View: 2372|Reply: 0
|
Sekolah Rendah Islam Al-Amin Cheras Selatan
[Copy link]
|
|
Assalammualaikum semua..
HARUS DIINGAT, SAYA BUKAN PROMOTE TAU.. SAYA JUGA ANTARA PARENTS YANG BERHAJAT NAK SEKOLAH KAN ANAK DI SEKOLAH NI NNT TAHUN 2015..
Ada tak parents kat sini yang plan nak hantar dia gi sekolah ni (sekolah induk dia yang kat Gombak tu, fames gak sebab beberapa org student dia org excellent dlm pelajaran dan melanjutkan pengajian ke mesir, etc)
Sekolah yang saya maksudkan ni, baru nak beroperasi thn depan, Jan 2014 nnt.
sekolah ni dibuka atas permintaan ramai ibu bapa yang prihatin nak tempatkan anak2 dlm aliran agama sejak dari darjah satu.
sylabus semua mengikut sylabus kerajaan (manalah tau kot2 di pertengahan anak kita tak boleh bawa, jadi boleh tukar ke mana2 sekolah aliran kerajaan).
sekolah ni, pagi dia org ajar sylabus sekolah kebangsaan, petang baru sylabus aliran agama (ala2 mcm pagi pergi sekolah kerajaan, petang g sekolah agama rakyat yang kain hijau/merah tu... cumanya di sekolah yang sebegini, akhlak dan sahsiah kanak2 lebih dititikberatkan mengikut acuan Islam..
Hari tu saya dan asben ada pergi open day dia dengar taklimat (anak kita org darjah satu thn 2015 nnt, tp sebab teruja punya pasal awal2 dah pergi untuk dapat maklumat lanjut)
Sekolah ni mula2 beroperasi di rumah kedai (thn pertama, 2014 hanya murid2 tahun satu sahaja.. kemudian tahun berikutnya baru darjah 2 dan seterusnya).
makna kata, 2 tahun pertama di rumah kedai 1 lot (3 tingkat.. dari ground floor hingga ke tingkat 3)
tahun ketiga dan keempat berpindah ke bangunan rumah kedai sebelahnya sebab pihak sekolah merancang untuk sewa beberapa lot.
tahun ke lima, mereka akan berpindah ke sekolah yang sbnr (sekolah yang mempunyai segala kelengkapan bangunan sendiri, padang, etc) di sungai long..
ok, itu serba sedikit mengenai sekolah tersebut yang dalam perancangan kami nanti...
btw, kalau ada sesiap yang berminat terutama di area BANDAR TUN RAZAK, dan ingin sekolahkan anak2 mereka disitu boleh lah kita berpakat2 untuk mengambil bas sekolah (pihak sekolah boleh menghantar dan menjemput anak2 kita asalkan ada dlm 5-6 orang murid dari tempat yang sama. tambang yang dikenakan, rm170/month)
sesiapa yang berminat rasanya boleh surf fb under : sriaacs (sekolah rendah islam al-amin cheras selatan)
TQ |
|
|
|
|
|
|
| |
|