CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4546|Reply: 44

[Tempatan] Penjawat awam sertai perhimpunan GST boleh dibuang kerja - KSN

[Copy link]
Post time 2-5-2014 03:06 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Penjawat awam yang didapati terbabit dalam perhimpunan membantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dikenakan tindakan tegas termasuk dibuang kerja, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

"Kalau kita dapat bukti kukuh mengenai pembabitan mereka, tindakan akan diambil seperti yang dinyatakan dalam pekeliling dan tatatertib perkhidmatan awam (yang) bermula dengan amaran hingga buang kerja", katanya.

Menurutnya, penjawat awam seharusnya menyokong aspirasi dan dasar kerajaan, bukan sebaliknya.


Beliau ditemui selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 Majlis Amanah Rakyat (MARA) kepada 864 penerima di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad.

Ali diminta mengulas kenyataan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) pada sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam Tahun 2014 semalam yang menganggap penjawat awam terbabit dalam perhimpunan itu dianggap pengkhianat dan tidak layak bergelar penjawat awam.

Beliau berkata, sehingga kini, pihaknya tidak menerima laporan membabitkan penjawat awam dalam perhimpunan itu yang diadakan di Dataran Merdeka di sini semalam.
Terdahulu, dalam ucapannya Ali mengingatkan penjawat awam supaya sentiasa mendukung dan melaksanakan Dasar Transformasi Negara ke arah menjadikan Malaysia negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

"Transformasi yang dilakukan berupaya meningkatkan daya saing negara di samping menjana kadar pertumbuhan ekonomi positif.

"Ini secara tidak langsung memungkinkan kerajaan untuk mempertimbang insentif dan kemudahan lain bagi kebajikan penjawat awam secara khususnya", katanya.

Beliau berkata, penjawat awam adalah ejen penyampai yang terbaik untuk menterjemah setiap visi kerajaan.

"Tahap kemajuan sesebuah negara bukan sahaja dinilai dari aspek kekukuhan ekonomi malah merangkumi ketelusan dan integriti yang dimiliki institusi negara itu termasuk sektor awam," katanya.

Justeru, Ali berharap semua penjawat awam mengamalkan konsep 'kerja sebagai ibadah' bagi meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab terhadap pekerjaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2014 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Heemhhhhhhh
Kesian penjawat awam
X boleh nak bersuara
Semua disekat
Macam lembu dicucuk idung
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 03:14 PM | Show all posts
yang pergi tu sume kerja sendiri....takde hal...ko simpan je la penjawat awam ko tu....muahhahahahahaahahha
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
kira dasar dan aspirasi kerajaan perfect la yek...alahai
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 03:26 PM | Show all posts
gigih plk ali hamsa ke, cuepacs ke, nak scan pejawat awam dlm perhimpunan tu?

apa da tade keje lain ke nak buat? bayar gaji mahal2 srh pg scan penjawat awam yg join perhimpunan

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 03:28 PM | Show all posts
oh join perhimpunan baru ko nak buang keje. tu yg amek rasuah, salah guna kuasa, cikgu cikgi yg mendera anak murid, doktor silap kasi ubat, yg tu ko taknak buang keje plak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-5-2014 03:35 PM | Show all posts
mereka berkuasa boleh buat apa mereka suka..mereka lupa Allah masih mengizinkan mereka berkuasa di dunia ni... tunggulah waktu dan ketika.... penjawat awam mmg dh jd lembu dicucuk hidung.. protes dalam hati ajelah kot... sian mereka.. Last edited by gusimerah on 2-5-2014 03:42 PM

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 03:47 PM | Show all posts
jangan jadik penjawat awam.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2014 03:53 PM | Show all posts
peel komunis ke ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 03:53 PM | Show all posts
gusimerah posted on 2-5-2014 03:35 PM
mereka berkuasa boleh buat apa mereka suka..mereka lupa Allah masih mengizinkan mereka berkuasa di d ...

Allah kesian ke dgn doa orang yg sokong LGBT???


Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 05:17 PM | Show all posts
Kah kah kah...
xleh nk kata apa...

Kesian...
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2014 05:49 PM | Show all posts
"Kalau kita dapat bukti kukuh mengenai pembabitan mereka, tindakan akan diambil seperti yang dinyatakan dalam pekeliling dan tatatertib perkhidmatan awam (yang) bermula dengan amaran hingga buang kerja", katanya.

Masa sign up for government service ada akujanji.. so bila dah sign tu paham2 la ape yg bole buat dan takle buat..

Sepatutnya kena neutral.. sbb kalau kerajaan bertukar pun kerja govt service tetap sama..
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2014 02:17 AM | Show all posts
katanya dah sign aku janji... katanyer la...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 06:49 PM | Show all posts
yang bersalah ngabehkan duit jota2 dalam lapuran audit (bukan edit,ya) masih bebas dan terus mengabehkan boreh...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 06:50 PM | Show all posts
kucingTomey posted on 2-5-2014 03:14 PM
yang pergi tu sume kerja sendiri....takde hal...ko simpan je la penjawat awam ko tu....muahhahahahah ...

sedara aku penjawat awam.... selamba je p.... mmg dah diaim....
yg best dah kena perli rupanya.... kitorg berpeluk tubuh psl dok kl tak join....
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 07:03 PM | Show all posts
xdielzx posted on 2-5-2014 05:49 PM
"Kalau kita dapat bukti kukuh mengenai pembabitan mereka, tindakan akan diambil seperti yang dinyata ...
Sepatutnya kena neutral.. sbb kalau kerajaan bertukar pun kerja govt service tetap sama..


''neutral''  tu on paper aje, in practice, civil service ni bapak Umeno yang punya...contoh terbaik tengok aje RTM atau Jab. Penerangan...nautral kunun..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2014 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Bring it on,moron!! :@:@:@
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 07:31 PM | Show all posts
Biar jelah...bukan buat waktu kerja pun. Anyway set belah sini, kalau artis kutuk pun depa ngamuk suruh ban boikot artis tu. sama je
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh aku mcm terbaca perhimpunan gst dibenarkan, x haram kata polis. So klu perhimpunan brpermit pun xleh join ke
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 09:10 PM | Show all posts
buang dlu cikgu cikgi yg terlibat skandal seks tu..
ni balik2 tuka sekola, tuka skola..tuka skola..
smpai cikgu2 lain pun nyampah..

baik bubarkn aja peraturan sundal tu..psl tarak tindakan..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.265939 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list