Desas-desus kadar tol naik
Oleh MOHD. AFIQ ZULKIFLI
[email protected]
SEBANYAK 13 lebuh raya dikatakan akan terlibat dalam semakan semula kadar tol bagi tahun 2014. – Gambar hiasan
KUALA LUMPUR – Selepas siri kenaikan harga petrol, diesel dan gula pada tahun ini, pengguna perlu bersedia kemungkinan kadar tol dinaikkan bermula tahun depan. Menurut sumber, desas-desus kenaikan kadar tol itu dijangka antara 30 sen sehingga RM1 melibatkan beberapa lebuh raya di Malaysia. Katanya, terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol bagi tahun 2014 malahan terdapat cadangan kenaikan sekitar 20 peratus sehingga 40 peratus. Kenaikan tersebut dikatakan tidak dapat dielakkan memandangkan pada akhir tahun ini terdapat beberapa syarikat pengendali lebuh raya yang perlu mematuhi perjanjian konsesi yang telah ditandatangani. Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, dari segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya terdapat semakan semula struktur kadar tol pada tahun depan.
|