Sumber: Malaysian Digest
Kredit foto Faisol Mustafa.
Dia cantik, peramah, suka merendah diri sekaligus aktres ini cukup di senangi ramai. Lantas dek perwatakan dimilikinya itu, Lisa Surihani selayaknya digelar 'buah hati' para peminat tanah air.
Meskipun isteri kepada pengarah dan pelakon Yusry Abdul Halim ini sedia dikenali ramai, namun ada beberapa perkara yang peminat tidak pernah tahu mengenai siapa sebenarnya heroin filem 'Istanbul Aku Datang' ini.
Bagaimanapun, pendedahan tersebut bakal dibuat oleh beberapa individu yang paling rapat dan penting dalam hidupnya seperti suaminya sendiri iaitu Yusry, ibunya serta sahabat baiknya.
Menariknya, 'rahsia' Lisa dibongkarkan secara eksklusif menerusi program 'E! News Asia Special' dan bakal ditayangkan selama 30 minit pada 30 Mac ini, di Astro Channel 712, jam 10 malam.
Bertemu Lisa pada majlis pelancaran dan sidang media program tersebut semalam, Lisa berkata dia berasa bertuah dan tidak menyangka kerana terpilih sebagai selebriti Malaysia pertama untuk muncul dalam program E! News.
"Ketika pihak E! News menyuarakan hasrat yang mereka mahu membuat sebuah program khas tentang diri saya, saya terkejut. Rasa macam tak percaya dan tak sangka dipilih oleh pihak E! News sebagai selebriti pertama di Malaysia. Tapi saya sangat menghargainya dan anggap ia satu penghormatan buat diri saya", kata Lisa Surihani pada sidang media E! News Asia Special di sebuah hotel terkemuka di ibu kota, semalam. .
Dalam pada itu Lisa berkata, meskipun dirinya sudah dikenali ramai namun adakalanya dia terlupa bahwa dirinya seorang selebriti.
"Sejujurnya kadang-kadang saya terlupa yang saya seorang selebriti. Sebagai contoh, kalau saya sedang berjalan di pusat membeli-belah, kemudian jika ada orang yang menghampiri saya dan mahu mengambil gambar bersama, perkara pertama yang terlintas difikiran saya ialah mereka ini saudara mara saya di sebelah siapa? Sebelah ibu atau ayah saya? Bila lama sikit baru saya sedar yang mereka ini peminat...", katanya sambil tersenyum.
Justeru Lisa juga berkata dia teruja untuk mendengar pendedahan juga perspektif orang sekeliling mengenai dirinya.........................................................
http://www.malaysiandigest.com/h ... -lisa-surihani.html
|