CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3714|Reply: 5

PRODUCT APA YG KENA RAMPAS NIH ???!!!

[Copy link]
Post time 6-3-2014 04:36 PM | Show all posts |Read mode
http://www.hmetro.com.my/myMetro ... /Article/index_html

Serdang: Sembilan kilang dan stor haram serta lapan premis pengedar utama sebuah syarikat produk kecantikan beracun diserbu Cawangan Penguat Kuasa Farmasi (CPF) Selangor, semalam.

Dalam serbuan serentak jam 12 tengah hari di Seri Kembangan, Puchong, Klang dan Kuala Lumpur itu, kira-kira 20 jenis produk pelangsingan badan dan perangsang seks yang dipercayai dicampur racun bernilai RM1.5 juta dirampas.



Serbuan dilakukan 100 pegawai Cawangan Penguat Kuasa Farmasi Selangor dan dibantu pegawai 14 cawangan penguat kuasa kementerian seluruh negara selain tiga anggota polis diketuai Timbalan Pengarah Farmasi Selangor, Jaafar Lassa.


Menurut Jaafar, pihaknya menerima aduan daripada orang awam mengenai aktiviti pengilangan dan pembungkusan syarikat itu sebelum melakukan risikan selama enam bulan.

“Kali ini mereka mendirikan kilang dan stor haram di lokasi lain malah premis berkenaan juga sukar dikesan kerana tidak mempunyai papan tanda selain sentiasa berkunci.

“Ketika serbuan semua pekerja yang kebetulan keluar untuk makan tengah hari melarikan diri sebaik ternampak kenderaan penguat kuasa berhenti di depan premis berkenaan.

“Hasil ujian makmal dilakukan ke atas serbuk putih ditemui di dalam premis ini mendapati ia racun jenis Tadanafil dan Sibutramine,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-3-2014 05:23 PM | Show all posts
AdamBillionaire posted on 6-3-2014 04:54 PM
lega adam punya keras macam lesung batu..

tak perlu telan dadah dan benda alah ni...

apa masalah nih??? takde adap
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2014 01:48 PM | Show all posts
brand ape ek...
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2014 04:29 PM | Show all posts
kannn...bila da rampas,kuar paper,diblurkan plak pic tuhh...sampai ke sudah pengguna nehh x tau produk per yg bahay..ggrrr...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2014 06:24 PM | Show all posts
Tul atleast bagi la informasi supaya pengguna xtertipu lai..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2014 09:22 AM | Show all posts
semlm tgk 999,ade kilang kt kelantan kene serbu and produk kene rampas..katanya produk kecantikan tiruan..iols nmpk sf beauty antaranya kt situ..xtau la kot mmg sf beauty confirm x selamat or copycat sf beauty yg x selamat..ade produk2 lain tp x nmpk,cepat nau kameraman shot
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.664799 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list