View: 14708|Reply: 129
|
“Kemenangan Sekarang Kurang Kemanisannya” – Pak Nil
[Copy link]
|
|
“Kemenangan Sekarang Kurang Kemanisannya” – Datuk Aznil Hj. Nawawi
21 FEB 2014, 12:00AM |MISS AYU
Pengacara popular, Datuk Aznil Hj. Nawawi atau lebih mesra dengan pangggilan Pak Nil berpendapat kemenangan beberapa artis atau selebiriti di beberapa anugerah hiburan tempatan ketika ini agak kurang kemanisannya kerana wujudnya individu atau kelab-kelab peminat yang sanggup menaja atau mengundi artis kesayangan mereka bagi memperolehi kemenangan.
“Saya rasa berlaku perubahan dalam sistem penjurian yang membabitkan undian peminat. Kalau dulu tidak ada kelab-kelab peminat atau orang-orang perseorangan yang sanggup berkempen untuk mengaut undian untuk artis-artis kesayangan mereka. Sebaliknya, artis-artis mendapat undian daripada peminat yang betul-betul setia.
Jadi, sebab itu kadangkala kita dapati ada calon akhir atau pun pemenang yang tidak terduga atau pun pelik. Nama tak cukup dikenali. Saya rasa mereka yang menang dengan cara ditaja atau mengundi diri sendiri ini kemenangan mereka kurang kemanisannya. Perasaannya pasti tidak sama dengan mereka yang betul-betul menang kerana punya peminat yang ramai,” ujar Pak Nil ketika ditemui pada majlis pelancaran Pakej Pelayaran Star Cruises Bersama Pak Nil di Saloma Bistro pada Rabu.
Dalam masa yang sama, Pak Nil turut memberi cadangan kepada penganjur anugerah-anugerah berdasarkan populariti agar mencari formula atau format yang lebih tepat agar undian tidak berulang kali daripada individu yang sama.
“Untuk memastikan setiap pemenang itu benar-benar popular, pihak penganjur harus buat sesuatu. Mungkin mencari format undian yang lebih tepat agar undian tidak datang daripada individu yang sama berulang kali atau daripada artis itu sendiri. Jangan buat anugerah yang tidak memberi refleksi sebenar industri hiburan kita,” ujar Pak Nil lagi.
Pengacara idola ramai ini turut memberi pandangan tentang lambakan anugerah hiburan yang wujud ketika ini. Jelas Pak Nil, secara peribadi dia tidak melihat pelbagai anugerah ini memberi impak yang tidak baik kepada industri seni negara. Namun, mengakui penganjurannya perlu seimbang.
“Anugerah-anugerah ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu anugerah profesional dan anugerah untuk suka-suka yang memberi kuasa kepada peminat untuk sama-sama menentukan pemenang setiap kategori yang dipertandingkan. Sebagai seorang selebriti, saya perlukan kedua-dua jenis anugerah ini. Saya perlu tahu apa pandangan profesional dan saya juga perlu tahu pandangan peminat atau masyarakat.
Memang benar kalau terlampau banyak anugerah yang suka-suka ini, ia boleh menjejaskan merit atau kualiti penganjurannya. Mungkin peminat akan rasa kurang percaya dengan keputusan yang diumumkan. Sebab itu, penganjur perlu telus dalam sistem penjurian. Perkenalkan pihak yang bertanggungjawab membuat audit. Walau bagaimanapun, memang susah hendak puaskan hati semua pihak. Sejak dulu lagi, keputusan sesuatu anugerah pasti akan dipertikaikan. Lama-kelamaan barulah orang senyap dan terima sahaja keputusan itu,” ujar Pak Nil.
http://www.gua.com.my/berita-art ... znil_Hj_Nawawi.html Last edited by asampodeh on 22-2-2014 05:29 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
paknil nak cakap pasal zizan menang top top top meletop ka? he he |
|
|
|
|
|
|
|
adui..da x menang ckp gini lak
cube dia menang...msti senyap je |
|
|
|
|
|
|
|
mongoose_kidz posted on 21-2-2014 09:01 AM
adui..da x menang ckp gini lak
cube dia menang...msti senyap je
Dia dah penat menang dah..
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul la tu.. Mmg ble dipertikaikan pun. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg pon..plus bnyk sngt anugerah.. ntah apa2..
ari tuh tgk zizan menang.. huurrmmm... takde apa yg terujanyer..bestnyer..
100% berdasarkan vote dr fans.. hadaplah.. |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha .. dah agak korang akan cakap, dah x menang sila duk diam2 .. |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju dgn part ini
Jadi, sebab itu kadangkala kita dapati ada calon akhir atau pun pemenang yang tidak terduga atau pun pelik. Nama tak cukup dikenali. Saya rasa mereka yang menang dengan cara ditaja atau mengundi diri sendiri ini kemenangan mereka kurang kemanisannya. Perasaannya pasti tidak sama dengan mereka yang betul-betul menang kerana punya peminat yang ramai, |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju.. aku ni rakyat marhaen ni pun dah x teruja dengan lambakkan anugerah ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
pak nil ckp psl zizan ker?.. tp iols mcm stuju gak ngn pak nil..artis skang menang award bkn sbb kualiti pon..cnth mcm tasha silat..yg dia mng award ape ntah..time tue iols pon xknl sape dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Anugerah skg dh x best, kdg2 yg btanding pun muka tu je n xde saingan.. Dh x teruja nk tau sapa pmnang. Anugerah meletop bru ni pun org x heran pun dgn pmenang2 tp org duk kecoh pasal bju lopa.. Bju lopa mngalahkn segalanya... |
|
|
|
|
|
|
|
Yup..semua majlis anugerah dah semakin membosankan bg aku..coz artis yg menang slalunye yg x berbakat..harapkan populariti semata..karya2 hebat slalu x mendapat perhatian sewajarnye..baik bidang nyanyian atau lakonan..sama je..peminat skang mosty budak2 gen y yg mls berpikir! |
|
|
|
|
|
|
|
memang la vote tu dari fans...xkan la dr haters...walaupun aku bkn fan zizan tp tak patut la paknil ckp mcm ni..sendangkan dia pernah menang ABP..abp pon kompom2 dari undian peminat... |
|
|
|
|
|
|
|
mongoose_kidz posted on 21-2-2014 09:01 AM
adui..da x menang ckp gini lak
cube dia menang...msti senyap je
die tak hadap laa nk menang...ade betul gak ape die ckp tu...hadoiii...#bukankaratzpaknil
|
|
|
|
|
|
|
|
Jadi, sebab itu kadangkala kita dapati ada calon akhir atau pun pemenang yang tidak terduga atau pun pelik. Nama tak cukup dikenali. Saya rasa mereka yang menang dengan cara ditaja atau mengundi diri sendiri ini kemenangan mereka kurang kemanisannya. Perasaannya pasti tidak sama dengan mereka yang betul-betul menang kerana punya peminat yang ramai,
seriously memang setuju dgn statement pak nil. contohnya dlm finalist ABP tahun ni. Byk betul calon yang tak diduga kali ni. memang undi sendiri kah? |
|
|
|
|
|
|
|
betulla tu..dulu tasha shila menang pun sbb undi dtaja 'individu' jugak kan..xke pelik dia boleh menang..isk3..pape jela jnji aku xdela buang kredit kat benda2 xberfaedah tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sokong pokcik nil
Makcik tak rasa dia cakap pasal Zizan sbb Zizan tu terkenal juga lah
kalau anugerah Meletop makcik lagi terkejut si Zaara apanama tu menang |
|
|
|
|
|
|
| |
|