|
|
4 Januari 2014
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan tren KTM komuter akan dilanjutkan sehingga 1 pagi sempena majlis pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014) di Dataran Merdeka, esok.
KTM dalam kenyataan, hari ini, berkata perkhidmatan tren tambahan disediakan di beberapa laluan iaitu Kuala Lumpur-Sungai Gadut, Kuala Lumpur-Pelabuhan Klang, KL Sentral-Rawang dan KL Sentral-Batu Caves, dari 12 tengah malam hingga 1 pagi.
Penumpang turut dinasihatkan membeli tiket dua hala untuk mengelak kesesakan di kaunter dan mesin tiket ketika pulang, selain memastikan arahan keselamatan dipatuhi. - Harianmetro
|
|