CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 183764|Reply: 708

Norjuma MENGAMUK!! Video EKSLUSIP post#414

 Close [Copy link]
Post time 4-5-2014 01:30 PM | Show all posts |Read mode
Norjuma: Perniagaan tudung sebagai dakwah kecil



PENGHIAS kulit muka depan minggu ini antara insan terpilih yang tetap kekal cantik walaupun bergelar ibu kepada tiga anak lelaki. Siapa tidak kenal Datin Norjuma Habib Mohamad, 34, yang dulunya cukup dikenali di kaca televisyen kerana bakatnya dalam bidang pengacaraan.
Jika dahulu Norjuma antara personaliti terkenal di televisyen kini kehidupannya lebih tertumpu kepada buah hati baharunya iaitu perniagaan tudung bawal di bawah jenama AidiJuma.
Wanita bermata cantik ini mempunyai personaliti menawan meskipun berpenampilan ringkas tatkala sesi wawancara dijalankan. Dia seorang yang merendah diri dan sopan dalam pertuturannya.

Bagi individu yang tidak mengenalinya akan menganggap Norjuma sukar didekati tetapi hakikatnya dia begitu peramah dan mudah mesra. Dia menyatakan mungkin sebab dilahirkan dalam keluarga biasa jadi hidupnya tidaklah terkongkong dan bebas bergaul dengan semua orang.
“Saya tidak pernah rasa diri ini hebat malah menganggap kesenangan yang dikurniakan oleh ALLAH SWT adalah satu nikmat di dunia demi kelangsungan hidup anak-anak.

Pernah sebelum ini saya menjalankan perniagaan cenderamata seperti baju T, topi, dan lain-lain selepas berkahwin dan berhenti dari TV3. Namun semua itu tidak bertahan lama,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Bukit Jelutong.

Bermula dari bawah

Lain orang, lain ujiannya, namun, Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ini bukanlah seorang yang mudah berputus asa sebaliknya seorang wanita  cekal dan kuat semangat.

Kegagalan dalam perniagaan cenderamata yang dilakukannya itu menjadi pembakar semangat untuk melakukan strategi perniagaan lebih berkesan.

“Berkat sokongan ahli keluarga, akhirnya pada Januari 2012 saya berjaya membuka syarikat Colors Addiction Sdn Bhd dengan menawarkan pelbagai koleksi tudung bawal terkini sesuai untuk semua peringkat usia.

“Mula-mula menjalankan perniagaan tudung, saya bermula dengan konsep kedai bergerak. Memandangkan modal yang belum mencukupi saya menganggap cara ini lebih berkesan dan mudah untuk orang ramai mengenali tudung AidiJuma.

“Selepas berjaya mengembangkan perniagaan ini, jualan tudung bawal hasil idea saya berjaya mendapat tempat di hati peminat tudung walaupun pada waktu itu persaingan dengan tudung ‘awning’ begitu sengit,” katanya.

Dari sehari ke sehari ia menampakkan perkembangan positif sehinggalah Norjuma memberanikan diri untuk berurusan dengan pembekal secara terus. Bagi memenuhi permintaan ramai, beliau memilih sebuah kilang di China dan membuat kontrak dengan kilang tersebut.

“Cuma setiap idea, rekaan dan pilihan fabrik semuanya akan dilakukan sendiri bagi memastikan kualiti yang dihasilkan memenuhi kehendak pelanggan.
“Di samping itu, saya anggap perniagaan tudung ini sebagai satu dakwah kecil kepada masyarakat dan secara tidak langsung dapat menarik lebih ramai wanita bertudung berfesyen mengikut syariat Islam.

Buka cawangan di setiap negeri

Tidak sangka percubaan pertama memperkenalkan tudung bawal dalam pasaran Malaysia dengan pelbagai corak membuka peluang kerja kepada orang ramai. Walaupun sebelum ini Norjuma berhasrat untuk bekerja dalam bidang perbankan atau akaun semuanya tidak kesampaian.

“Bagaimanapun, saya tetap berpuas hati kerana dapat membantu golongan wanita mempunyai pendapatan sendiri. Sekurang-kurangnya rezeki yang saya peroleh dikongsi bersama mereka.

“Apa yang menggembirakan sehingga tahun ini saya telah berjaya membuka cawangan AidiJuma di hampir semua negeri dan terbaharu di Perlis dan Sarawak dalam masa terdekat.

“Insya-Allah selain pasaran Malaysia, saya akan mengembangkan lagi perniagaan ke luar negara dan terkini tudung bawal ini telah pun memasuki pasaran Brunei,” ujarnya.     

Menjadikan Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub sebagai idola dalam menjalankan perniagaan membuatkan Norjuma yakin mampu meluaskan empayar tudungnya.

"Di sebalik ketegasan Datuk Hussamuddin dengan kakitangannya, dia sebenarnya seorang yang begitu menitikberatkan kebajikan pekerja dan kredibiliti yang dimiliki beliau membuatkan saya kagum," katanya.

Pentingkan pengurusan masa
Norjuma akui di sebalik kesibukannya sebagai ketua di pejabat dan ibu di rumah, perhatian terhadap anak-anak tetap diutamakan.

"Saya akan pastikan keperluan anak-anak diuruskan terlebih dahulu sebelum ke pejabat. Saya tak mahu kesibukan mencari rezeki membataskan hubungan saya dan anak-anak.

"Tiada istilah penat  menguruskan mereka kerana setiap anugerah ALLAH mempunyai keistimewaannya masing-masing.

“Malah saya rasa bersyukur kerana dengan menguruskan mereka, saya dapat mengekalkan semula berat badan kepada 54 kilogram berbanding sebelum ini.

“Dalam masa yang sama saya turut menitikberatkan penjagaan wajah dan badan dengan mengambil suplemen serta bersenam jika ada masa lapang. Sebenarnya bagi saya tiada masa rehat tetapi sekurang-kurangnya cara ini mengekalkan kecergasan diri.

“Jika kesihatan tidak dijaga macam mana saya nak urus semua ini dengan baik,” akhirinya sambil tersenyum.

Last edited by maxim on 24-12-2014 09:43 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2014 01:55 PM | Show all posts
Suka sgt dengan tudung bawal..sangat2 selesa..ntah kenapa kurang berkenan dgn tudung awning....Tahniah Juma
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 02:00 PM | Show all posts
sll beli yg harga rm 7 hengget tu je..hahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2014 02:05 PM | Show all posts
iols pn suka tudung bawal.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 02:16 PM | Show all posts
Ai still konfius dia ni dah cerai ka belummm tapi ada lagi title Datin maknanya tak cerai lagi ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2014 02:18 PM | Show all posts
bookehkahkoh posted on 4-5-2014 02:16 PM
Ai still konfius dia ni dah cerai ka belummm tapi ada lagi title Datin maknanya tak cerai lagi ke

dah cerai kot..kt artikel xde mention pn pasal suami?

Norjuma akui di sebalik kesibukannya sebagai ketua di pejabat dan ibu di rumah, perhatian terhadap anak-anak tetap diutamakan.

"Saya akan pastikan keperluan anak-anak diuruskan terlebih dahulu sebelum ke pejabat. Saya tak mahu kesibukan mencari rezeki membataskan hubungan saya dan anak-anak.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2014 02:20 PM | Show all posts
blum cerai lg kot...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 02:37 PM | Show all posts
Pastu ai selalu dgr hearsay yang perangai dia ni sebenarnya hazab tapi takda in details hazabnya apa Tapi kira baguslah dia dapat sorok cerita personal dia part tu ai kagum
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2014 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
I adore her..kalau org kata pangai dia hazab..as if porumer pangai mcm siti khadijah..pleaseeeelah uolsss...she is independant..kalau dh cerai pun x harap nafkah bekas laki. Xde nk meratap mcm porumer benang FD...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
mokcikKSKB posted on 4-5-2014 02:56 PM
I adore her..kalau org kata pangai dia hazab..as if porumer pangai mcm siti khadijah..pleaseeeelah u ...

Kheeenn. ..aku pun suka juma ni sbb dia Independent
Pandai cari duit sendiri
Bukan mcm nora danish....menempel kat jantan2 kaya jah
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 03:09 PM | Show all posts
Tak sebut pasal suami langsung, adakah?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 03:18 PM | Show all posts
dia buat business study ke, ingatkan budak law.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau cerai .. Pangkat datin pun patut diceraikn jugak... Still guna je ..x cerai lagi la tu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 03:27 PM | Show all posts
baguslah... wanita cekal... ibu yang berkerjaya.. mantap...
pilih perniagaan yang bagus..
tahniah..
Last edited by telracs on 4-5-2014 07:31 AM

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 03:31 PM | Show all posts
Mak teh suka juma ni....bagi mak teh dia lebih cantik dr bini fizo
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 03:33 PM | Show all posts
cantik....................................................

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2014 03:34 PM | Show all posts
sopan.........................................................

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 03:34 PM | Show all posts
bergaya.....................................................

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 03:58 PM | Show all posts
cantiknya jumaaaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 04:10 PM | Show all posts
Juma ngan bini pijo tu macam ibu jari ngan jari kelingking kut.
Jauh nawww bezanya...
Timaseh...hihi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.070585 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list