CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4665|Reply: 30

[Tempatan] Tun Mahathir - BR1M membebankan kerajaan.

[Copy link]
Post time 3-3-2014 09:30 AM | Show all posts |Read mode
Salaam.



SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hanya membebankan kerajaan.
        
        Menurutnya, kerajaan berdepan dengan defisit dan hutang yang besar sekiranya pemberian BR1M diteruskan.
        
        “Pemberian RM500 seorang kepada tujuh juta rakyat melibatkan kos RM3.5 bilion. Apabila jumlah ini ditambah kepada RM1,200 (setiap orang) kos akan menjadi RM8.4 bilion.
        
        “Itu adalah satu jumlah yang banyak, namun masih ramai orang miskin di negara ini. Adakah kita (kerajaan) memerlukan BR1M (untuk mendapat sokongan) walaupun tanpanya, kita masih mendapat sokongan yang baik daripada masyarakat,” katanya dalam entri di blognya, semalam.
        
        Menurut beliau, pemberian BR1M sama sekali tidak akan mengubah pendirian rakyat.
        
        Oleh itu, kerajaan perlu mencari mekanisme lain untuk mendapatkan sokongan.
        
        “Jika rakyat tidak memberi sokongan, bermakna mereka tidak berpuas hati dengan sesuatu walaupun mendapat BR1M. Jadi, cari sebab mengapa rakyat tidak berpuas hati dan anda (kerajaan) akan tahu apa yang perlu dilakukan.
        
        “Saya penyokong kerajaan. Tetapi kurang bersetuju dengan beberapa perkara yang kerajaan lakukan,” katanya.
        
        Katanya, sebahagian daripada rakyat menganggap BR1M sebagai usaha kerajaan untuk mendapatkan sokongan, terutama menjelang pilihan raya.
        
        “Ia tidak menggambarkan sentimen sebenar mereka. Sebaliknya, lebih baik dinyatakan melalui undi yang menunjukkan kematangan mereka.
        
        “Kegagalan untuk memahami sentimen masyarakat akan membawa bencana kepada ahli politik,”
katanya.



http://www.sinarharian.com.my/na ... n-kerajaan-1.256226

Last edited by BelovedTaeyeon on 3-3-2014 09:34 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2014 09:45 AM | Show all posts
TUN ni bodoh tak faham BR1M yang diberikan kerajaan pimpinan DS Najib.. BR1M ini adalah struktur peruntukkan subsidi model baru...bukannya nk pancing politik..dia nk bg subsidi kepada yg hak..lain la TUN..sibuk ngn keta porsche..pencacai2 si anti hadis ni tekedek2 la pakai keta kancil beli masa baru2 kuar dulu..lol
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2014 10:34 AM | Show all posts

Ramai yg dpt BR1m tu x layak...setuju dgn Tun
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2014 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
elok la bg pd rakyat drpd msk poket sendri:@
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2014 10:37 AM | Show all posts
pakweneelofa posted on 3-3-2014 09:45 AM
TUN ni bodoh tak faham BR1M yang diberikan kerajaan pimpinan DS Najib.. BR1M ini adalah struktur per ...

subsidi itu pi org yg tak layak. Subsidi bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2014 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
ingat takat bgaji 5k ke bawah byk sgt ke dgn taraf hidup makin  mcengkam..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2014 11:04 AM | Show all posts
aku sokong Tun..ptt tlg yg btol2 ssah..bkn bg cre mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2014 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
iza.moha posted on 3-3-2014 10:39 AM
ingat takat bgaji 5k ke bawah byk sgt ke dgn taraf hidup makin  mcengkam..

Betul tu setakat 5k tu macam kais pagi makan tengahari je kalau dok bandar besar.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2014 11:14 AM | Show all posts
kritikkn yg bernas.....najib patut pikirkan.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2014 11:21 AM | Show all posts
riehan posted on 3-3-2014 11:04 AM
aku sokong Tun..ptt tlg yg btol2 ssah..bkn bg cre mcm ni

kau sokong Tun,
aku sokong kau
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2014 11:23 AM | Show all posts
jazaa posted on 3-3-2014 11:21 AM
kau sokong Tun,
aku sokong kau

haahah....malu sy kikkiki
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2014 11:29 AM | Show all posts
Kalau ikut akai mamak kedekut ni apa benda yg dibagi ke rakyat semuanya membazir. Tapi kalau bagi sabsidi ke anak beranak kroni dia sorang-sorang sapu sampai berbillion takpe plak. Saya sokong Tun, tun memang genius
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2014 11:34 AM | Show all posts
apam posted on 3-3-2014 11:29 AM
Kalau ikut akai mamak kedekut ni apa benda yg dibagi ke rakyat semuanya membazir. Tapi kalau bagi sa ...

Wa rasa orang tua tu graduate LAW gak sebelum buat medic...

Sebab tu dia pandai manipulasi keadaan...

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2014 11:40 AM | Show all posts
JohnLaba posted on 3-3-2014 11:34 AM
Wa rasa orang tua tu graduate LAW gak sebelum buat medic...

Sebab tu dia pandai manipulasi kead ...

pandai pandai gak. Tapi bawak2 la insap sikit. Rakyat baru aje nak merasa duit cash kerajaan bawah seribu dia dah bising. Kerajaan pun baru nak belajar2 cara nak salur duit ke rakyat, pasti ade byk loopholes.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2014 11:53 AM | Show all posts
apam posted on 3-3-2014 11:40 AM
pandai pandai gak. Tapi bawak2 la insap sikit. Rakyat baru aje nak merasa duit cash kerajaan bawah ...

Hadith pon dia tolak.. Lu nak sebut pasal insaf ke? Lupakanlah..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2014 11:55 AM | Show all posts
apam posted on 3-3-2014 11:40 AM
pandai pandai gak. Tapi bawak2 la insap sikit. Rakyat baru aje nak merasa duit cash kerajaan bawah ...

Kesian ngan track record dia nih... memula org follow jerk dia, sokong dia, biladok pegang jawatan lama tak nak turun2 sampai org panggil firaun, org dah muluat kat dia, paksa dia berenti dan naikkan pengganti... bila takut tak dihargai, jatuhkan penggantinya dengan cara jijik... naik balik rating dia... bila turun dalam keadaan bangga bagi kat pak lah yg jauh lebih bodo dari dia, rating naik... dan sekarang rating kejahatan dia mula jatuh semula bilamana dah nak menghampiri mati.. dari org sanjung, baruekarang org nampak dia sememangnha jahat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2014 12:28 PM | Show all posts
pulak dah. DR M ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2014 12:36 PM | Show all posts
Udah kalau br1m tu bukan orang semekin aje dapat, yang gaji lebih 3k pun buleh dapat asal pandai kelentong.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2014 12:47 PM | Show all posts
turunkan harga barang, dah semua orang suka
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2014 12:50 PM | Show all posts
duit br1m tu bukannya nak bagi kat org semikin aje. Korang ingat org keje lhdn tu bodoh ke tak reti nak target mana yg benar2 layak. Duit tu kerajaan nak tabur cash dalam ekonomi supaya org spend. Patutnya duit zakat yg kena tabur kat org miskin tiap2 tahun, ni depa kemut takut tersalah bagi katanya, kalau depa tersalah pakai takpe plak.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 09:44 AM GMT+8 , Processed in 0.085726 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list