View: 170272|Reply: 2497
|
[Tempatan]
V27 MH370 mungkin LANDED di tempat lain #80 - Search Team
[Copy link]
|
|
Akhbar Rusia dakwa MH370 kini di Kandahar
TEHERAN 10 April - Sebuah akhbar Rusia tampil dengan teori mendakwa pesawat berkenaan dirampas dan disembunyikan di wilayah Kandahar, Afghanistan berhampiran sempadan Pakistan.
Akhbar Moskovsky Komsomolets yang memetik sumber agensi perisikan Rusia turut melaporkan bahawa kedua-dua juruterbang pesawat berkenaan tidak bersalah dalam insiden tersebut.
"esawat MH370 yang membawa seramai 239 penumpang bersama anak kapal dirampas. Kedua-dua juruterbang itu tidak bersalah, pesawat itu dirampas oleh beberapa pengganas yang tidak diketahui.
"Kami tahu nama pengganas yang memberi arahan kepada juruterbang adalah 'Hitch'. Pesawat itu berada di Afghanistan, tidak jauh dari Kandahar berhampiran sempadan Pakistan,"lapor akhbar itu yang mempunyai edaran kira-kira 1.1 juta. Menurut laporan akhbar itu, pesawat itu berada di sebuah jalan raya berhampiran kawasan pergunungan dan sayap kapal terbang itu patah.
"Mungkin pesawat itu mendarat dalam keadaan tidak lancar, namun semua penumpang dalam kapal terbang itu selamat, mereka hidup tanpa makanan,"katanya.
Bagaimanapun, sumber atau agensi perisikan dalam laporan itu tidak dinamakan.
Malah, dakwaan akhbar itu juga tidak dilaporkan dalam mana-mana media arus perdana di Amerika Syarikat (AS) dan seluruh dunia.
Akhbar itu turut melaporkan, beberapa pakar dalam pesawat itu telah dibawa ke sebuah tempat persembunyian di Pakistan.
"Seramai 20 pakar Asia ditahan. Malah, terdapat seorang rakyat Jepun dalam kalangan mereka,"katanya yang mungkin merujuk kepada pekerja Freescale Semiconductor.
Pihak berkuasa Malaysia berkata, pesawat MH370 berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi dan operasi pencarian untuk mengesan serpihan kapal terbang itu sedang dijalankan.
Pada 16 Mac lalu, akhbar The Independent turut melaporkan beberapa khabar angin bahawa pesawat tersebut telah terbang ke 'sebuah kawasan yang dikawal oleh Taliban', kira-kira seminggu selepas MH370 hilang.
"esawat MH370 yang hilang itu mungkin diterbangkan secara sengaja melepasi radar ke kubu kuat Taliban di sempadan Afghanistan, isu ini mungkin wujud berikutan pihak berkuasa berkata, mesej terakhir yang diterima dari kokpit selepas sistem transponder pesawat itu dimatikan.
"Namun, dakwaan ini dibuat sebelum pihak berkuasa Malaysia mengumumkan MH370 hilang di suatu tempat di Lautan Hindi,"katanya.
Pihak berkuasa Australia sedang mengetuai operasi mencari dan menyelamat (SAR) di pesisir pantai Perth yang terletak di barat negara itu. - AGENSI
Thread Original/Speku Thread V16 - V16: MH370 - SKALA OPERASI SAR SEMAKIN BESAR MELIBATKAN BYK NEGARA(19/3/14 - Presiden_Lanun)
Thread V17 - V17: MH370 - TEORI BERALIH ARAH KE AUSTRALIA LAUTAN HINDI SELATAN20/3/14 - Presiden_Lanun)
Thread V18 - V18: MH370 - MISI SAR OPS SEMAKIN MENDUGA (21/3/14 - Presiden_Lanun)
Thread V19 - V19: MH370 - SUDAH MELEPASI 370 JAM HILANG (22/3/14 - Presiden_Lanun)
Thread V20 - V20: MH370 - TELAH DISAHKAN TERHEMPAS DI LAUTAN HINDI (24/3/14 - Presiden_Lanun)
Thread V21 - V21: MH370 - AL-FATIHAH DISAHKAN ENDED STORY DI LAUTAN HINDI (25/3/14 -Slippergombak)
Thread V22 - V22: MH37 - AL-FATIHAH DISAHKAN ENDED STORY DI LAUTAN HINDI (26/3/14 -Slippergombak)
Thread V23 - V23: MH370 PETUNJUK BARU KEPADA PENEMUAN MH370 ADAKAH BENAR..??(27/3/14 -totokreturn)
Thread V24 - V24: MH370 -PETUNJUK SATELIT SEMAKIN MEMBERI TINDAKBALAS POSITIF(28/3/14 -totokreturn)
Thread V25 - V25: MH370 - PETUNJUK BARU BERCANGGAH DENGAN MAKLUMAT TERDAHULU (31/3/14 - Presiden_Lanun)
Thread V26: MH370 Usaha Mencari Kotak Hitam Diteruskan (daitechgroup )
Mengamuk pasal Udang Galah di Page #48 Last edited by AbukRokok on 23-4-2014 12:25 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
pulak. lepas satu, satu teori pelik yang keluar. |
|
|
|
|
|
|
|
paper ala utusan neh |
|
|
|
|
|
|
|
dino posted on 11-4-2014 02:20 PM
paper ala utusan neh
selagi xkluar dalam utusan..saya xpercaya
|
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok posted on 11-4-2014 02:22 PM
selagi xkluar dalam utusan..saya xpercaya
tp cite ni kluar utusan
|
|
|
|
|
|
|
|
STONER posted on 11-4-2014 02:27 PM
apa kata bomoh rusia?
tggu bomoh russia tampar beruang dulu
|
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok posted on 11-4-2014 02:29 PM
nampaknya kne purcayala aritu pun ada anta komando kat northern koridor
nmpknya pakat2 kena purcaya,.... mai senah nanti disuruh sembah berhala
|
|
|
|
|
|
|
|
Saya paling syak USA Dan ailed dia sekarang....
Dan mungkin USA dah pegang suatu secret Malaysia, jadi Malaysia dah ditarik hidung USA... |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok posted on 11-4-2014 02:22 PM
selagi xkluar dalam utusan..saya xpercaya
Aku terdisleksia jap dan nampak ayat ko macam "seluar dalam utusan..." |
|
|
|
|
|
|
|
patut ler cari dilautan hindi kat perth tak jumpa-jumpa |
|
|
|
|
|
|
|
malas nak baca .. baca kang kena suruh sembah berhala pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
dino posted on 11-4-2014 02:34 PM
nmpknya pakat2 kena purcaya,.... mai senah nanti disuruh sembah berhala
tggu senah masuk
|
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok posted on 11-4-2014 02:39 PM
tggu senah masuk
pakat2 standby sembah berhala
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau betul, Alhamdulillah penumpang masih selamat lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku percaya kalo btl2 ada bukti |
|
|
|
|
|
|
|
dino posted on 11-4-2014 02:34 PM
nmpknya pakat2 kena purcaya,.... mai senah nanti disuruh sembah berhala
Senah tu sembah berhala lata ke uzza?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau betul moga selamat... Survive tanpa makanan tu. at least bagilah makanan dan minuman. Tak minta apa pun. |
|
|
|
|
|
|
|
kan aku dah kata...tadke terhempas nye la.....ni lebih pada masalah negara ni...mesia di kambing hitamkan...atau pun mesia dianakrozitachewankan......takde terhempas...kalau terhempas mesti jumpa tak banyak sikit kesan2...ni dah dekat sebulan boh...satu hama pun tak jumpa |
|
|
|
|
|
|
| |
|