CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3429|Reply: 36

[Tempatan] Edisi Malaysia sihat: 10% penduduk Malaysia alami sakit mental menjelang 2020

[Copy link]
Post time 11-10-2013 08:30 AM | Show all posts |Read mode
KOTA BHARU - Kira-kira 10 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk di negara ini diramal akan mengalami penyakit mental menjelang 2020.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman berkata, pertambahan populasi penduduk berusia 50-an dan ke atas menjelang 2020 akan memberi implikasi terhadap sistem penjagaan dan pemberian
perkhidmatan kesihatan seperti kesihatan mental dan fizikal.

"Golongan usia 50-an dan ke atas akan menghadapi kemerosotan tahap kesihatan akibat penyakit kronik, rasa sunyi akibat terpinggir daripada keluarga dan masyarakat, hilang minat akibat hilang pekerjaan serta masalah kewangan akibat kos sara hidup yang tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Psikologi Pekhidmatan Awam sempena Sambutan Hari Kesihatan Mental Peringkat Kebangsaan kali ke-19 di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kelantan di sini, hari ini.

Dr Lokman Hakim berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meramalkan bahawa kemurungan merupakan satu daripada penyakit mental yang menduduki tempat kedua teratas selepas penyakit jantung iskemia menjelang 2020.

Beliau berkata, kerajaan, keluarga dan komuniti perlu memainkan peranan untuk memastikan kesihatan mental warga 50-an dan ke atas terjamin dengan memberi sokongan yang positif untuk persiapan seseorang ke arah usia emas.

"Secara psikologinya, warga 50 tahun ke atas akan mengalami perubahan emosi dan personaliti, kemerosotan fungsi minda, serta perubahan pada tingkah laku.

"Perubahan yang dialami perlu diberi perhatian sewajarnya bagi membantu mereka mengekalkan tahap kesihatan mental yang baik," katanya.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan akan meningkatkan sistem rawatan, penjagaan dan pemulihan pesakit psikiatri melalui perkhidmatan di hospital dan klinik kesihatan dalam usaha menangani masalah itu.

"Sebagai langkah pencegahan, terdapat empat institusi mental dan 48 hospital kerajaan yang memberi perkhidmatan psikiatri dan kesihatan mental.

"Kini terdapat 252 pakar psikiatri di seluruh negara dan 80 pegawai psikologi klinikal selain 228 pakar perubatan keluarga di klinik-klinik kesihatan bagi mengesan dan memberi rawatan kepada pesakit yang dikenal pasti mempunyai gangguan dan penyakit mental," katanya.

Turut hadir pada seminar itu ialah Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam Dr Abd Halim Mohd Hussin dan Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir. - Bernama




Last edited by tapibukanaku on 11-10-2013 08:31 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2013 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang ni ramai yg gila tapi x sedar diri dia tu gila. Ala2 citer The Uninvited
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 08:37 AM | Show all posts
maybe btul kut..
byak sgt yg menghantui fikiran...asyik2 stress jerk..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 08:38 AM | Show all posts
Org kita kalau ada masalah mental terus dituduh attention seeker. Tak kena bolehla berlagak.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 09:23 AM | Show all posts
Or could be more?? sekarang ni pun dh ramai yang mental dlm kewarasan sbb tekanan hidup yg melampau2
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 11:05 AM | Show all posts
yela...mau xjd mental...dok pkir masalah kewangan akibat sbb kos hidup yang tinggi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2013 11:11 AM | Show all posts
haryatie posted on 11-10-2013 08:37 AM
maybe btul kut..
byak sgt yg menghantui fikiran...asyik2 stress jerk..

kau dah mental apa nak risau.....kan??



Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 11:12 AM | Show all posts
tak payah tunggu 2020 sekarang pun dah ramai yg sakit mental
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2013 11:13 AM | Show all posts
lavagold posted on 11-10-2013 11:11 AM
kau dah mental apa nak risau.....kan??

aku masih boleh lepak kat sini..
lum ada masalah mental lagik...
aku takut ko jerk mental...tengok aku masih ada kat sini...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 11:15 AM | Show all posts
sueism posted on 11-10-2013 11:12 AM
tak payah tunggu 2020 sekarang pun dah ramai yg sakit mental

kat wad kau kena tahan mesti dah penuh kan..??



Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 11:55 AM | Show all posts
lavagold posted on 10-10-2013 05:15 PM
kat wad kau kena tahan mesti dah penuh kan..??

tulah yg depa dok lepas kan aku , sebab tak cukup tempat hehehe


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2013 12:01 PM | Show all posts
haryatie posted on 11-10-2013 08:37 AM
maybe btul kut..
byak sgt yg menghantui fikiran...asyik2 stress jerk..

betul. banyak tekanan perasaan. macam2 masalah
sakit mental tanpa disedari. nanti jadi halusinasi.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 12:04 PM | Show all posts
Saya tak mungkin tergolong dalam tu. Baru minggu lepas saya dapat mata 120 dalam IQ test kat sebuah laman web.










Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 12:07 PM | Show all posts
Kat Cari, 50% peratus adalah sakit mental.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2013 03:31 PM | Show all posts
gogo2 posted on 11-10-2013 12:07 PM
Kat Cari, 50% peratus adalah sakit mental.

kiranya....CARI adalah tempat penyebaran virus penyakit mental
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 03:32 PM | Show all posts
tapibukanaku posted on 11-10-2013 03:31 PM
kiranya....CARI adalah tempat penyebaran virus penyakit mental

ko baca2 komen pengunjung CI... byk yg komennya mental2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2013 03:33 PM | Show all posts
spiderman80 posted on 11-10-2013 12:04 PM
Saya tak mungkin tergolong dalam tu. Baru minggu lepas saya dapat mata 120 dalam IQ test kat sebuah  ...

orang gila mana tau diri dia gila
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 03:33 PM | Show all posts
Sekarang pun dah ramai yang mental especially di Cari ..

Posting sesetengah forummer serupa posting pesakit mental
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-10-2013 04:07 PM | Show all posts
gogo2 posted on 11-10-2013 03:32 PM
ko baca2 komen pengunjung CI... byk yg komennya mental2..

kalau camtu, tak hebat lah CARI top 3 sebab menyebabkan virus sakit mental merebak...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 04:09 PM | Show all posts
di CI ini pun dah ada 10% hehehehe....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 47606 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 47191 Replies : 2
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38406 Replies : 25
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39220 Replies : 41
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41746 Replies : 360
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49996 Replies : 147
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276078 Replies : 8051
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 64352 Replies : 376
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145506 Replies : 2458
Amukan Ablasa di Twitter : Peminat bengang Aina Abdul corot di tangga 41
ashilalatAmukan Ablasa di Twitter : Peminat benga
Views : 36180 Replies : 220

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.551062 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list