Malaysiakini – Wed, Mar 19, 2014
KJ: Baru sekarang nak bina infra sukan di Kajang
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata Kajang akan dijadikan DUN angkat oleh kerajaan persekutuan, khususnya Kementerian Belia dan Sukan yang diketuainya ketika ini. Khairy berkata kerajaan pusat dan kementerian beliau mempunyai kepakaran dan lebih pengetahuan dalam membantu pembinaan prasarana dan infrastruktur berkaitan sukan. Beliau yang juga ketua Pemuda Umno turut mempersoalkan salah satu manifesto PKR untuk Kajang bahawa infrastruktur sukan untuk anak muda akan dibina sekiranya memenangi pilihan raya kecil itu. "Mereka (PKR) menang pada 2008 dan 2013 tapi baru sekarang mereka nak buat infrastruktur dan pembangunan untuk anak muda," katanya. Beliau berkata demikian sebelum perlawanan bola keranjang persahabatan antara pasukan 'pilihan Kajang' beliau menentang pasukan wanita kebangsaan malam tadi.
ialah ..selepas tu ..bilo oreng tanyo ...mano DUN angkat tu ...DUNNO .... |