View: 56115|Reply: 209
|
DRAMA BERSIRI KALIMAH JIWA (gandingan SWEET Nazim othman n Raja Ilya )
[Copy link]
|
|
Air Di Cincang Tak Akan Putus. Namun hubungan Aniq dan Afiq tidak seperti adik beradik yang lain. Afiq membenci Aniq kerana ibunya sering menyebelahi abangnya sejak kecil. Malah Afiq sanggup menggunakan Aina yang tidak berdosa untuk membalas dendam dan mendapatkan harta yang dimiliki oleh abangnya…
Setelah slot Azalea direhatkan buat seketika waktu, kini slot popular ini kembali dengan menampilkan sebuah drama siri terbaru berjudul “Kalimah Jiwa” mulai 1 Januari 2014. Drama ini yang akan membuka tirai slot Azalea bagi tahun 2014 bakal dibintangi oleh Nazim Othman, Nabila Dally, Amar Baharin, Raja Ilya dan ramai lagi. Drama siri 20 episod yang diterbitkan oleh Rumah Karya Citra ini diarahkan oleh Mohd Fadli manakala skripnya ditulis oleh Erma Fatima.
Drama siri 20 episod, Kalimah Jiwa Persengketaan Dua Beradik Demi Harta dan Cinta mulai 1 Januari 2014 di TV3 lakonan Nazim Othman, Nabila Dally, Amar Baharin, Raja Ilya dan ramai lagi.
“Kalimah Jiwa” berkisar tentang persengketaan antara Aniq dan adiknya Afiq yang melibatkan perebutan harta. Ibu mereka iaitu Puan Akila lebih mempercayai Aniq kerana Aniq berjaya membawa syarikatnya menjadi syarikat paling berjaya di Malaysia. Manakala, syarikat yang dikendalikan oleh Afiq mengalami kerugian teruk dan terpaksa menanggung hutang yang banyak. Semuanya adalah kerana Afiq tidak serius dan lebih banyak menghabiskan masa berpoya-poya.
Aniq mempunyai kekasih bernama Aina Sofea. Ketika tarikh majlis pernikahan Aniq dan Aina semakin hampir, Tiara muncul dan mengaku sebagai kekasih Aniq. Malah Tiara turut memberitahu bahawa dia kini sedang hamil hasil hubungan dengan Aniq. Seluruh ahli keluarga terkejut dengan pengakuan Tiara. Majlis perkahwinan terpaksa dibatalkan dan Aniq pula menghilangkan diri ke Europe untuk mencari ketenangan diri.
Musibah yang berlaku ini menyebabkan Afiq disuruh berkahwin dengan Aina demi mengelakkan keluarga kedua-dua belah pihak malu. Afiq menerima Aina bukanlah atas dasar cinta tetapi kerana dendam Afiq pada Aniq yang sentiasa sempurna di mata ibunya. Dengan mendapatkan Aina, Afiq begitu yakin bahawa syarikat yang diteraju oleh abangnya akan jatuh ke tangannya.
Selepas berkahwin, Afiq mula menyedari Aina adalah seorang wanita yang baik. Afiq mula jatuh cinta pada Aina dalam diam. Tambahan pula, sikap Afiq juga dilihat semakin berubah menjadi lebih baik apabila Aina disahkan mengandung.
Sementara itu, Tiara telah pergi ke Europe untuk bertemu Aniq. Rupanya Tiara merupakan pelayan kelas atasan dan dia telah dibayar oleh Aniq untuk membuat pengakuan tipu di hadapan keluarga Aniq dan Aina. Tiara sememangnya tidak tahu mengapa Aniq sanggup melukakan hati keluarganya dan Aina. Apabila Aina mengekori Aniq, barulah dia tahu sebenarnya Aniq pergi ke Europe untuk mendapatkan sum-sum tulang yang sesuai untuk dirinya kerana jangka hayat Aniq semakin pendek akibat mengalami penyakit kanser darah.
Tiara rasa bersalah dengan upah yang diterimanya. Memang selama ini dia bekerja untuk duit tapi kali ini dia tidak mampu menerima duit Aniq atas kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh Aniq. Kemudian, Tiara membuat keputusan untuk sentiasa berada di sisi Aniq dan membantu Aniq melalui hari hari sukarnya sepanjang dia berada di Europe.
Penyakit Aniq semakin tidak stabil. Sehingga kini masih tidak ada pemindahan yang sesuai untuk membantu mengubati kanser darah yang dihidap oleh Aniq. Kemudian Aniq membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia bagi menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama keluarga sebelum menghembuskan nafas terakhir. Selain itu, Aniq juga merasakan ada sesuatu yang harus dilakukannya untuk keluarganya. Setibanya Aniq di rumah, semua ahli keluarga gembira dengan kepulangan Aniq yang mengejut itu. Tetapi tidak bagi Afiq. Afiq mula rasa terancam dan merasakan Aniq pulang untuk merampas haknya serta ingin menuntut cinta Aina.
Keadaan bertambah runcing apabila Aniq tidak mempunyai masa yang lama untuk hidup. Afiq pula perasan dengan perubahan sikap Aina sejak Aniq muncul semula. Adakah Aina masih setia mencintai Aniq? atau cinta Aina sudah beralih arah pada suaminya? Dapatkah Aniq diselamatkan dari derita penyakit kanser darah?
Ingin mengetahui apakah yang berlaku seterusnya? Saksikan drama KALIMAH JIWA menerusi slot Azalea setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00 petang hanya di TV3! Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini tentang Kalimah Jiwa, penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia. Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan program ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.
Last edited by qaqaarjuna on 29-1-2014 02:20 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
qaqaarjuna posted on 3-1-2014 03:07 AM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
qaqaarjuna posted on 3-1-2014 03:08 AM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
qaqaarjuna posted on 3-1-2014 03:19 AM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
qaqaarjuna posted on 3-1-2014 03:21 AM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
dah follow citer ni 2 episod, ok jugak
lakonan nazim memang tidak menghampakan |
|
|
|
|
|
|
|
baru terjebak ngn citer ni..
not bad..lakonan nazim mmg all out!.. |
|
|
|
|
|
|
|
tgk episod pertama..tak sempat tgk episod kedua...
sape yg ganggu majlis nikah aniq ya? |
|
|
|
|
|
|
|
mrsrezza posted on 3-1-2014 08:34 PM
baru terjebak ngn citer ni..
not bad..lakonan nazim mmg all out!..
Omaigoshhh di mana-mana dik rai pergi mesti terserempak dgn kak su
Iolls suka drama ni.. Jln cerita dia menarik... setakat 2 episod ni, lakonan Nazim mmg best! Bella macam tak berapa sgt bagi iolls lar..
|
|
|
|
|
|
|
|
mrsrezza posted on 3-1-2014 11:13 PM
dikrai ni polo kak su ke aper?..
koserr sangat nak polo kak su okay..wakakakaka
merayau2 tadi, jumpa pulak rumah ni.. iolls ingat takda yg polo drama ni... tu lar bella tu iolls bukan apa, sheolls kan mcm lidah pendek sikit kan.. so, bila dia cuba nak lontarkan dialog tu, bunyi macam sebutir2... lepas tu dia jer duk sayang2 dgn aniq..aniq buat dek jer,, hehehe.. kesian aniq kan... dia baik sangat..
|
|
|
|
|
|
|
|
tumpang lalu lalang...
boleh tahan la cerita ni..
tgh tunggu raja ilya keluar bebetol.. =) Last edited by anash on 4-1-2014 12:23 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Basrd on novel juga kan..
Semalam gi Harris nampak novel ni, tapi baca sinopsis mcm tak best..
|
|
|
|
|
|
|
|
lor.. citer novel jugak ke..
bukan Erma Fatima yg tulis ke..
kalau baca ikut sinopsis, Raja Ilya tu Aniq yg upah utk gagalkan majlis akad nikah dorang
Aniq ada sakit kena ganti tulang sum sum.. nanti Afiq akan nikah dengan Aina
masa tgk citer ni, Raja Ilya crash masuk cakap dia mengadung tu dah macam citer Ariana Rose jer
tapi, penghayatan pelakon dalam KJ ni lagi real la... dari mak, anak, adik, abang, orang gaji Datuk Akila tu pun ok jer lakonan ngan loghat Utara dia tu |
|
|
|
|
|
|
|
GorgeousRai posted on 3-1-2014 11:22 PM
koserr sangat nak polo kak su okay..wakakakaka
merayau2 tadi, jumpa pulak rumah ni.. ...
bella pelat, so kita susah nak feel bila dengar lontaran suara dia..
tp iols sukalah ngn drama ni, masa tiara dtg nk batalkan majlis tu
rasa cuak gak igt dia nk buat cam ariana tp tiara versi manis n berlapik lg..
dia minta izin jumpa dua2 fam...mmg terkesan sgt ngn lakonan tiara tuh..
cam betul2 jer dia mangsa aniq, n mcm betul2 jer dia preggy..
n aniq pon macam betul2 jer bersalah..hebat lakonan dorang..
cuma part aina pengsan tu x bape nk berkesan, ekspresi muka aina agak kureng skit..
|
|
|
|
|
|
|
|
InangPutri posted on 4-1-2014 07:39 AM
ooo...tp adiknya yg antar pmpuan tu kn..
sbb x suka abgnya yg sering dipuji...kesian aniq
tp s ...
bukan afiq yg hantar tp aniq sendiri yg upah tiara tuk rosakkan majlis dia..
sbb aniq ada leukimia, so dia plan menda ni ngn kawan dia yg botak tuh..
tiara ni social escort, nt tiara akn cari aniq kat uk sbb dia pelik napa aniq nk
buat camtuh, tiara rasa bersalah kat tunang aniq...
|
|
|
|
|
|
|
|
carold posted on 4-1-2014 01:06 PM
Basrd on novel juga kan..
Semalam gi Harris nampak novel ni, tapi baca sinopsis mcm tak best..
rasanya citer ni bukan adaptasi novel..
sbb novel khalimah jiwa karya haiza najwa tu pasal suami yg melacurkan isteri..jalan citer pon lain..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|