CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3756|Reply: 32

[Tempatan] Bunga api cetus kebakaran

[Copy link]
Post time 3-10-2013 10:48 AM | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA: Orang ramai yang sedang asyik menyaksikan persembahan bunga api pada Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya 2013 di sini dikejutkan dengan kebakaran di kawasan belukar di Presint 4 berdepan dengan lokasi penganjuran acara berkenaan.

Difahamkan, kebakaran di kawasan belukar itu berlaku pada 10.20 malam tadi iaitu kira-kira 20 minit selepas berlangsungnya persembahan bunga api oleh peserta dari Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Kebakaran di kawasan belukar itu yang terletak di Sisiran Tasik Presint 4 dipercayai berpunca daripada percikan bunga api dibawa angin ketika persembahan berlangsung.

Berikutan itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya yang sudah bersedia ketika penganjuran acara berkenaan bergegas ke lokasi kebakaran bagi mengawal api daripada terus merebak.





Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya Mohd Zarami Ibrahim berkata, pihaknya menyedari kebakaran di kawasan belukar berkenaan ketika sedang bersiap sedia di Kompleks Sukan Air Presint 6 iaitu kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.


Menurutnya, dua jentera bomba dengan kekuatan 15 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian dan hanya dapat tiba di sana pada jam 10.39 malam berikutan berlaku kesesakan lalu lintas berikutan orang ramai menyaksikan pertunjukan bunga api.

"Siasatan awal kami mendapati percikan bunga api terkena di lima tempat di kawasan belukar membabitkan keluasan kebakaran kira-kira 213 meter persegi menyebabkan kami perlu menggunakan pam angkut untuk mendapatkan bekalan air bagi mengawal kebakaran.

"Kebakaran cepat merebak berikutan kawasan belukar dipenuhi daun kering serta keadaan berangin," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini, malam tadi.

Mohd Zarami berkata, kebakaran dapat dikawal pada jam 12.10 pagi iaitu kira-kira satu jam setengah selepas kejadian.

Bagaimanapun, katanya, tiada kecederaan dan kehilangan nyawa dilaporkan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/03

Last edited by miawpink on 3-10-2013 10:59 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-10-2013 10:49 AM | Show all posts
Pokok Terbakar Akibat Terkena Serpihan Bunga Api



PUTRAJAYA: Serpihan bunga api yang jatuh ketika berlangsungnya Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya 2013 mengakibatkan beberapa pokok terbakar di sini.

Pokok-pokok yang terbakar terletak di tepi tasik di sini, dan boleh dilihat oleh penonton dari tasik sebelah sana.

Ahli bomba mengambil masa 10 minit untuk tiba kerana kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut disebabkan orang ramai meninggalkan kawasan itu selepas persembahan tamat.

Trak bomba menghadapi kesukaran untuk tiba di tempat kebakaran kerana kesesakan serta kawasan semak yang tebal di sekitar kawasan yang terjejas, tetapi akhirnya berjaya memadamkan api.

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 10:59 AM | Show all posts
tahun depan musti tak boleh buat dah kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Sib baik x de nyawa yg ilang
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 11:02 AM | Show all posts

weh tak tau pun ada pesta bunga api kat putrajaya
rumah aku sejengkal je ngn putrajaya....

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 11:04 AM | Show all posts
macam memang dah anticipate akan berlaku kebakaran...bomba dah ready on standby...  sib baik hutan..kalau jatuh atas rumah lagi jenuhhhh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2013 11:07 AM | Show all posts
kesian Bomba
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 11:12 AM | Show all posts
tupaiterbang posted on 3-10-2013 11:02 AM
weh tak tau pun ada pesta bunga api kat putrajaya
rumah aku sejengkal je ngn putrajaya....

Sama la kite, kate dok putrajaya. tak tau ada bunga api semalam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2013 11:16 AM | Show all posts
bomba datang berlumba-lumbaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 11:16 AM | Show all posts
nora_balqis posted on 3-10-2013 11:12 AM
Sama la kite, kate dok putrajaya. tak tau ada bunga api semalam


ko lagi teruk.....


Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 11:19 AM | Show all posts
oo...ada lg ek
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 11:21 AM | Show all posts
sambungan daripada pertandingan bulan lepas....ni yang last kalau x silap
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 11:29 AM | Show all posts
tupaiterbang posted on 3-10-2013 11:02 AM
weh tak tau pun ada pesta bunga api kat putrajaya
rumah aku sejengkal je ngn putrajaya....

hang dok kampung abu bakar baginda ka
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 11:31 AM | Show all posts
sebab tu buat kat Presint 5
sebelum ni buat kat Presint 2
dekat ngan rumah, hospital
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 11:35 AM | Show all posts
ketum posted on 3-10-2013 11:29 AM
hang dok kampung abu bakar baginda ka


tak lah....kat kg lagi sebelah....


Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 12:19 PM | Show all posts
ptut la dok dgr bnyi meltup2 mlm td...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2013 12:34 PM | Show all posts
laa ingat kan da abes...
sape menang ek?
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 01:35 PM | Show all posts
mlm td aku pun syok tgk bunga api xsedar ada kebakaran...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 04:46 PM | Show all posts
missyqaldina posted on 3-10-2013 12:34 PM
laa ingat kan da abes...
sape menang ek?

Malam td last....
malaysia yg menang

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 04:48 PM | Show all posts
sheely posted on 3-10-2013 04:46 PM
Malam td last....
malaysia yg menang

laa malaysia ke yg menang?
hehehe..seb bek tgk malaysia punye je ritu..
tp idok la lawa sgt..

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.064783 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list