CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15967|Reply: 90

Liyana Jasmay cemburui Luna Maya

[Copy link]
Post time 13-9-2013 12:06 PM | Show all posts |Read mode
TIDAK hanya tertumpu pada lakonan, aktres berbakat besar, Liyana Jasmay, 25, bakal mengembangkan bakatnya dalam bidang pengarahan.

Bukan sekadar angan-angan kosong, di usia yang masih muda, pelakon Papadom ini sudah memiliki syarikat produksi sendiri, Mermaids Studio, sebagai langkah untuknya mengembangkan impiannya dalam bidang seni.   

Malah dalam kesibukannya bergelar isteri, dia turut menjalani kursus jangka pendek dalam bidang lakonan dan pengarahan di New York Film Academy, Amerika Syarikat, sebagai persiapannya untuk berada di kerusi pengarah.


Liyana Jasmay

“Saya ingin mencuba (mengarah) tetapi belum tiba masanya lagi. Buat masa ini, saya mahu mendalami lagi selok-belok pengarahan.

“Tapi, sebenarnya saya cukup cemburu melihat kejayaan Luna Maya yang berjaya mengarah filem seperti Pintu Harmonika,” katanya yang berhasrat untuk mengarah filem dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menyandang gelaran Pelakon Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-22 menerusi filem Papadom dan Pelakon Wanita Terbaik Filem menerusi Anugerah Skrin 2009 (Kami The Movie), Liyana juga semakin rancak membina empayarnya menerusi produksinya itu.

“Syarikat produksi saya itu baru berusia dua tahun. Masih ‘baby’ lagi dan banyak yang perlu dipelajari dalam menghasilkan produk yang baik untuk penonton.

“Saya teringin bekerjasama dengan Astro suatu hari nanti. Namun apa yang pasti, kami sudah ada beberapa projek sama pada hujung tahun ini atau awal tahun depan,” katanya pada media ketika ditemui selepas pelancaran drama bersiri Sahabat.

Drama bersiri 36 episod terbitan Suhan Movies itu mengisahkan tentang persahabatan tujuh remaja dalam mengejar impian dan cita-cita. Bakal bersiaran bermula 16 September di Astro Ria, drama ini turut dibintangi Izzue Islam, Sara Ali, Shukri Yahaya dan Syariff Sleeq.

Dalam perkembangan lain, Liyana juga sedang menunggu beberapa filem lakonannya yang bakal ditayangkan di pawagam.

“Insya-ALLAH, jika tiada halangan Papadom 2 akan ditayangkan pada Disember nanti manakala tiga filem lain iaitu Tokan, Isyarat Cinta dan Sindiket bakal menyusul awal tahun hadapan.

“Buat masa ini, saya  menghabiskan aktiviti menjalani penggambaran bagi drama bersiri Sahabat,” katanya.


Suami jadi BFF

Setelah enam bulan menjalani kehidupan berumah tangga bersama suami tercinta, Fathudin Mazlan, 29, Liyana, sangat bersyukur kerana dia kini cukup bahagia.

Meskipun masih lagi menyesuaikan dirinya dengan kehidupan baru, dia bagaimanapun mengakui ada ketikanya berdepan dengan sedikit kesukaran.

“Kami sangat bahagia. Suami saya adalah BFF (best friend forever) saya. Perbezaan paling besar adalah saya sering meminta pendapat suami jika ingin melakukan sesuatu perkara.

“Padahal, sebelum ini saya adalah seorang yang sangat susah untuk mendengar pendapat orang lain tetapi kini, kami saling meminta, berkongsi dan mendengar pendapat masing-masing,” katanya.

Bercerita mengenai Fathudin, pelakon cantik itu memberitahu bahawa suaminya adalah satu anugerah berharga dari ALLAH SWT kerana dia penyokong kuat buat dirinya dalam apa jua bidang yang diceburi.

“Bagi saya, perkahwinan itu adalah satu team. Kita mesti sokong di antara satu sama lain seperti ibu saya cakap,” katanya sambil tergelak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2013 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Apesal kerap sangat cerita pasal wanita 'ribena' ni keluar.....semuanya cerita boring
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 12:11 PM | Show all posts
dia ni ckp bunyik ngada2
slang new york sgt
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 12:23 PM | Show all posts
fuhhh..suspen..igtkan jeles psl bab porno td..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 12:24 PM | Show all posts

hello wartawan, perlu ke kisah sampah ni diupdate ? dah kawin sebulan la, selepas 6 bln la  

hatta gossip pun, langsung tak membina masyarakat ok
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 12:27 PM | Show all posts
sombong

dah la restoran laki ko tu tak sedap  

sekian
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2013 12:35 PM | Show all posts
x penah minat dier ni
lagi2 lepas crite tudung ape ntah tu
macam nak buruk2kan perangai org yg bertudung

sangap sgt...serius x minat langsung
kategori benci dah..ntah la..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 12:42 PM | Show all posts
kronologi cerita liayan jasmay selepas kawen

1. liyana belajar masak untuk suami
2. suami suka makan masakan liyana
3. liyana berpuasa tanpa suami (suami OT di sabah)
4. suami bff liyana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2013 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah jadi artis sendu..bertabahlah liyana jasmay
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 12:46 PM | Show all posts
sepitsiput posted on 13-9-2013 12:42 PM
kronologi cerita liayan jasmay selepas kawen

1. liyana belajar masak untuk suami


tajuk2 yg mengelikan hati
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 12:48 PM | Show all posts
sepitsiput posted on 13-9-2013 12:42 PM
kronologi cerita liayan jasmay selepas kawen

1. liyana belajar masak untuk suami

muahahahaha ....
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
kenapa luna maya pulak ko nak cemburu.bukan hebat pun. takde pengarah lain ke.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 01:00 PM | Show all posts
Ingat jealous sebab porno luna maya tadikkk
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
marvelez posted on 13-9-2013 01:00 PM
Ingat jealous sebab porno luna maya tadikkk

Tu lah.. kalau aku jd liyana jasmay,aku cakap jer tak suka luna maya berlakon di malaysia.sama gak artis indon lain.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 01:05 PM | Show all posts
Tajuk x menahan...
cuak jer tadikk!!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 01:10 PM | Show all posts
ingatkan jeles kat luna maya sebab luna ada video seks tadi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2013 01:12 PM | Show all posts
sepitsiput posted on 13-9-2013 12:42 PM
kronologi cerita liayan jasmay selepas kawen

1. liyana belajar masak untuk suami

kanak2 sgt kronologinya..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 01:19 PM | Show all posts
addicted posted on 13-9-2013 12:11 PM
dia ni ckp bunyik ngada2
slang new york sgt

tau xpe...baru sampai seminggu kt new york terus lidah jadi american sgt...terus ckp ala american accent yg tak berape jadi tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 01:22 PM | Show all posts
Jeles ngan porn star pun jadi....
pilihla orang yang lebih berkaliber kut ye pun nak bersaing
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2013 01:24 PM | Show all posts
Agak2 la nak jelez... luna tu nama besar dalam industri

comparison kena la apple to apple...jgn apple to kismis...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.057298 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list