CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4130|Reply: 13

[Tempatan] Tentera hamil 2 bulan maut

 Close [Copy link]
Post time 16-10-2013 07:24 PM | Show all posts |Read mode
BENTONG  - Anggota tentera yang maut bersama-sama suami dan anaknya dalam kemalangan di Km49.0 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di Bukit Tinggi dekat sini pagi ini, sedang hamil dua bulan.

Suri rumah Asliza Abdullah, 32, berkata sepupunya Koperal Nik Zaieyahaliza Ya memaklumkan perkara itu kepadanya ketika mereka berhubung melalui laman sosial 'Facebook' bulan lepas.

"Saya tidak menyangka pertemuan dengan Allahyarham pada Ramadan lepas merupakan yang terakhir...kami memang rapat sejak kecil," katanya kepada pemberita di bilik mayat Hospital Bentong hari ini.

Dalam kejadian 7.08 pagi itu, Nik Zaieyahaliza, 29, suaminya Koperal Jiman Raup, 32, dan anak mereka Nurul Damia yang berusia dua tahun, terbunuh apabila  kereta Perodua Alza yang dipandu Jiman merempuh sebuah lori tangki dari arah bertentangan.

Asliza berkata Nik Zaieyahaliza merupakan anak sulung daripada enam beradik dan beliau seorang yang periang dan rajin.

Beliau berkata ibu bapa Allahyarham kini menunggu jenazahnya dibawa pulang ke Jerteh, Terengganu untuk dikebumikan di Gong Tanah Merah.


Keluarga Jiman pula dijangka tiba dari Beaufort, Sabah malam ini.

Jenazah tiga beranak itu dimandikan dan dikafankan di Kem Tentera 25 Melayu, Bentong.

Sementara itu, seorang pegawai Maktab Tentera Diraja Sungai Besi yang enggan dikenali, berkata Nik Zaieyahaliza bertugas sebagai kerani di Bahagian Muzik maktab itu.

Allahyarham menjalani latihan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) Port Dickson, Negeri Sembilan pada 2003 sebelum bertugas di kem itu tiga tahun kemudian.

"Allahyarham memohon cuti untuk pulang ke kampungnya di Jerteh bagi menyambut Aidiladha. Beliau dijangka memulakan tugas hari ini," katanya ketika ditemui di hospital itu.

Jiman pula bertugas di Bahagian Perkeranian maktab itu sejak April 2012

Sumber : Sinar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2013 07:31 PM | Show all posts
dah ado...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 07:50 PM | Show all posts
Kesian sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 08:14 PM | Show all posts
Belas tgk dlm buletin utama, tangan terkulai masa bomba bawak keluar mangsa..

Innalillah..

Berhati-hatilah tatkala memandu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Agaknya si suami trlelap time drve kot..
Innalillah..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 09:00 PM | Show all posts
Alfatihah...salah siapa yer?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2013 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih tgk gmbr dlm fb mangsa. Anak mrk comey sgt
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2013 09:39 PM | Show all posts
Bawa balik ke kampung halaman masing2 kah..
bukan dikubur 1 liang lahad sekali?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2013 10:58 PM | Show all posts
FlowerGirl posted on 16-10-2013 09:17 PM
Sedih tgk gmbr dlm fb mangsa. Anak mrk comey sgt

ada fb ke?alahai meninggal satu famili
takda dahlah yg tinggal semua pergi
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi posted on 16-10-2013 10:58 PM
ada fb ke?alahai meninggal satu famili
takda dahlah yg tinggal semua pergi

A ah...cuba taip 'Jiman Raup'.gmbr2 x di private. Tu yg dpt skodeng
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 07:59 AM | Show all posts
Salam takziah dari ambo....
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 08:06 AM | Show all posts
Al-Fatihah untuk arwah...
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 08:12 AM | Show all posts
sadis.. apa2pon takziah kepada keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 10:05 AM | Show all posts
FlowerGirl posted on 17-10-2013 07:38 AM
A ah...cuba taip 'Jiman Raup'.gmbr2 x di private. Tu yg dpt skodeng

sedih baca status suami dia pasal kegembiraan dpt tau bini dia peknen
siannyaaaa..walhal semuanya pergi..
satu famili takde yg tinggal lagi..
dorang tak dikebumikan satu liang lahad atau bersebelahan ke yea
sbb arwah bini dia dikebumikan kt kg halaman dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Pelajar UM kecam peraturan sekat keluar malam.Wajar atau tidak?
YgBenarPelajar UM kecam peraturan sekat keluar
Views : 35712 Replies : 41
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 27799 Replies : 166
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 1381 Replies : 5
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39685 Replies : 201
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 357593 Replies : 3527
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 276839 Replies : 1508
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 25868 Replies : 102
[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HERE - Koo Kyo Hwan, Go Youn Jung, Oh Jung Se ~ Coming Soon
Rahah[JTBC/Netflix 2026] WE ARE ALL TRYING HE
Views : 27766 Replies : 8
penutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempena Thaipusam.Anda bersedia?
YgBenarpenutupan Jalan Kawasan Batu Caves Sempe
Views : 38472 Replies : 5
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 1937 Replies : 148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 12:02 AM GMT+8 , Processed in 0.052274 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list