Sumber: Malaysian Digest
Kredit foto Suhaizul Izhar.
Apabila ditanyakan sendiri kepada tuan punya badan mengenai kontroversi yang timbul sekitar bulan lalu yang mengaitkan namanya, aktres jelita ini seolah-olah seperti tidak tahu-menahu mengenai hal itu.
Sebaliknya Nur Fazura Sharifuddin atau lebih mesra dengan panggilan Faz, pantas bertanyakan kembali kepada pihak media,
"Buat apa ya? Siapa yang keluarkan dulu? Cium yang macam mana...? Bercumbuan ni ada macam-macam jenis. Saya tak faham. Saya tidak tahu cerita apa yang anda semua dengar.
"Saya tidak ada komen. Anda semua kata saya bercium tapi saya pun tak tahu bercium yang macam mana. Saya bersama kawan-kawan saya di KLIA, itu saja. Saya tidak ada melakukan apa-apa aksi bercium.
"Saya tak tahu. Saya baru dengar tentang hal ini, hari ini. Anda semua patut tanyakan pada orang yang membuat cerita itu kerana dia yang lebih tahu. Jangan tanya saya", itu kata Fazura ketika ditemui pihak media di majlis pelancaran wajah baru portal berita, mStar online di Alexis The Gardens, petang semalam.
Bulan lalu, dunia hiburan tempatan gempar dengan satu laporan sebuah portal yang menyebut, Fazura membuat aksi terlampau iaitu bercumbuan bersama “rakan baik”nya, Randy Seidman yang merupakan seorang deejay dari Amerika. Laporan juga menyebut, mereka ada melakukan aksi urut-urut belakang dan saling melentukkan kepala di bahu.
.
Bagaimanapun kata pelakon yang bakal muncul menerusi filem 'Manisnya Cinta di Cappadocia' ini, dia tidak marah kepada pihak yang menyebarkan cerita berkenaan.
"Saya okay saja. Ini semua tidak ada kaitan dengan saya. Terpulang kepada yang buat cerita. Kalau dia rasa dia betul, betul lah. Saya yakin Allahh lebih nampak apa yang setiap manusia buat. Jadi apapun iat dia, itu antara dia dengan Allah", tuturnya sambil meminta pihhak media tidak terus bertanyakan hal itu lagi.
Persoalannya, kenapa Fazura bersikap seperti tidak tahu apa-apa ketika diminta mengulas oleh pihak media? Sedangkan ketika kontroversi itu menjadi bualan hangat ramai, dia ada memuat naik satu status di laman Twitter yang merujuk kepada dakwaan kontroversi tersebut.
Menerusi status tersebut, Fazura seperti berang dengan dakwaan berkenaan.
.
Kalau betul dia langsung tidak tahu, macam mana dia tiba-tiba menaikkan status sebegitu, kan.
http://www.malaysiandigest.com/h ... mana-tu-fazura.html
Last edited by adik^manis on 18-4-2014 08:44 AM
|