|
13/02/2014 9:58pm
KUALA LUMPUR - Permintaan terhadap bekalan air yang tinggi oleh pengguna ekoran cuaca panas yang dialami kini, menyebabkan berlaku masalah kekurangan air di beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur.
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam satu kenyataan memaklumkan bekalan air dari Loji Rawatan Air Sungai Langat tidak dapat menampung permintaan yang meningkat mendadak.
Katanya, kawasan terlibat ialah Angsana Hilir, Taman Pertama, Taman Bukit Pandan, Kampung Pandan Luar, Kampung Pandan Dalam, Taman Koperasi Polis, Taman Desa Baiduri, Bandar Damai Perdana, Taman Damai Perdana, Taman Desa Cahaya, Taman Sri Bahagia, Taman Bukit Anggerik, Taman SPPK Bukit Cheras dan Taman Orkid Desa.
Turut terjejas, Taman Segar, Taman Billion, Taman Supreme, Taman Cheras Utama, Cheras Hartamas, Taman Bukit Segar Jaya, Bandar Baru Segar Utama, Taman Damai Indah, Taman Minang Ria, Taman Bukit Angsana, Taman Suria Jaya, Taman Len Seng, Taman Desa Cheras dan Taman Alam Damai.
Selain itu, sebahagian kawasan Damansara iaitu Jalan Segambir, Jalan Belimbing, Jalan Setiabistari, Jalan Setiamurni 1-12, Jalan Setiabudi, Jalan Setiarasa, Jalan Setiaraya, Jalan Setiajaya, Jalan Medan Setia, Jalan Setiabakti, Jalan Setiakasih, Plaza Damansara dan Taman Seri Beringin. - Bernama
kosmo
p/s bakal bercatu la nampaknya ...
|
|