 12.30 tengah hari kelmarin.
Anggota JPAM menarik keluar anak buaya yang ditangkap dari sebuah lubang di Jalan Siakap, Bagan Serai.
Menurutnya, JPAM segera menghubungi Jabatan Perhilitan untuk menangkap buaya yang dipercayai sudah ‘berkampung’ di dalam parit itu sejak sebulan lalu.
“Setibanya di tempat kejadian, kami cuba menjejaki buaya berkenaan namun, gagal disebabkan keadaan air dalam parit yang keruh dan berkedalaman tinggi.
“Kami segera menghubungi bomba untuk membantu menyedut keluar air di dalam parit itu namun, keadaan parit yang berlumpur menyukarkan usaha kami sehingga khidmat jengkaut terpaksa digunakan,” katanya sewaktu ditemui media, di sini kelmarin.
Azri berkata, selesai proses berkenaan, kelibat salah seekor buaya didakwa kelihatan, namun usaha menangkapnya agak sukar kerana haiwan itu bergerak tangkas.
“Salah seekor buaya dikenal pasti mempunyai panjang 1.5 meter dan beratnya sekitar 10 hingga 15 kilogram.
“Pelbagai usaha dilakukan untuk menangkap replitia itu termasuk menggunakan selimut dan pukat, namun gagal sehingga alat penjerut digunakan,” katanya.
Ketua Operasi JBPM Bagan Serai, Alias Bahari berkata, usaha menangkap reptilia itu memakan masa tiga jam setengah berikutan keadaan parit berlumpur.
Jelasnya, kehadiran orang ramai yang berpusu-pusu hadir ke lokasi kejadian juga sedikit sebanyak menyukarkan usaha menangkap haiwan itu kerana keadaan bising.
“Bagaimanapun, anak buaya itu berjaya ditangkap dan kes tangkapan buaya di dalam parit merupakan kali pertama berlaku di Kerian. Kami masih mengenal pasti punca kehadirannya di lokasi kejadian.
“Selain itu, usaha menjejaki seekor lagi buaya tidak berhasil apabila kelibatnya tidak kelihatan, namun kami akan memantau parit ini sehingga haiwan itu ditemui,” katanya.
Sementara itu, seorang pekerja stesen minyak itu, Siti Norlia Ahmad, 30, berkata, dia mengetahui kewujudan buaya di parit berdekatan stesen minyak itu sejak seminggu lalu melalui cerita disampaikan orang ramai.
“Kelmarin, saya dan rakan, Norliyana Samsuri, 24, pergi meninjau keadaan parit berhadapan tempat kerja kami dan terlihat kelibat buaya berkenaan berenang di dalam parit itu. Saya segera mengambil gambar menggunakan kamera telefon bimbit dan melaporkan perkara itu kepada JPAM,” katanya.
Suasana di lokasi kejadian yang seakan-akan ‘pesta’ turut mendapat perhatian Adun Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat yang hadir untuk meninjau keadaan.
Sham berkata, beliau dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri program parti dan terkejut dengan kewujudan ratusan orang di lokasi kejadian.
“Pada mulanya, saya menyangka kejadian buruk berlaku ke atas stesen minyak itu namun, setelah datang ke sini, baru saya mengetahui kesemua mereka hadir untuk melihat operasi menangkap buaya yang sesat di dalam parit,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
klu i jmpe mati2 i akan igt biawak je.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau aku jumpa...kompom aku bela...... |
|
|
|
|
|
|
|
lama2 nnti besar.. dok kt area2 rumah seram ehh |
|
|
|
|
|
|
|
mana Mak Buaya? ini dah kes buang anak..harap kerajaan dan pihak polis tangkap dan cari kuarga boya ni
|
|
|
|
|
|
|
|
sedangkan biawak belakang rumah pn aku seriau.... |
|
|
|
|
|
|
|
whoaaa
mesti ade mak dgn pak boya skali tu
jaga jaga...ada yg memerati |
|
|
|
|
|
|
|
berita tangkap anak buaya besar lengan pun boleh masuk surat khabar..
berjela2 pulak tu ceritanya
|
|
|
|
|
|
|
|
kat sarawak .... nampak boya sebesar kancil pun tak kecoh ....
cuma kecoh kalo ada kes ngap manusia jer |
|
|
|
|
|
|
|
Ini kat kg aku... Hehehe.. Parit tu cetek n kecik je, tapi parit ni bersambung dgn tali air yg bermula dari tasik bukit merah dan juga boleh mengalir ke sungai kurau.... |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak anak buaya pun sampai jadi batak begini? Barang kali belum lagi ternampak naga, mahu di sembah takjubnya sampai dahi melekat dekat tanah disitu. Ummah caprut mana ni? minta2 lah bukan ummah caprut ku.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat sini buaya hari2 jumpa. Ko nak anak buaya, mak buaya, bapak buaya, semua ada. |
|
|
|
|
|
|
| |
|