View: 7746|Reply: 52
|
[Tempatan]
{1} Rakan sebilik BadrulAmin mati dalam tidur !
[Copy link]
|
|
8 April 14
Alor Setar: “Arwah kelihatan seronok ketika menghubungi ahli keluarganya untuk memberitahu akan pulang ke rumah pada hujung minggu ini, tetapi tidak sangka ia panggilan terakhirnya iaitu kira-kira enam jam sebelum ditemui meninggal dunia,” kata Badrulamin Mohd Zahir.
Badrulamin, 16, rakan sebilik Muhammad Hafizuddin Rosli, 16, yang dipercayai meninggal dunia ketika tidur di asrama Sekolah Menengah Teknik Alor Setar, Lebuhraya Sultan Abdul Hamid, awal pagi semalam.
Muhamad Hafizuddin yang juga pelajar tingkatan empat disedari meninggal dunia apabila beberapa rakan sebilik mengejutnya untuk menunaikan solat Subuh kira-kira jam 5.30 pagi tetapi dia dikatakan tidak memberi tindak balas, selain wajahnya pucat.
Badrulamin berkata, mangsa mungkin sudah meninggal dunia lebih awal kerana rakan mereka ternampak mangsa tidur nyenyak di atas katil dua tingkat di asrama sekolah berkenaan dengan kakinya terjuntai dari katilnya di tingkat atas kira-kira jam 2 pagi.
Katanya, mereka tidak mengesyaki apa-apa kerana menyangka Muhammad Hafizuddin sedang tidur dan letih kerana dia aktif bersukan.
“Tetapi rakan kami yang tidur di tingkat bawah katil menjerit memberitahu Hafizuddin tidak sedarkan diri, malah nadinya terhenti dan wajahnya pucat.
“Suasana dalam bilik asrama ketika itu panik dan kami berusaha memanggil namanya beberapa kali, tetapi tiada tindak balas menyebabkan kami menghubungi ketua pengawas asrama untuk memaklumkan mengenai keadaan Muhammad Hafizuddin.
“Dia kemudian memaklumkan perkara itu kepada warden untuk membawa mangsa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sebelum arwah disahkan sudah meninggal dunia,” katanya ketika di Jabatan Forensik HSB.
Badrulamin berkata, mangsa tidak pernah sakit sebelum ini, tetapi dia mengadu kaki terseliuh selepas latihan sukan, petang kelmarin, selain tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap dan banyak mendiamkan diri sejak pulang dari sekolah.
“Dia sangat disegani di sekolah dan saya mengenalinya sejak kami tinggal di asrama bermula awal tahun ini, malah dia seorang rakan sebilik yang sangat baik.
“Tak sangka pula dia pergi dalam usia masih muda dan kehilangannya membuatkan kami terkejut. Kami mendoakan supaya rohnya dicucuri rahmat,” katanya.
Keluarga arwah bagaimanapun enggan ditemubual kerana masih bersedih.
Jenazah mangsa dibawa ke Jabatan Forensik HSB untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan.-myMetro
p/s bukan sorang je dlm dunia nama Badrul Amin...
Last edited by tongkatwaran75 on 8-4-2014 07:23 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Kus semangat......
Aku ingatkan kak chik tu...... |
|
|
|
|
|
|
|
Tajuknye buat ku konpius .... |
|
|
|
|
|
|
|
' meninggal' tertinggal... Patut ler konpius |
|
|
|
|
|
|
|
Kita tengok jap lagi, ada yang HANYA baca tajuk
Bermulalah pesta MERATIB Last edited by BelovedTaeyeon on 8-4-2014 08:18 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
mati ada tambahan 'MATI' kat tajuk nye kan? |
|
|
|
|
|
|
|
al fatihah buat arwah, kematian yg senang dan aman gitu... |
|
|
|
|
|
|
|
abang Tong..
abang tertinggal "meninggal" dalam tajuk tu
|
|
|
|
|
|
|
|
he..he...typo... |
|
|
|
|
|
|
|
Cisssss hahaahahah tipah tertipu
Ramai eh meninggal macam tu tapi jenis aktif bersukan?kenapa eh?and selalunya jantung kan |
|
|
|
|
|
|
|
ingat badrulamin yg tu..
Innalillah..da ajal kan..
smgoa roh nya dicucuri rahmat
dan ahli keluarga redha dgn pemergiannya.. |
|
|
|
|
|
|
|
3 arwah sedara aku kes meninggal time tido.
latest, pakcik aku muda lagi... mula2 sakit tekak aje, bila tido terus tak bangun2... jantung stop. |
|
|
|
|
|
|
|
innalillah...
muda lagi budaknya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Senangnya kematiannya. Al-fatihah |
|
|
|
|
|
|
|
16 thn. muda lagi. insyAllah xbyk dosa.. mg syurga tmpatnya. ALFATIHAH! |
|
|
|
|
|
|
|
al-fatehah
semoga rahmat tercucur.
arwah baik orang nya.
tak pernah tinggal solat.
hormat orang tua.
dahi hitam kerana selalu sujud tahajjud malam-malam.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|