antara artikel semasa kegemilangan gusip Suhairil dan Ummi
Hanya kawan, Aeril Zafril nafi bercinta dgn Ummi Nazeera
Jangan tanyakan kami bagaimana cerita ini boleh timbul kerana kami sendiri tidak tahu namun yang pasti salah seorang mereka telah tampil menafikan sebarang hubungan istimewa antara mereka. Laporan Harian Metro hari ini menyebut yang Aeril Zafrel & Ummi Nazeera di’dakwa menjalin hubungan intim sejak beberapa bulan yang lalu dan ini menimbulkan gossip yang pasangan pelakon muda ini sedang bercinta. “Kami memang selalu berhubung sebelum ini. Sejujurnya memang saya meminati dia, tetapi lakonannya saja. Belum ada apa-apa yang serius lagi. Saya amat menghormati Ummi dan keluarganya. Jadi ini saja jawapan yang boleh diberikan buat masa ini,” jelas Aeril Zafrel. Tambahnya lagi, atas sebab peribadi beliau tidak boleh memikirkan soal bercinta secara serius ketika ini namun tidak menolak jika di’takdirkan bercinta dengan Ummi Nazeera di masa hadapan. Bukan Ummi Nazeera sudah punya kekasih di Australia? Ke sudah berpisah? Ke kami tertinggal kereta api? Heh
|