CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20469|Reply: 176

[Tempatan] WhatsApp jejaskan syarikat telekomunikasi tempatan

[Copy link]
Post time 15-4-2014 12:41 PM | Show all posts |Read mode
WhatsApp jejaskan syarikat telekomunikasi tempatan



KUALA LUMPUR 14 April - Syarikat-syarikat telekomunikasi (telko) tempatan dijangka berhadapan kesukaran, apabila aplikasi perhubungan utama telefon pintar (OTT) seperti WhatsApp dijangka memperkenalkan perkhidmatan suara.
Perkembangan itu sedikit sebanyak mendatangkan kerisauan kepada syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan memandangkan segmen suara masih menyumbang 50 hingga 60 peratus pendapatan kepada mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif WhatsApp, Jan Koum pada Februari lalu mengumumkan syarikatnya merancang untuk memasukkan kemudahan panggilan suara di dalam aplikasi tersebut menjelang pertengahan tahun ini.
Malah, beberapa siri percubaan kemudahan itu sedang dilakukan yang telah mendapat liputan media segmen teknologi maklumat dan komunikasi.
吀攀氀欀漀 terus berhadapan kesukaran menjana perolehan akibat kemunculan aplikasi-aplikasi percuma ini.
Aplikasi-aplikasi tersebut sendiri telah menjejaskan pendapatan telko melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), ekoran kadar penggunaan telefon pintar yang bertambah selain tiada kaedah tersebut lebih murah dan efektif," jelas nota kajian RHB Research di sini hari ini.
Pada masa sama menurut kajian itu, penggunaan OTT yang semakin meningkat juga tidak menjanjikan kadar penggunaan internet yang tinggi, sekali gus menyukarkan telko menjana pendapatan.
Namun jelas nota kajian itu, sehingga kini status penghasilan kemudahan panggilan suara oleh WhatsApp itu masih belum dipastikan. Tetapi kajian itu tetap menyifatkan pengguna masih sanggup membayar apa-apa caj perkhidmatan suara jika kualitinya terjamin.
吀攀氀欀漀 sebenarnya menyedari carabaran daripada OTT ini, dan mereka mungkin menyusun kembali perkhidmatan data bagi memastikan perolehan maksimum dapat dijana menerusi data," jelas nota kajian itu lagi.
Ketiga-tiga syarikat telko utama tempatan iaitu Maxis, Celcom dan Digi masing-masing menjana pendapatan antara RM900 juta hingga RM1.2 bilion setiap suku tahun 2013.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-4-2014 12:41 PM | Show all posts
Telco malaysia dah makin tergugak ngan OTT
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 12:42 PM | Show all posts
aq x guna WhatsApp
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 12:43 PM | Show all posts
tak de whatsapp pon boleh melingkup..
skarang aku guna line je utk call kesana kemari...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha..tu la dulu sombong..caj mahal2
Now rskan
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Hidup whatsapp dan angkatam sewaktu dengan nya hehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2014 12:51 PM | Show all posts
alah..... nanti dia naikkanlah caj broadband
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 12:53 PM | Show all posts
applikasi whatsApp lebih mudah dan senang tu sbb praktikal utk diguna..lebih lebih lah boleh buat group....yg penting free...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2014 12:54 PM | Show all posts
sekel posted on 15-4-2014 12:42 PM
aq x guna WhatsApp

Rugi...hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 12:54 PM | Show all posts
Alah caj data tu lebih dr bleh cover....
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 12:55 PM | Show all posts
kata rezeki kena saling berkongsi..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 12:56 PM | Show all posts
Kenapa line celcom makin teruk ye
Kat KL pon bole problem
Ada sapa2 tau dak
Aku pakai note 3 pon x pernah dapat pon 4G
Even kat tengah KL

Macam jahanam
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 12:58 PM | Show all posts
Apa tak ruginya...
Duly my sms bill je sebulan berpuluh2 ringgit...
Now with watsapp free je....
Tu baru sorang....
Apa2 pun Syukur .... save a lot on my hp bill....
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 01:04 PM | Show all posts
apa nak takut, wassup ni perlukan pengaktifan plan data, jadi plan data tu sendiri pun dah charge, nak pulak yang pakai prepaid. Sumber bagi Digi,maxis adalah foreigners melalui jualan prepaid. so plan data kena la mantap.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 01:06 PM | Show all posts
jgn lepas ni diorang naik kan data charges dah la..tak dapat naik kan bil through sms and mms.
kdg2 yang naikkan bil ni pun..mms yang tak tau dtg mana hala...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2014 01:11 PM | Show all posts
lizaliza posted on 15-4-2014 01:04 PM
apa nak takut, wassup ni perlukan pengaktifan plan data, jadi plan data tu sendiri pun dah charge, n ...

bile dah pakai wasap ni, ko tak pakai dah sms......ko bayangkn kalo ko borak pakai sms, bp byk telco dpt untung....bile chat kat wasap? cas data je la....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2014 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
So telco caj internet pulak mahal2 nnt
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
solstice posted on 15-4-2014 12:56 PM
Kenapa line celcom makin teruk ye
Kat KL pon bole problem
Ada sapa2 tau dak

Tukar u mobile la kak. Kat kl lajus line u mobile.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 01:24 PM | Show all posts
Innrukia posted on 15-4-2014 12:54 PM
Alah caj data tu lebih dr bleh cover....

caj data aku rase murah abis nk banding dgn yg kita guna...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 01:24 PM | Show all posts
kalu citer pasal rugi, syarikat yg bekalkan dial up pon rugi gak lepas ada broadband.. pokoknya kau kena kreatif la create produk  baru.. ini zaman teknologi la . teknologi harini dah jadi lapuk minggu depan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.085979 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list