CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4672|Reply: 31

[Tempatan] Tabung Haji beli hartanah RM406j di London

[Copy link]
Post time 24-12-2013 09:32 AM | Show all posts |Read mode
LEMBAGA Tabung Haji (Tabung Haji) terus mengukuhkan kehadirannya di pasaran hartanah United Kingdom (UK), dengan pembelian bangunan pejabat Unilever House bernilai £75.8 juta (RM406.36 juta).

Hartanah yang terletak di luar pusat bandar London dibeli daripada LondonMetric Property Plc, dana amanah hartanah (REIT) yang berpangkalan di UK.



Sumber industri berkata, pembelian hartanah yang terletak di Leatherhead, Surrey itu adalah urus niaga bangunan pejabat ketiga oleh Tabung Haji di UK.


Beliau berkata, Tabung Haji sudah memeterai perjanjian pembelian hartanah itu dengan LondonMetric Property pada minggu lalu dan urus niaga itu dijangka selesai pada akhir bulan depan.



Katanya, pengurus dana jemaah haji Malaysia itu berjaya mengalahkan bidaan beberapa pengurus dana terkemuka global lain khususnya dari Asia Barat dan UK yang berminat untuk memiliki bangunan pejabat tiga tingkat yang menjadi ibu pejabat Unilever UK dan Ireland itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2013 10:34 AM | Show all posts
duit tabung haji untuk perniagaan???
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah... mudah2han tabung haji berterusan buat untung..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 10:38 AM | Show all posts
fizroy posted on 24-12-2013 10:34 AM
duit tabung haji untuk perniagaan???

tabung haji bukan lembaga zakat
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 10:41 AM | Show all posts
Tabung haji tu tabung
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 10:44 AM | Show all posts
ushioz posted on 24-12-2013 10:38 AM
tabung haji bukan lembaga zakat

exactly....ke ada org terkeliru tabung haji dgn wang zakat???heheheheheheh

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-12-2013 10:50 AM | Show all posts
fizroy posted on 24-12-2013 10:34 AM
duit tabung haji untuk perniagaan???

Tabung haji ada byk anak syarikat - Tabung Haji properties, tabung haji plantation, tabung haji travel, etc, etc. Roti silver bird (high five) pun tabung haji ada share. ERL KL-KLIA pun tabung haji ada share. Kalau tak macamana nak kasi dividen? Somemore bagi subsidi pada jemaah haji lagi. Tanpa subsidi, kos mengerjakan haji jadi RM15000 seorg. Sekrg RM10,500 sahaja.

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 11:02 AM | Show all posts
London tu ..kan ..negara kapiaq ...halal ke ..boli harto doket sano ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2013 11:11 AM | Show all posts
fizroy posted on 24-12-2013 10:34 AM
duit tabung haji untuk perniagaan???

tak apa selagi simpanan yg dibuat tu tidak lebur sebab amanah penyimpan adalah untuk pergi Haji bukannya utk diperniagakan spt ASB.  Maksudnya jika ditakdirkan Tabung Haji rugi dlm pelaburannya, maka kerajaan hendaklah memberi jaminan bahawa segala simpanan pokok penyimpan tidak berkurang sebab niat penyimpan adalah bukan melabur utk perniagaan tetapi untuk buat Haji.  Setakat ni semua ok aje.  Jadi tak de masalah.

Selain tu, kena jauhi pelaburan haram, pelaburan riba, rasuah, penyelewengan, unsur inflated cost utk projek2 etc.

Bab pelaburan hartanah di London aku tak dpt komen sebab tak tahu maklumat lanjut.  Cumanya jangan la pulak ada bangunan2 yg diberi sewa lepas tu utk pembukaan pusat2 maksiat spt club, kedai arak etc.  Contohnya membuat pelaburan hotel yg kemudiannya ada diserve arak dlm tu. Last edited by a_gen2 on 24-12-2013 11:12 AM

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 11:13 AM | Show all posts
kenapa LONDON?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 11:17 AM | Show all posts
Tabung haji jua ada membuka satu lagi pelaburan ke industri oil and gas...dia membuka sebuah syarikat yang didaftarkan dibawah nama TH heavy engineering sekitar tahun2003..yard dia berlokasi di pulau indah selangor...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 11:48 AM | Show all posts
ni smua msti idea bernas yg sejajar dengan wawasan 2020...lobai azeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeez
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 12:00 PM | Show all posts
mantop...
kaya betol tabung haji ni...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 02:39 PM | Show all posts
oke paham.... tq
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 02:41 PM | Show all posts
a_gen2 posted on 24-12-2013 11:11 AM
tak apa selagi simpanan yg dibuat tu tidak lebur sebab amanah penyimpan adalah untuk pergi Haji bu ...

baru ku phm....tq
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 02:46 PM | Show all posts
tabung haji itu haji


semendjak dipegang abdul azeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeez ni dah lama dah tabung haji lebur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2013 02:50 PM | Show all posts
byk gak GLC yg beli property kat London...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kassim_Patalon posted on 24-12-2013 02:46 PM
tabung haji itu haji



Haram zadeyyyyy haji dekat tabung jer...management x haji pulopppp
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 03:27 PM | Show all posts
Al-Patih posted on 24-12-2013 11:02 AM
London tu ..kan ..negara kapiaq ...halal ke ..boli harto doket sano ..

Nabi Muhammad pun biasa beniaga x der plak kata boley niaga sesama Islam jer
Kalu aq kaya, aq boli jer Londong tu biar jadi Islamic City, ahkak Losomah pun lagi siok pigi menyoping

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2013 09:27 PM | Show all posts
boyagombak posted on 24-12-2013 03:27 PM
Nabi Muhammad pun biasa beniaga x der plak kata boley niaga sesama Islam jer
Kalu aq kaya, aq bol ...

hotel dah boli ...fail-dah dah sediakan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.069420 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list