CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12186|Reply: 5

Bila Anak Bertanya Mengenai SEKS Apa yang Patut Di Lakukan – Dr. Rozieta Shaary

[Copy link]
Post time 24-3-2014 02:41 PM | Show all posts |Read mode
Hari ini mari kita berbincang mengenai Pembelajaran Seks untuk anak-anak. Hari ini kita bercakap mengenai the bird and the bees.
Ibu telah dihujani dengan soalan-soalan berkaitan topik ini.
Ada ibu bapa yang bimbang bila mendapati anak kecil mereka yang masih berusia 3 ke 5 tahun bercerita mengenai ‘private part’ mereka, bertanya dan mungkin mendapati mereka duduk diam-diam di dalam bilik seorang diri dan cuba melihat badan mereka.
Sebelum anda terkejut dan merasakan anak ini sudah mula menjadi anak yang suka ‘seks’ atau seperti itu. STOP… jangan sekali-kali bersalah sangka. Pada usia tiga tahun keatas, seorang anak kecil itu mula berminat untuk mengetahui mengenai badan mereka dengan lebih mendalam. Mereka akan bertanya banyak soalan yang berkait dengan kegunaan setiap bahagian badan. Mereka juga mula bertanya mengenai mengapa tidak sama dengan mama atau dengan ayah atau dengan adik. Gunakanlah masa ini untuk menerangkan seikhlas dan semudah yang boleh dan memasukkan nilai yang positif. JANGAN SEKALI MENAKUT-NAKUTKAN.  Jelaslah kepada mereka dengan tenang.
Selepas usia ini mungkin dia tidak lagi berminat untuk bertanya buat seketika. Namun, bila dia sudah hampir baligh bagi anak perempuan di dalam usia 9 ke lima belas, dia akan menjengok kembali topik, Pembelajaran Seks untuk anak-anak ini. Namun, kerana sudah besar dan sudah tahu malu, dia akan melakukannya dengan cara sembunyi-sembunyi.
Tenangkan hati anda jika anda terjumpa buku atau website yang dia lihat yang menunjukkan, indicate, bahawa dia ‘gila’akan topik itu. Tenang dan tenang setenang-tenangnya dalam menangani perkara ini. Jangan sekali menuduh dia sudah gila seks, jadi jahat, nak jadi perempuan jalang ke…! Jangan sekali sebut perkataan ini.
Apa yang patut anda buat bila anak remaja atau hampir remaja anda mendekati topik ini? Contohnya ada terjumpa websitenya, atau majalah-majalahnya.
Anda perlu tahu ini adalah naluri untuk seorang individu menjangkau baligh atau menjadi dewasa akan mempunyai perasaan sukakan jantina lain. Perasaan ini memang akan wujud pada usia ini. Ini adalah mekanisme yang Allah letakkan di dalam manusia untuk kemandirian manusia. Tidak ada salahnya perasaan itu, apa yang salah atau betul ialah apa yang dia lakukan dengan perasaan itu.
Bersambung…
credit to : Dr. Rozieta Shaary (Ibu Rose) – Empower With Love
Family & Love Guru

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-3-2014 02:42 PM | Show all posts
sharing is caring...sejak dua menjak ni rasa diperlukan sangat topik2 begini utk mdidik anak2 yg sedang membesar
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2014 03:12 PM | Show all posts
tq for sharing....

but for myself, ank dh beso...
insyaAllah ..no worries...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2014 03:37 PM | Show all posts
anakkg posted on 24-3-2014 02:42 PM
sharing is caring...sejak dua menjak ni rasa diperlukan sangat topik2 begini utk mdidik anak2 yg sed ...

yup btul tu. dan lebih berkesan jikalau kita tau nk menjawab dgn bahasa mudah difahami.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2014 09:50 PM | Show all posts
I tgh preggy, Anak i 5 tahun ckp kat i "tu lah ibu makan byk2 kan dah dapat bb.."
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2014 04:59 AM | Show all posts
anak saya ada tya.."mak org prmpuan boleh sunat (khatan) ke tak?"
saya jwb ringkas je.."bleh"....tak boleh la mak...kan adik org pmpuan x leh sunat kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.055747 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list