View: 14224|Reply: 121
|
[Tempatan]
Pintu van jenazah terbuka
[Copy link]
|
|
POKOK SENA - Kerjaya sebagai pemandu van jenazah tidaklah sehebat seperti bidang pekerjaan lain kerana tugasnya hanya membawa dan menghantar jenazah sahaja.
Bagaimanapun, pekerjaan ini sebenarnya tersirat pelbagai dugaan yang perlu ditempuh hingga kadang kalanya sukar diterima akal.
Sebagai pemandu van jenazah, seseorang itu memerlukan kesabaran dan keberanian kerana ia adalah antara kriteria yang perlu ada bagi menjawat pekerjaan itu.
-
- Ismail (kiri) bersama rakannya, Fazilal Omar memeriksa kenderaan sebelum memulakan tugas di Hospital Sultanah Bahiyah.
Ini diakui sendiri Ismail Hashim, 49, dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar yang mengalami pelbagai suka duka sebagai pemandu van jenazah sepanjang 25 tahun berkhidmat di bahagian itu sejak 1991 di Hospital Besar Pulau Pinang.
Pada mulanya semasa mula bekerja, dia menganggap pekerjaan itu adalah mudah, iaitu hanya menurut arahan majikan sahaja bagi menghantar jenazah, tetapi selepas mula berkhidmat barulah tahu pelbagai dugaan dan tragedi yang dialaminya.
Waris lari
Peristiwa pertama yang tidak dapat dilupakan sehingga sekarang ialah pada 1997, iaitu ketika menerima arahan menghantar jenazah lelaki berumur 90 tahun ke Padang Sanai, Padang Terap pada jam 3 pagi sambil diiringi dua waris jenazah.
Dalam perjalanan, kedua waris itu duduk di bahagian belakang bagi menemani jenazah itu sambil membaca al-Quran dan sehinggalah sampai di pertengahan jalan di Kampung Rambutan, Kuala Nerang, tiba-tiba van itu berhenti secara tiba-tiba.
Ismail berkata, dia cuba menghidupkan enjin beberapa kali sambil menghubungi ibu pejabat untuk mendapat bantuan, tetapi gagal sehinggalah dia turun dan pergi ke belakang serta mendapati pintu van belakang terbuka dan waris kedua itu juga turut menghilangkan diri.
“Pada masa itu, suasana begitu sunyi dan tidak ada kenderaan yang melalui jalan itu. Saya masuk semula ke dalam van dan beberapa minit kemudian hadapan cermin van dipenuhi dengan belalang serta beberapa kala jengking.
“Oleh kerana bimbang dengan keselamatan, saya menutup pintu dan hanya membaca ayat Kursi sahaja sehinggalah kedengaran azan barulah haiwan itu hilang secara tiba-tiba. Kemudian barulah waris jenazah itu turut datang melihat jenazah itu,” katanya.
Selepas dimaklumkan kejadian itu, barulah waris itu menceritakan arwah bapa mereka mempunyai saka hingga mereka juga tidak sanggup menunggu di belakang kerana diganggu dan terpaksa meninggal van itu dan beredar ke sebuah rumah berhampiran jalan itu.
Wanita misteri
Peristiwa kedua yang dialaminya ialah ketika mendapat arahan menghantar jenazah seorang perempuan tua ke sebuah feldapada jam 2 pagi.
Selepas menghantar jenazah itu, dia singgah di tepi jalan untuk membuang air kecil dan selepas masuk ke dalam van, dia mendapati seorang perempuan berambut panjang duduk di sebelahnya sambil muka menghala ke arah luar.
"Saya cuba tegur dan bertanya wanita itu hendak ke mana, tetapi dia hanya mendiamkan diri sehingga saya mula merasa seram dan membaca pelbagai ayat al-Quran, tetapi wanita itu masih tidak hilang.
"Kenderaan juga tidak dapat bergerak laju sehinggalah sampai di pekan Pendang dekat tanah perkuburan Cina, barulah wanita misteri itu hilang. Selepas hilang, barulah saya lega," katanya yang kini bertugas sebagai pemandu ambulan di Bahagian Kecemasan HSB.
-
- Ismail menceritakan pengalamannya sebagai seorang pemandu van jenazah, di samping isterinya, Norma yang turut memberi semangat kepada suaminya.
Bau wangi, menyenangkan
Selain pengalaman menakutkan, dia juga turut mengalami peristiwa manis ketika membawa seorang jenazah lelaki tua ke Baling, Kedah.
Selepas diarahkan mengangkat jenazah yang beratnya kira-kira 60kg pada jam 4 pagi, jenazah itu sangat ringan dan senang dibawa masuk ke dalam van.
Kira-kira 10 minit perjalanan, terbau sesuatu yang sangat wangi dan begitu menyenangkan hinggalah sampai di rumahnya.
Di sana sudah ramai yang menunggu jenazah itu dan dimaklumkan dia adalah seorang kuat melakukan ibadat dan disenangi masyarakat sekitarnya.
Ismail berkata, segala peristiwa yang berlaku kepadanya banyak memberi iktibar dan dia percaya semuanya itu adalah kehendak ALLAH yang Maha Berkuasa.
Menurut Ismail, isterinya, Norma Awang Kechik, 53, juga turut memberi semangat sepanjang menjalani tugas sebagai pemandu van jenazah.
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm tengah baca variasari jah... |
|
|
|
|
|
|
|
bukan sembarangan org boleh buat benda ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_rambutan posted on 22-9-2013 01:39 PM
mcm tengah baca variasari jah...
Cerita tipu n rekaan semata-mata |
|
|
|
|
|
|
|
DeMax posted on 22-9-2013 01:55 PM
Cerita tipu n rekaan semata-mata
Kenapa mereka ini suka sgt reka cerita?
|
|
|
|
|
|
|
|
terasa macam kad bod mps |
|
|
|
|
|
|
|
gogo2 posted on 22-9-2013 01:59 PM
Kenapa mereka ini suka sgt reka cerita?
Patut la oghe kito tak boleh maju dlm sains n teknologi sb dah terer sgt ceta seram |
|
|
|
|
|
|
|
lagi lah.. best lak baca... |
|
|
|
|
|
|
|
pagi2 buta tiba2 ada pompuan rambut panjang dok seblah boleh pulak tanya nak kemana... boleh bawak lagi jalan tuh sampai pendang |
|
|
|
|
|
|
|
urm. seram ke tak? kalau kena batang hidung trauma.. siapa tak pernah kena? cuba escort kerja polis. baru tau seram tak seram ke apa? |
|
|
|
|
|
|
|
leh percaya
mmg perkara sebegini ada berlaku
Mudah2an dua pakcik ni diberikan kesempurnaan melaksanakan tugastugasnya dengan sempurna |
|
|
|
|
|
|
|
org yg ada pengalaman je boleh ceritakan ape yg dia lalui. |
|
|
|
|
|
|
|
aku prcya je crite pkcik ni. da brthun2 kjer msti ade pnglaman kna kcau. lbih2 lg bwak jenazah lg sng hntu kacau |
|
|
|
|
|
|
|
Suka baca kisah2 mcm ni.kerja mcm ni bkn smue org mampu buat. Bawak van jenazah, kerja dekat bilik forensik,bomba yg selalu uruskan kes2 yg ngeri..tabik org2 yg buat kerja mcm ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
urm.. kalau kau org ada pengalaman mohon sharekan ye..
kalau boleh pengalaman sebenar bukan cerita variasari atau mastika..
aku? hurm. trauma jeklah.. pengalaman hantu tak banyak..
hantu ni mahluk jin. tp jelma dalam berbagai rupa sebab tu ada nickname dia.. bomoh2 yang mula bg nickname hantu..
ustaz2 panggil jin.. ifrit, dan mcm2 jenis jin lagi.. bomoh panggil toyol, langsuir, langsir, pontianak, balan2 dan mcm2 lg..
kalau yang ada kotoran dan rumah ada benda pelik2 silalah buang. sebab ilmu2 sihir dan benda pelik2 ni ada pantang larang. suka benda kotor suka makan darah.. dan mcm2 lg.. |
|
|
|
|
|
|
|
AdamBillionaire posted on 22-9-2013 02:09 PM
urm. seram ke tak? kalau kena batang hidung trauma.. siapa tak pernah kena? cuba escort kerja polis. ...
geng2 skeptic = seeing is beleiving...tu yg dalam hati ada ragu2 tuhan ni wujud ke golongan atheist yang betul.... Mulia keja bawak van jenazah,mandi jenazah,gali kubur ni
|
|
|
|
|
|
|
|
btol tu UAB ......istidraj..istidraj..bukan istinjak.....
orang2 atheist ni xkena gangguan sebab dah sesat barat,kalo kena ganggu nanti cari tuhan balik..fail laa misi..xpun diaorg akan relate nga penjelasan sains for denial |
|
|
|
|
|
|
|
Selepas dimaklumkan kejadian itu, barulah waris itu menceritakan arwah bapa mereka mempunyai saka hingga mereka juga tidak sanggup menunggu di belakang kerana diganggu dan terpaksa meninggal van itu dan beredar ke sebuah rumah berhampiran jalan itu.
jahat nya waris .. menyelamat kan diri mereka ja
awat tak habaq kat pemandu tu sekali
|
|
|
|
|
|
|
| |
|