CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3210|Reply: 10

[Jenayah] Penduduk tahan, pukul mat rempit

 Close [Copy link]
Post time 23-9-2013 11:51 PM | Show all posts |Read mode
Penduduk tahan, pukul mat rempit

Pasir Gudang: Amukan 100 mat rempit menaiki 50 motosikal di beberapa lokasi sekitar Taman Air Biru, di sini, berlarutan 45 minit antara jam 10.15 malam hingga 11 malam kelmarin.

Selepas menyerang penduduk yang menonton bola sepak di bilik gerakan UMNO Taman Air Biru jam 10.15 malam, mereka yang bersenjatakan pedang samurai, parang, kayu dan besi mengamuk pula di sebuah restoran mamak.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Miswan, 40-an, berkata, dia sedang makan di dalam restoran mamak itu.

“Kumpulan itu tiba-tiba muncul dan merosakkan meja menyebabkan pelanggan lari,” katanya.

Menurutnya, penyerang terbabit meninggalkan restoran mamak dan ketika lalu di depan sebuah restoran makanan segera, mereka menyamun seorang remaja.

Pengurus restoran makanan segera itu yang mahu dikenali sebagai Wati, 32, berkata, ketika itu dia berada di luar restoran dan sempat lari menyelamatkan diri dengan memasuki restoran dan mengunci pintu.

Ketika dalam perjalanan meninggalkan kawasan itu, kumpulan mat rempit menghalang seorang penunggang motosikal, Khairul Aizad Sulaiman, 25, yang menghala ke Taman Bukit Dahlia di simpang empat kawasan Taman Air Biru dan menetak tangannya pada jam 11 malam.

Menurut Khairul Aizad, mereka menghalang dan menetak tangannya menggunakan senjata tajam.

“Selepas menetak saya tanpa sebab, mereka melarikan diri,” katanya yang menerima dua jahitan di tangan.

Difahamkan, seorang daripada mat rempit yang melakukan serangan itu ditahan dan cedera dipukul penduduk selepas suspek terjatuh daripada motosikalnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Roslan Zainuddin berkata, pihaknya menerima 15 laporan penduduk di sekitar Pasir Gudang mengenai serangan terbabit.

Berikutan itu, katanya, polis menahan seorang suspek di sekitar Pasir Gudang beberapa jam selepas kejadian dan masih menjalankan siasatan bagi memberkas suspek lain.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Kami sedang mendapatkan maklumat dan yakin dapat memberkas semua suspek lain,” katanya ketika dihubungi semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/23

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Penduduktahan_pukulmatrempit/Article


mana polis? sibuk nak berkas ABU chinpeng?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2013 11:55 PM | Show all posts
suspek semua datang bulan semalam
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2013 11:56 PM | Show all posts
.. dah minum sirap penenang masih lalok lagi ker abe acong...

thread ni dah ada ler....



nah ... minum sirap penenang nih lagi...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2013 11:58 PM | Show all posts
MissNigga posted on 23-9-2013 11:56 PM
.. dah minum sirap penenang masih lalok lagi ker abe acong...

thread ni dah ada ler....

page mana?
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 12:01 AM | Show all posts
Acong posted on 23-9-2013 11:58 PM
page mana?

Ni haaaa... ... tajuk sadis ya amat ...

[Tempatan] 100 mat rempit menganas, sekor diblasah org ramai...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2013 12:46 AM | Show all posts
carik tak jumpa......... thanks

@MissNigga ,  @AdamBillionaire  luv u.........!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2013 01:32 AM | Show all posts
Sirap setengah gelas je. Kedekut punya majelis.

Majelis mana punya ni...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 02:08 AM | Show all posts
Tembak sahaja rempit java caprut leluhur dna beruk itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2013 02:10 AM | Show all posts
Vokuro posted on 24-9-2013 02:08 AM
Tembak sahaja rempit java caprut leluhur dna beruk itu.

kat stadium tunjuk samseng.. kat jalanraya tunjuk samseng.. apa nak jadi dgn bangsa ni.. tak sedar ke duku2 embah mereka susah payah berenang mendarat pantai pontain.. jadi penoreh getah
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 06:41 AM | Show all posts
Acong posted on 24-9-2013 12:46 AM
carik tak jumpa......... thanks

@MissNigga ,  @AdamBillionaire  luv u.........!

mohtep speku hadek hadam tu MN iols
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 06:42 AM | Show all posts
airfilterkotor posted on 24-9-2013 01:32 AM
Sirap setengah gelas je. Kedekut punya majelis.

Majelis mana punya ni...

rega gula dah naik maaa... terpaksa ler kena catu kalo nak idang air kat majelis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 26424 Replies : 24
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14203 Replies : 288
Najib 'sangkut' ke semua tuduhan kes 1MDB
maklukpenggodaNajib 'sangkut' ke semua tuduhan
Views : 67148 Replies : 48
Najib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
MahathirinaNajib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
Views : 1522 Replies : 10
EPSTEIN FILES PT.2:  Nama Trump naik lagi bersama Tok Arab, David Copperfield, founder Victoria Secret...etc
Tumpang-SibokEPSTEIN FILES PT.2: Nama Trump naik lag
Views : 12148 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23710 Replies : 9
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57513 Replies : 1092
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 350 Replies : 3
THE BRIDE!
SY_MumiTHE BRIDE!
Views : 281 Replies : 2
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 30822 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 09:25 AM GMT+8 , Processed in 2.266685 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list