CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2231|Reply: 10

[Tempatan] Tanah kuboq pun nak diceroboh - lahap sungguh !

[Copy link]
Post time 10-12-2013 08:22 AM | Show all posts |Read mode
Tanah kubur Islam diceroboh
  • Penduduk berkumpul meneliti sebahagian Tanah Perkuburan Islam disodok individu tidak bertanggungjawab untuk dijadikan ladang getah.
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]


GUA MUSANG - Penduduk di Kampung Tanah Puteh, dekat sini, terkejut apabila sebahagian daripada 2.2 hektar Tanah Perkuburan Islam Kampung itu diceroboh individu tidak bertanggungjawab bagi menanam pokok getah.

Sehubungan itu, mereka mendesak Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang membuat siasatan dan mengambil tindakan segera menghalang individu terbabit.

Masalah pencerobohan tanah perkuburan Islam disedari seminggu lalu, dan mereka membuat penelitian petang kelmarin, yang turut dihadiri Ketua Pemuda Umno bahagian, Sheikh Razali Sheikh Hamat.

Seorang penduduk, Mohamad Wahab, 49, berkata, tanah perkuburan itu diluluskan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang tiga tahun lalu, berikutan kampung terbabit belum ada tanah kubur untuk orang Islam.

Menurutnya, kerja mengukur bagi menetapkan keluasan tanah berkenaan juga dilakukan, tetapi tanah perkuburan terbabit belum dibina pagar.

“Saya bersama penduduk yang berusaha bagi mendapatkan kelulusan pejabat berkenaan untuk tanah perkuburan Islam itu.

“Memang tanah perkuburan itu sudah rasmi apabila beberapa penduduk yang meninggal dunia dikebumikan di situ, namun ada individu yang mencerobohnya,” katanya.

Raja Aziz Raja Daud, 63, pula mengakui penduduk baru menyedari perkara itu dan bimbang jika tidak dihalang kemungkinan semakin luas tanah kubur akan disodok.

Katanya, individu yang menyodok sebahagian tanah kubur itu memang sudah dikenal pasti dan mengharapkan pihak berwajib yang bertindak menghalangnya.

“Bagaimanapun, kita juga akan bermuafakat bersama penduduk untuk menghalangnya jika perkara itu terus berlaku dalam masa terdekat ini,” katanya.

Menurut seorang lagi penduduk, Zulkifli Kamariah, 57, kebanyakan penduduk terkejut apabila mendapati sebahagian tanah kubur itu disodok individu terbabit.

Katanya, memang sudah ada anak pokok getah ditanam di kawasan berkenaan, tetapi belum lagi secara menyeluruh dan aktiviti itu perlu dihalang bagi mengelak kejadian buruk berlaku selepas ini.

“Kita serahkan dahulu kepada pemimpin tempatan untuk menyelesaikan perkara ini dengan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang sebelum penduduk mengambil sebarang tindakan,” katanya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-12-2013 08:24 AM | Show all posts
Masalah pencerobohan tanah perkuburan Islam disedari seminggu lalu, dan mereka membuat penelitian petang kelmarin, yang turut dihadiri Ketua Pemuda Umno bahagian, Sheikh Razali Sheikh Hamat.


gigih sungguh pemuda umno membela nasib rakyat kelantan kan.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2013 08:25 AM | Show all posts
da tu tebang la pokok tuh.. tpi tanah kubur tu kan tanah wakaf kann.. so mmg xleh la nak ceroboh kalau tanah wakaf demi kepentingan peribadi..

tpi kalau tuk bayar mentenen kubur tuh ok je..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2013 07:25 PM | Show all posts
gi tanam pokok getah kat kubur cina. sana lagi luas.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2013 07:32 PM | Show all posts
Gua Musang..kwsn Tengku Razaleigh kan? ke dh tuko?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2013 08:11 AM | Show all posts
chaintea posted on 12-12-2013 07:32 PM
Gua Musang..kwsn Tengku Razaleigh kan? ke dh tuko?

ku li mana pi haaa
sonyap yo......
berahim je yg dok bikin hingaq la nin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2013 10:43 AM | Show all posts
perghh menmyempat
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2013 10:49 AM | Show all posts
ekceli tanam pokok kt kubur la pokok tumbuh subur. sbb mayat dah mereput jadi kompos kt tanah tu... errr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2013 11:01 AM | Show all posts
AdsMsia posted on 10-12-2013 08:24 AM
gigih sungguh pemuda umno membela nasib rakyat kelantan kan.....

publisiti ....publisiti ...beb
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2013 12:12 PM | Show all posts
Al-Patih posted on 13-12-2013 11:01 AM
publisiti ....publisiti ...beb

nama mau kasi BUMP
nanti org tarak kenai maaaa
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2013 12:16 PM | Show all posts
Nasir bilal khan hari-hari ceroboh tanah kubur...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.069889 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list